Quantcast
Channel: REENA SIDEK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 802

Waktu Tidur Yang Dilarang Oleh Nabi Muhammad SAW

$
0
0

Waktu Tidur Yang Dilarang Oleh Nabi Muhammad SAW

Waktu Tidur Yang Dilarang Oleh Nabi Muhammad SAW


Tidur selepas makan– Sesungguhnya jika kita tidur selepas makan, akan menyebabkan proses sistem pencernaan kita tidak berlancar dengan sempurna.

Tidur sepanjang hari – Sesungguhnya jika kita amalkan sering tidur sepanjang hari, ia boleh mengakibatkan kita mudah dan senang untuk diserang pelbagai penyakit. Diantara penyakit-penyakit tersebut ialah penyakit diabetes.

Tidur selepas waktu solat Subuh dan awal pagi– Nabi Muhammad SAW tidak tidur selepas menunaikan solat Subuh dan tidak tidur di awal pagi. Apakah sebabnya? Kerana Allah SAW memberkati umatnya yang bekerja, membanting tulang, mencari nafkah dan yang keluar pergi mencari rezeki yang halal untuk dirinya dan juga untuk ahli keluarganya. Waktu awal pagi merupakan waktu kita untuk mencari rezeki dan berusaha.
Sabda Nabi :
“Maksudnya berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan” (Riwayat oleh At Tabarani dalam Al Awsath)

Tidur pada waktu solat Asar – Sesetengah alim ulama ada menyatakan mengapa tidur waktu solat Asar merupakan salah satu waktu tidur yang dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Sebabnya ialah:
“Sesiapa yang tidur selepas asar sehingga terganggu keawarasannya,maka janganlah dia mencaci selain dari dirinya sendiri”

Tidur sebelum waktu solat Isyak– Sesungguhnya adalah lebih elok dan afdal sekiranya anda dapat menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Kerana terdapat sesetengah daripada kita suka untuk melewat-lewatkan waktu solat Isyak. Sehingga kadang-kadang kita terlupa sama ada kita sudah menunaikan solat Isyak atau belum. Mungkin ada juga langsung tidak menunaikan solat Isyak. Sekiranya anda mempunyai keyakinan dan boleh bangun untuk menunaikan solat Isyak, tidak mengapa sekiranya anda melewatkan solat Isyak tersebut. Tetapi sekiranya tidak yakin, lebih baik untuk anda tidak tidur sebelum waktu solat Isyak tersebut.


Mungkin dalam sedar atau tidak kita pun pernah melakukannya kan. Setiap segala larangan dan juga apa sahaja yang dilarang oleh Nabi Muhammad SAW sebenarnya terdapat hikmah, kebaikan dan kesannya yang tidak kita sedari.

Semoga dengan perkongsian ini dapat dijadikan panduan dan peringatan untuk diri penulis juga. Dan dalam masa yang dapat dikongsikan dan dimanfaatkan bersama-sama. Insyaallah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 802

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.


Two timer Sad tagalog Love quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Re: lwIP PIC32 port - new title : CycloneTCP a new open source stack for...


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 3.42.0 by Vimeo Inc


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear