Doa Qunut Nazilah
Di kaca tv dan di media sosial kita sering terbaca dan melihat keganasan yang berlaku kepada saudara Islam kita.. Kita hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa untuk membantu meringankan derita saudara Islam kita..
Dan pada hari Jumaat semalam, masjid-masjid di Malaysia menyokong saranan JAKIM untuk mengadakan bacaan doa Qunut Nazilah semasa solat Jumaat.
Qunut Nazilah merupakan sunat dan ia dibaca apabila umat islam didatangi bala bencana atau musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak dan sebagainya.
Semoga dengan doa oleh seluruh umat Islam di dunia ini akan menghentikan kesengsaraan umat Islam di Rohingya.
Qunut Nazilah
1. Doa Qunut Nazilah adalah doa yang dibaca dala solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.
2. Ia merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.
3. Untuk pengetahuan kamu, bacaan Qunut Nazilah boleh dibacakan pada tiap-tiap solat fardhu jika didatangi bala bencana. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Berikut adalah bacaan Qunut yang perlu kamu ketahui:

Maksudnya : “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, Ya Allah.”
3. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
4. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.
5. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk berdasarkan hadis:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran. - Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Sumber: http://masjidwilayah.gov.my