Quantcast
Channel: REENA SIDEK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 802

Cegah ulser mulut daripada berlarutan

$
0
0

Ulser.. Ulser biasa berlaku di bahagian mulut..  sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut dan sekitar tekak...
Ulser berlaku tak kira  jantina dan umur.. 

Ulser boleh diubati dan tidak berlarutan dalam tempoh yang lama dan faktor penyebab ulser sampai sekarang tidak di kenal pasti.. Beberapa kajian perubatan menyatakan tekenan atau kecederaan adalah puca berlakunya ulser.

Selain itu, ada yang berpendapat, beberapa makanan seperti sitrus atau buah-buahan berasid boleh mengakibatkan ulser dan menjadikannya lebih teruk.

Tanda-tanda seseorang mengalami ulser adalah seperti bengkak-bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapt lingkaran merah sekitarnya.

Ulser akan berasa pedih dan kadangkala menyakitkan. Kesakitan ulser ni akan memberi kesan kepada aktiviti harian. Keadaan jangkitan  ulser yang teruk akan datang bersama demam dan kelesuan.

Oleh itu, amat penting bagi seseorang itu menjaga kebersihan dan keselamatan di bahagian mulut agar tidak dijangkiti ulser yang boleh mengakibatkan rasa tidak selesa sepanjang hari.

Antara kaedah-kaedah ini dipercayai berkesan merawat masalah tersebut.

Air garam
Kaedah tradisional ini amat popular dan telah dilaksanakan sejak zaman dahulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam dua atau tiga kali sehari bagi mengurangkan kesakitan atau mematikan kuman yang mengakibatkan ulser.

Air kelapa
Kenaikan suhu tubuh manusia juga merupakan salah satu penyebab berlaku ulser. Oleh yang demikian, adalah penting bagi seseorang itu minum air mencukupi atau amalkan minum air kelapa untuk mengimbangi suhu badan.


Marjerin
Mungkin ramai tidak tahu marjerin berupaya menyembuhkan ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di sekitar kawasan terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh. Petua ini sesuai bagi kanak-kanak kerana tidak menyakitkan.

Madu
Umum mengetahui kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan. Agen pembunuh bakteria yang terkandung dalam madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Begitu juga ulser, madu mampu merawat penyakit tersebut dengan berkesan.

Soda penaik
Soda penaik dipercayai mampu menyembuhkan luka termasuk ulser. Dengan campuran bersama sedikit air suam, ia boleh di letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.

~ Ubat ulser juga boleh di dapati di Farmasi-Farmasi dgn 2 pilihan iaitu cecair atau krim..  sapu di bahagaian yang ada ulser ~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 802