Span Loofah, span semulajadi dari tumbuhan...
Setiap kali hujung minggu, mak akan ajak aku ke Pasar Kubah iaitu pasar yang sangat famous yang akan di kunjungi penduduk tempatan dan orang luar yang datang ke Kuching, Sarawak..
Dan setiap kali pergi Pasar Kubah, aku akan perasan satu barang ni, sampai aku fikir tu bekas sarang burung ke? haha apa yang aku fikir rupanya salah.. itu span..
Aku tanya mak aku, dari mana datangnya span tu. Mak aku bagitahu span tu dari tumbuhan, dulu nenek aku ada tanam dan di gunakan untuk harian. Samada untuk cuci perkakas dapur atau untuk mandian..
Rasa span ni lembut jadi kalau untuk kegunaan harian sangat sesuai dan kita rasa yakin nak pakai sebab ia semulajadi dari tumbuhan..
Asal span ini adalah dari sayur PATOLA.. Patola, di biarkan tua sehingga kulit bertukar warna dan kering.. Kemudian boleh di kopek, di cuci dan di biarkan kering.. Lepas itu, boleh di gunakan untuk kegunaan harian..