Hati yang tengah suka dan gembira sambil berjalan goyang tangan, goyang kaki, goyang punggung dengan asyiknya.. Semua terhenti tiba-tiba.. Termasuk jantung yang berdegup.. Dup dap dup dup.. Rasa nak terjatuh jantung bila melihat pintu pejabat terbuka dengan luasnya...
Dalam hati tertanya.. Tadi aku dah kunci pintu mcm mana pula boleh terbuka.. Satu je dalam fikiran masa tu..PENCURI..
Tiba-tiba muncul sorang budak tomboi keluar dari pejabat.. Aku tanya "Apa dah jadi?" budak tu jawab kena pecah masuk.. Sebelum ni, aku ada tersempak dengan budak tomboi tu semasa keluar pejabat tadi.. Aku dah kebingungan, pasti banyak barang yang hilang.. Aku suarakan kebimbangan aku kat budak tu.. Budak tu jawab "name card je hilang kak" lepas tu budak tu blahhh, cabut cepat-cepat.. Aiiihhhh, takkan name card je hilang.. Haha hairan kejap aku...
Lepas budak tomboi tu blahhh.. Aku masuk pejabat periksa apa yang hilang, fuhh alhamdulillah tak de hilang apa-apa.. Selamat...
Bila hati dah tenang, aku jalan ke belakang pejabat.. Tiba-tiba terdengar bunyi kat bilik belakang.. Tanpa fikir aku buka pintu, aku nampak tiga budak tomboi lagi.. Kelang kabut tiga budak ni nak lari.. Aku nak tunjuk heroin, aku kejar.. Dua orang dapat melarikan diri.. Sorang dapat aku tahan, tak dapat keluar pejabat... Hahaha.. Bangga dapat tanggap pencuri, dalam kepala dah nak call bos dan polis..
Tapi lepas tu, aku tak tahu apa jadi dengan budak yang aku tangkap.. Sebab aku terjaga.. TERJAGA DARI MIMPI...
Pejam celik pejam celik je mata bila sedar.. Fuhh.. Nasib baik mimpi.. Kalau betul, sakit jantung dah aku.. Tu pun tersedar dari mimpi, dada rasa sakit.... Mungkin terkejut..
P/S ; mimpi yang berlaku selepas azan subuh.. Padan muka aku, tadi sayup2 dengar azan tapi tak bangun, kira nak sambung tido 5-10 minit, lps abis azan baru bangun.. Tak pasal-pasal mimpi pencuri.. Pengajaran, dengar azan bangun, ambil wuduk dan solat..
* hari ni hari ahad, cuti.. Mana ada kerja.. Hehehe..