Satu lagi drama yang di adaptasikan dari novel iaitu Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas terbitan Penulisan2u.. Drama ini yang akan menggantikan drama Teman Lelaki Upahan tidak lama lagi...
Drama adaptasi novel #HatiPerempuan karya Nur Ain Al-Abbas.
Lakonan Syarul Ridzwan sebagai Tengku Zaril
Mia Ahmad sebagai Yuhanis
7pm-8pm.. TV3 #SlotAkasia bermula 30 Mac 2015...
Sinopsis novel:
Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya.
Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam.
Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.
“Kenapa ni?” - Tengku Zaril.
“This is yours?” - Yuhanis.
“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril.
“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis.
“I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril.
Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.
“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.
“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.
Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yuhanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?
Sumber : SINI