Memaniskan Limau Yang Masam
Masamnya... sampai terpejam mata sebab limau yang masam...
Kadang-kadang kalau makan limau yang masam sedikit memang sedap..
Di cecah pula dengan sedikit kicap masin atau garam..
Memang sedap sangat...
Tapi kalau limau yang masam sangat, aku tak berapa suka..
Dan pasti, limau tu tak akan habis di makan...
Menjadi pembaziran pula bila limau yang masam itu di buang..
Nak makan tp masam..
Nak buang, sayang sebab membazir..
Ini tip atau petua untuk memaniskan limau yang masam..
- Ambil air suam dan masukkan ke dalam besen. Kuantitinya bergantung kepada jumlah buah limau.
- Masukkan buah limau yang masam tadi ke dalam besen. Rendam selama 10 minit.
- Keluarkan buah dan sejukkan di dalam peti sejuk. hasilnya , isi buah limau akan menjadi manis atau kurang masam berbanding sebelumnya.