Quantcast
Channel: REENA SIDEK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 802

Resepi Sotong Masak Kari

$
0
0

Resepi Sotong Masak Kari


Resepi Sotong Masak Kari

Sotong Masak Kari | Lauk kegemaran Reen.. Reen paling suka makan bahagian kepala sotong.. hehehe.. Hari ni, Reen nak kongsi resepi Sotong Masak Kari.. 


Resepi Sotong Masak Kari

Bahan-bahan : 
  • 1 kg Sotong
  • 2 sudu kari (gaul dengan sedikit air sehingga rata)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai (dititik hujung)
  • 1 inci halia
  • Kayu manis, cengkih, bunga lawang,  buah pelaga
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu makan kicap masin

Cara-cara :

Selepas membersihkan dan memotong sotong mengikut saiz yang digemari iaitu membulat atau segiempat. 
Sotong di gaul dengan halia yang telah di tumbuk halus. 

REBUSKAN SOTONG TERSEBUT : Biasanya Reen akan rebus tanpa air, kerana sotong akan mengeluarkan air sendiri ketika proses merebut. Gunakan Api sederhana sahaja semasa merebut. Rebus dalam 5-10 minit. Jangan rebus terlalu lama. Tutup api dan buangkan air rebusan. 

Resepi Sotong Masak Kari

Cara-cara :
  • Panaskan minyak.
  • Masukkan bawang yang telah di tumbuk, serai dan rempah ratus. Tumis sehingga sedikit kekuningan.
  • Masukkan kari. Kacau sehingga kari pecah minyak.
  • Lepas itu, masukkan  sotong yang telah di tuskan airnya.
  • Gaul sehingga sebati.
  • Masukkan kicap, garam dan gaul lagi.
  • Akhir sekali masukkan gula. 
  • Gaul sehingga sotong masak.
  • Selamat Mencuba.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 802