Quantcast
Channel: REENA SIDEK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 802

13 Rukun Solat Fardhu

$
0
0
13 Rukun Solat Fardhu


1.    Niat - Seseorang hendahlah menyertakan niat di dalam hati ketika bertakbiratul ihram dan sedar akan tujuannya untuk bersolat semasa melafazkan takbir tersebut serta mengingati jenis solat dan fardhunya. Sementara niat untuk bersolat tidak disyaratkan melafazkannya.

2.    Berdiri sekiranya mampu ketika bersolat fardhu - Wajib berdiri bagi mereka yang mampu melakukannya.

3.    Takbiratul Ihram

Syarat Takbiratul Ihram

- Melafazkan takbiratul ihram setelah berdiri.

- Menghadap qiblat. 

- Bertakbir dalam bahasa 'Arab. Orang yang tidak mampu bertakbir

dalam Bahasa 'Arab dan tidak mungkin mempelajarinya pada waktu

itu bolehlah menterjemahkan maksudnya dalam apa-apa bahasa yang

dikehendakinya. Tetapi dia wajib mempelajarinya jika

berkemarnpuan.

-  Mendengar semua huruf takbiratul ihram yang diucapkannya               sendiri jika pendengarannya baik.

- Bertakbir beserta dengan niat.

4.    Membaca Fatihah

Syarat Membaca Fatihah

- Mendengar bacaannya sendiri jika pendengarannya baik.

- Mernbaca ayatnya mengikut urutan yang sebenar dan mernberi perhatian kepada makhraj huruf serta kejelasan syaddahnya.

Tidak melakukan kesalahan bacaan yang membawa perubahan makna.

- Membaca Fatihah dalam bahasa 'Arab. Tidak sah membaca terjemahannya kerana ia bukan Qur'an.

- Membaca Fatihah ketika berdiri. Jika ruku’ sambil menghabiskan bacaan Fatihahnya, bacaan tersebut batal dan wajib mengulanginya.

5.    Ruku’

Syarat Ruku’

- Membongkokkan badan sekira-kira tapak tangan sampai pada lutut.

- Tidak membongkokkan badan dengan tujuan yang lain selain daripada ruku'.

- Tetap seketika (الطمأنينة ) sekurang-kurangnya membongkok dengan tetap sekadar masa sekali tasbih.

6.    I’tidal

Syarat I’tidal

- Tidak bertujuan lain selain daripada ibadat.

- Tetap seketika sekadar masa sekali tasbih.

- Tidak berdiri terlalu lama hingga melebihi kadar bacaan Fatihah.

7.    Sujud sebanyak dua kali pada setiap rakaat

Syarat Sujud

- Menyentuh tempat sujud dengan dahi yang terdedah.

- Melakukan sujud dengan tujuh anggota.

- Bahagian anggota punggung hendaklah terangkat lebih tinggi seberapa yang boleh daripada kepala.

- Tidak sujud di atas pakaian yang dipakai yang bergerak mengikut pergerakannya

- Tidak bertujuan selain daripada sujud.

- Menekankan dahi di tempat sujud sehingga sekiranya kapas atau seumpamanya yang diletakkan di bawah dahi tertindih dan meninggalkan kesan sujud yang jelas di atasnya.

- Tetap seketika semasa sujud sekurang-kurangnya sekadar sekali tasbih.

8.    Duduk antara dua sujud

Syarat Duduk di antara dua sujud

- Tujuan hanyalah semata-mata kerana ibadah.

- Tidak terlalu lama hingga melebihi kadar masa sekurang-kurangnya bacaan tasyahhud.

- Duduk tetap seketika sekurang-kurangnya sekali tasbih.

9.  Duduk tahiyat akhir – Duduk pada rakaat penghabisan yang diikuti dengan salam.

10.  Membaca tasyahhud ketika duduk tahiyat akhir

11.  Berselawat ke atas Nabi S.A.W selepas tasyahhud akhir

12. Salam yang pertama – Orang yang bersolat hendaklah mengucapkan (السلام عليكم ورحمة الله) sambil berpaling ke kanannya.

13.  Tertib -  Melakukan semua rukun mengikut urutan rukun sebagaimana asalnya.

SUMBER: KITAB FIQH MANHAJI JILID, M/S 300

Viewing all articles
Browse latest Browse all 802