Tonton Filem Bajrangi Bhaijaan Online Subtitle
Filem yang menjadi viral selepas tayangan Filem Dilwale.. Ramai yang mengatakan Filem lakonan Salman Khan ni lagi best dari filem Shak Rukh Khan.. Itu orang kata ye, bukan Reen sebab Reen belum tengok lagi filem Dilwale.. Tapi Reen suka dengar lagu Janam Janam dan Garua.. Filem je Reen belum dapat nak komen... Filem Bajrangi ni, beberapa kali Reen cuba download tapi Reen tak pandai.. Hari ni tergerak hati nak cari online dan Alhamdulillah Reen jumpa kat Youtube Full Movie Bajrangi Bhaijaan berserta subtitle Indonesia..
Filem Bajrangi Bhaijaan ni mengisahkan seorang anak Pakistan yang telah terpisah dari Ibunya.. Anak kecil yang bernama Shahira merupakan seorang yang tak boleh bercakap.. Bermacam cara yang di lakukan Bajrangi untuk mengembalikan Shahira kepada orang tuanya.. Di sebabkan Shahira tidak boleh bercakap, Bajrangi memanggilnya dengan nama Munni.
Lapor kepada polis, bawa ke duta dan Shahira hampir di jual kepada ibu ayam oleh agen pelancongan apabila Bajrangi hampir terpedaya dengan agen tersebut yang telah berjanji untuk menghantar Shahira kembali kepada Ibunya. Di sebabkan itu, Bajrangi mengambil keputusan untuk menghantar sendiri Shahira kepada Ibunya untuk memastikan Shahira betul-betul selamat kembali kepangkuan ibunya.
Apabila sampai ke Pakistan, niat baik Bajrangi di salah ertikan dan Bajrangi di salah anggap sebagai perisik India... Kemelut yang melanda dua negara ini, menyulitkan misi Bajrangi bila dia di buru pihak berkuasa Pakistan...
Berjaya atau tidak, Bajrangi menyatukan Shahira dengan Ibunya?? Korang Tengok lah sendiri...
Sebelum tu, sediakan tisu ye... sob sob sob..
Untuk Filem Bajrangi Bhaijaan Reen bagi 5/5 BINTANG..