Resepi Sup Daging
Resepi Sup Daging
Bahan-bahan
1 kilo daging (tulang yg ada isi)
5 biji bawang putih di hiris
6 biji bawang merah di hiris
2 halia sebesar ibu jari
3 biji kentang
3 biji tomato
1 serai
1 ikat suun (basuh dan rendam)
1 sudu makan serbuk kurma ayam/daging
Daun sup
Rempah tumis
Cara-cara :
1. Rebus daging bersama serai yang dititik hujung dan halia yang telah di tumbuk, sehingga daging empuk.
2. Setelah daging empuk. Baru mulakan goreng rempah tumis. Masukkan rempah tumis ke dalam sup.
3. Goreng bawang putih, bawang merah dan halia satu persatu (di goreng berasingan) sehingga kekuning-kuningan.
4. Bahagikan bawang putih dan merah yang telah di goreng kepada dua. Masukkan sebahagian ke dalam sup bersama semua halia yang di goreng tadi. Sebahagian lagi untuk hiasan selepas sup masak.
5. Masukkan kentang. Tunggu sehingga kentang lembut.
6. Selepas itu, masukkan serbuk kurma ayam/daging.
7. Masukkan garam dan ajijomoto secukupnya.
8. Masukkan suun sehingga masak.
9. Biarkan mendidih sebentar sebelum memasukkan tomato dan daun sup. Masak dam tutup api dapur.
10. Selamat mencuba.