Tarikh akhir pengeposan untuk serahan sebelum Hari Raya Aidilfitri 1439H / 2018
Setiap kali menjelang perayaan, perkhidmatan Pos Malaysia pasti tersangatlah sibuk... Abang-abang posmen pasti akan bekerja keras untuk memastikan semua barang pelanggan pos malaysia menerima barangan mereka tepat pada waktunya..
Untuk mengelak kelewatan penerimaan, Pos Malaysia menetapkan tarikh akhir pengeposan untuk serahan sebelum hari raya Aidilfitri 1439H iaitu sebelum atau pada 9 Jun 2018, supaya serahan dapat diterima sebelum 1 Syawal.
Dan sekiranya pengeposan di lakukan selepas 9 Jun 2018, serahan hanya dapat di lakukan mulai 18 Jun 2018 tertakluk dengan permulaan hari bekerja mengikut setiap negeri.
Jadi, sekiranya korang tak nak barang korang lewat sampai, pastikan barang korang dipos sebelum atau pada 9 Jun 2018.