Quantcast
Channel: REENA SIDEK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 802

Resepi Sawi Pahit Cina Dan Sup Ikan Pelayak

$
0
0

Resepi Sawi Pahit Cina Dan Sup Ikan Pelayak


Resepi Sawi Pahit Cina Dan Sup Ikan Pelayak..

Resepi Sawi Pahit Cina Dan Sup Ikan Pelayak

Sayur Sawi Pahit Cina

Bahan-bahan :

1 ikat sawi pahit (di asing batang dan daun)

2 biji bawang putih

3 biji bawang merah

Segengam udang kering



Cara-cara :

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah dan udang kering yang telah di tumbuk.

2. Kacau... Kemudian masukkan batang sawi pahit.

3. Selepas itu, masukkan sedikit air supaya batang sawit lembut.

4. Masukkan daun sawi pahit. Kacau sehingga sedikit layu.

5. Garam dan ajinomoto secukup rasa.

6. Kacau sehingga sayur layu. Tutup api dapur.

7. Selamat mencuba.


Resepi Sawi Pahit Cina Dan Sup Ikan Pelayak

Sup Ikan Pelayak


Bahan-bahan :

2 hiris ikan pelayak (dihiris sebesar 2 inci)

3 bawang putih

4 bawang merah

2 inci halia

600 ml air

Daun sup


Cara-cara :

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dihiris halus. Kacau sehingga kekuning-kuningan.

2. Masukkan air. Biar sehingga mendidih.

3. Kemudian masukkan ikan pelayak.

4. Bila ikan sudab masak. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.

5. Akhir sekali masukkan daun sup. Tutup api dapur.

6. Selamat mencuba.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 802