Sayur midin memang sangat popular di sarawak..
...............
Midin atau nama saintifiknyaStenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain.
Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.
Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun kecil yang mempunyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerah-merahan.
Pelepah subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu.
Di Sarawak, permintaan terhadap paku midin meningkat dengan keadaan tanah berasid dan cuaca yang panas di kebanyakan tempat menggalakkan pertumbuhan paku midin secara semulajadi.
Kesedaran awam terhadap makanan kesihatan dan bebas daripada pencemaran mendorong penggunaan dan permintaan semakin meningkat terhadap sayur midin yang tumbuh secara semulajadi.
Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.
Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium.Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam..........
Banyak kebaikkan yg terdapat pada.sayur midin ni.. Boleh juga di masak dengan pelbagai cara.. Dan yang paling popular MIDIN MASAK BELACAN.. Perghhh sedap sangat...
Cara masak pun sangat mudah dan simple..
MIDIN MASAK BELACAN
Bhn::
1 Ikat sayur midin
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cili kering @ cili padi
Sedikit udang kering
Sedikit belacan
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa
Cara::
- Cili, bawang merah, bawang putih, udang kering dan belacan ditumbuk @ kisarkan...
- Panas kan minyak.. Tumis bahan2 yang di tumbuk @ di kisar..
- Lpt tu masukkan sayur midin sehingga sedikit layu dan masukkan perisa.. Dan tutup api..
- Siap dan sedia untuk di makan..