Tip Untuk Mereka Yang Malas Lipat Pakaian
Malas.. Reen ingat Reen sorang je malas lipat Pakaian rupanya ramai juga yang makan vitamin M ni.. Tapi tak semua malas, ada yang tak sempat lipat pakaian sebab kekangan masa.. Terdapat beberapa tip untuk mereka dan orang macam Reen yang malas lipat pakaian..
TIP LIPAT PAKAIAN
Ini tips paling mudah yang mia dapat waktu dengar talk tentang pengurusan masa. Semua baju, seluar tak perlu di lipat. Hanya gantung guna penyangkut baju dan masukkan dalam almari. Lagi senang apabila kita jemur kain pun guna penyangkut baju. Lepas baju dah kering terus masuk dalam almari masing-masing.
2. Basuh dan lipat baju secara berkala
Kalau kain kotor banyak, pastikan basuh kain setiap hari. Bila mesin basuh dah berbunyi terus je masuk bakul dan sidai diampaian. Pada mereka yang berkerja, waktu bangun subuh tu, masukkan terus baju kotor dalam mesin basuh. Waktu nak bersiap pergi kerja, sambil-sambil tu boleh la sidai kain diampaian. Dah kering, terus lipat. Bila kain tak banyak, sekejap je dah siap lipat. Jangan tunggu hujung minggu baru nak basuh. Bila kain dah banyak, mula la malas nak lipat.
3. Terus lipat fabrik yang bersaiz besar dan tebal
Contohnya kain cadar, selimut atau kain pelikat. Lepas kering di ampaian terus lipat kain tersebut diampaian juga. Masukkan dalam bakul dan boleh terus simpan dalam almari. Sebab senang nak lipat kain yang besar kan. Ini supaya kain yang berlonggok tu tak nampak banyak sebab ada kain yang besar-besar. Bila nampak kain banyak, lagi la kita malas nak lipat. Tapi, jangan pulak buat macam ni bila hujan dah turun, baru nak angkat kain.
4. Bakul kain untuk setiap penghuni rumah
Ini boleh dipraktikkan sekiranya ada anak-anak yang sudah dewasa. Pastikan dalam setiap bilik mereka ada bakul untuk kain bersih untuk setiap seorang. Selepas mengangkat kain diampaian, terus asingkan kain dan masukkan ke dalam bakul masing-masing. Untuk anak yang dah dewasa tu boleh suruh mereka melipat kain sendiri. Secara tak langsung, ini boleh menjadikan mereka lebih berdikari untuk melakukan kerja rumah kelak.
5. Tiada gangguan apabila melipat baju
Selalunya kita lipat kain sambil tengok tv kan. Tapi masalahnya apabila cerita di tv dah habis, kain tak habis-habis lagi lipat. Akhirnya berlonggk lagi kain depan tv. Jadi, fokus dulu untuk melipat kain, baru lah boleh tengok tv dengan tenang. Lagi satu perkara, yang selalu terjadi pada mia, bila dah siap lipat kain, ada pulak orang yang datang mengacau kain yang dah lipat. Emil la tu punya kerja. Dia saja nak kacau kain tu untuk tarik perhatian kita. Dah bersepah semula kain yang dah berlipat. Geram tau. Jadi, lipatla bila mereka dah tidur atau minta ayahnya alih perhatiannya dengan bermain.
6. Guna bakul yang bersaiz kecil
Guna bakul yang bersaiz kecil untuk meletakkan baju yang sudah bersih. Apabila bakul dah penuh, kita akan terus melipatnya, Jadi kain yang perlu dilipat tak banyak. Kalau kita gunakan bakul besar, selagi bakul tersebut tak penuh, selagi itulah kita tak kan lipat kain tu kan. "Eh, tak pe lah tunggu penuh dulu la bakul tu baru lipat". Mentaliti kita sebenarnya perlu diubah.
7. Guna alat melipat kain
Cara ini sangat mudah dan murah. Kerja melipat baju menjadi lebih cepat dan lebih kemas sebab kain yang dilipat akan sama besar je.
8. Perkhidmatan melipat kain
Ni cara terakhir kalau memang dah malas sangat-sangat nak lipat kain. Sekarang ni dah ada perkhidmatan untu melipat kain. Bukan setakat basuh baju je, lipat baju pun boleh suruh orang je