Kisah Inspirasi Pengasas JamuMall, Khairul Nizam yang Sangat Luar Biasa
Assalamualaikum.. OKU bukan bererti dia lemah.. Allah tahu dia kuat, jadi Allah turunkan dugaan yang pasti akan menjadi dia lebih kuat.. Semangat yang ada dalam diri dia menjadi pembakar untuk berjaya dan semoga orang lain mengikut kekuatan yang ada dalam dirinya.. Untuk orang yang suka memang rendah, keadaan dia orang anggap penghalang tapi untuk mereka yang berfikiran positif itu bukan penghalang tetapi itu satu cabaran untuk berjaya... Semoga semangat, dan kejayaan Khairul Nizam menjadi salah satu inspirasi untuk kita berjaya juga.
Jom kita baca luahaan hati di facebook beliau yang sangat terkesan.
Diusia 30 .. dengan keadaan cacat .. aku bersyukur dengan kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yang mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan banyak negara aku dan sampai.. yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...
Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnya orang diluar sane nak jadi macam aku , nak bayak duit macam aku , nak bahagiakan family mereka macam aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??
kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile saya haus , lapar , penat , takde orang disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..
Ramai cube memilih untuk kerja senang , takvnak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah, Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...
Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yang kuat , kasih sayang yang hebat , keberanian yang tinggi , suka belajar dan improve diri , dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..
Dan semua value yang ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!