Quantcast
Channel: REENA SIDEK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 802

Drama KAU, AKU, KITA

$
0
0

Drama KAU, AKU, KITA


Drama KAU, AKU, KITA

Drama Slot Lestari yang mula di tayangkan pada 28 Oktober 2015, Setiap hari Rabu dan Khamis, Jam 9 malam merupakan drama lakonan JANNAH NICK dan SYAHRUL RIDZWAN...
Drama Kau, Aku, Kita merupakan drama yang di adaptasi dari novel Kau, Aku, Kita karya Orkid Edyliyne.. 

Drama KAU, AKU, KITA

JUDUL : KAU, AKU, KITA

EPISOD : 13 episod

TARIKH / MASA : 28 Oktober 2015 (Rabu & Khamis, 9.00 malam)

SIARAN : Slot Lestary TV3

NOVELIS : Orkid Edyliyne

SKRIP: Rehal Nuharis

PENGARAH : Azman Yahya @ Jinggo

TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd

PELAKON : Syarul Ridzwan, Janna Nick, Isey Fazlisham, Adeline Tsen, Tunku Hanis, Hafidz Roshdi, Shamsul Ghau Ghau, Kay Maria

Drama KAU, AKU, KITA

WATAK PELAKON

Syarul Ridzwan sebagai Aus (KLIK SINI : BIODATA SYAHRUL RIDZWAN)

Janna Nick sebagai Iman(KLIK SINI : BIODATA JANNA NICK)

Isey Fazlisham sebagai Mus

Adeline Tsen sebagai Dr Aireenie

Drama KAU, AKU, KITA

SINOPSIS KAU,AKU, KITA

"Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. ke kau pun nama Iman firdaus juga?"

Itulah permulaan dua Iman Firdaus seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? tapi itulah yang jadi. Iman firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah-rumah dia tak ada tv untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup `berkahwin' sama dengan lima adik lelakinya: Iman adrian, Iman fazril, Iman Haris, Iman razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

"Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula."

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah kekal bersama?

 
Drama KAU, AKU, KITA


Viewing all articles
Browse latest Browse all 802