Kenapa wanita wajib menutup aurat dari rambut hingga ke kaki?
Jika dihidangkan pada awak gula-gula yang masih bertutup rapi belum dibuka dengan gula-gula sudah siap dibuka sekian lama. Mana satu yang akan awak pilih?
Wanita itu bukanlah umpama gula-gula tapi kita mahu tunjukkan betapa jaganya Allah pada seorang wanita, betapa bersungguhnya Rasulullah SAW menaikkan martabat seorang wanita.
Wanita tu berharga dan hanya dia mampu menjaga dirinya agar sentiasa berharga.
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) nampak daripadanya." (QS an-Nur: 31)
*Wanita solehah itu melindungi auratnya.