Kek Kepala Meja
Tradisi yang semakin di lupakan...
Kek kepala meja merupakan tradisi lama yang semakin di lupakan...
Simboliknya kek kepala meja ini membawa maksud.. tuan rumah mempunyai anak dara yang sudah cukup umur dan mencari jodoh...
Jadi tidak hairanlah jikalau terdapat banyak kek kepala meja sekiranya rumah tersebut mempunyai anak dara yang ramai..
Kek kepala meja ini biasanya akan dihidangkan semasa HARI RAYA..
Kek ini akan di letakkan di sebuah meja khas, di hias cantik dan terdapat nama pemilik kek..
Sekiranya ada jejaka yang datang ke rumah dan berkenan dengan pemilik kek.. jejaka tersebut akan memotong kek tersebut yang membawa maksud ingin berkenalan dengan anak dara tersebut..
Dan selepas memotong kek dan jejaka tersebut berkenan untuk menyunting si anak anak tersebut. Jejaka tersebut akan meninggalkan sedikit wang sebagai tanda hati kepada pemilik kek sebagai tanda ingin memasuk meminang..
Betapa halus dan indahnya cara masyarakat dahulu..
Kek Kepala Meja ini sangat menggoda... Sangat cantik.. Sesiapa yang melihat pasti ingin merasai kek tersebut.
Zaman dulu, pemuda-pemuda yang datang kerumah sangat berhati-hati untuk memotong kek kerana takut terpotong kek kepala meja.. hehe
Suami orang.. tunang orang tu.. hati-hati ye.. jangan memandai nak potong kek kepala meja..
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..
Sumber GOOGLE.. |