Menarik Sarawak | Pesta Benak Di Sri Aman
Minggu ni Bandar Sri Aman meriah dan akan di kunjungi oleh warga luar dari Sri Aman dan Pelancong kerana adanya PESTA BENAK di SUNGAI BATANG LUPAR.
APA ITU PESTA BENAK?
Benak ialah fenomena alam yang unik dan istimewa bagi masyarakat atau penduduk Sarawak, khususnya bagi penduduk di sekitar Batang Lupar, Sri Aman. Benak sebenarnya ialah ombak muara yang merupakan ombak tinggi yang berpunca daripada pertembungan air pasang atau air pasang yang meluru ke muara sungai yang sempit dan ketinggian ombak muara bergantung kepada musim dalam sesuatu tahun itu, cuaca dan fasa bulan.
Untuk pengetahuan korang tiga tempat lain di Sarawak yang mengalami fenomena benak selain Batang Lupar adalah Batang Sadong, Batang Samarahan dan Batang Saribas.
Benak di Batang Lupar mampu mencapai ketinggian 5.7 meter sehingga 6.0 meter yang pernah direkodkan semasa penganjuran pesta ini pada tahun 2013. Manakala pada tahun 2014, ia direkodkan 6.1 meter sehingga 6.2 meter,
Tapi... rancangan nak ke Sri Aman pada minggu ni terpaksa di batalkan kerana ada Majlis Tahlil keluarga yang perlu diberi keutamaan.. Tak pe, Insya Allah tahun depan moga ada rezeki dan di panjangjan usia,

