Quantcast
Channel: REENA SIDEK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 802

Tak Tahu Jenis Darah

$
0
0

Tak Tahu Jenis Darah


Jenis Darah

Selain Reen, rasanya banyak dari kalangan kita yang tak tahu jenis darah sendiri.

Dah 29 tahun usia, baru Reen tahu jenis darah sendiri. Tahu pun sebab dapat kerja baru. Dan dia orang nak tahu jenis darah setiap staf... Dari situ, Reen tahu jenis darah Reen...

Gigih awal pagi pergi klinik, ambil nombor, tunggu giliran dan akhirnya Reen tahu jenis darah Reen ialah B. Ada la, 2 jam kat klinik. Kira ok tu, sekejap je. Dari jam 8 - 10 pagi.

Kebanyakkan kita, memang ambil mudah jenis darah sendiri, termasuk Reen sendiri... Mengetahui jenis darah sendiri banyak kebaikkan untuk sendiri dan orang ramai.. Agar kita tahu, jenis darah yang boleh kita terima dan tak terima.. Selain itu, kita juga dapat menderma dan membantu orang yang memerlukan darah..

Jenis Darah


Sekiranya korang teringin nak menderma darah, baca kriteria di bawa...

ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :

1. Sihat tubuh badan.

2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.

ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.

iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).

3. Berat badan 45kg ke atas.

4. Tidur minimum 5 jam.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.

7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
Bertukar-tukar pasangan seks.
Mengambil dadah secara suntikan.
Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.

8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas

9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.

10. Jangan menderma jika anda :
Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 802