Quantcast
Channel: REENA SIDEK
Viewing all 802 articles
Browse latest View live

Syiling peringatan Jubli Emas Masjid Negara.

$
0
0

Syiling peringatan Jubli Emas Masjid Negara.



Syilling Peringatan Jubli Emas Masjid Negara ni mempunyai 3 pilihan iaitu Emas, silver dan nordic dan harga nya ialah :

Emas RM1908
Perak RM212
Nordic RM10.60



Tindakan Semasa Jerebu

$
0
0

Tindakan Semasa Jerebu


Sekarang keadaan cuaca tidak menentu... dan sekarang ada tanda-tanda ke arah Jerebu .. Cuaca yang panas dan kering.. Tiada tanda-tanda hujan..

Tindakan Semasa Jerebu

  • Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah

  • Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar. Orang awam di nasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) jenis 3 ply.

  • Pastikan udara di dalam rumah / bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.

  • Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman.

  • Banyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)

  • Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan / mengadiri aktiviti luar.



KESAN KESIHATAN AKIBAT JEREBU
  • Sakit Mata
  • Selsema
  • Batuk
  • Asma
  • Sakit Tekak
  • Sakit Jantung
  • Radang Paru-paru
  • Penyakit Obstruktif saluran pernafasan kronik.

DAPATKAN RAWATAN SEGERA SEKIRANYA MENGALAMI GEJALA AKIBAT SAKIT JEREBU

Petua Awet Muda Cara Islam

$
0
0

Petua Awet Muda Cara Islam


Petua Awet Muda Cara Islam

  • Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

  • Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

  • Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

  • Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

  • Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

  • Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

  • Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping.

  • Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah

$
0
0

Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah 


Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah

  • Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoaanda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.


  • Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

  • Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

  • Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

  • Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

  • Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

  • Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

  • Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

  • Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

  • Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

  • Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

  • Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

  • Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

  • Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

  • Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

  • Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

  • Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

  • Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

  • Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

  •  Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

  • Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

  • Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

  • Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

  • Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

  • Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.

  • Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

  • Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

  • Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

  • Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

  • Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

  • Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

  • Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

  •  Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

  • Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

  • Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

  • Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

  • Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

  • Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

  • Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

  • Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

  • Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

  • Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

  • Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

  • Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

  • Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

HUKUM TAWAF MENGGUNAKAN SEGWAY ATAU MINI SEGWAY

$
0
0

HUKUM TAWAF MENGGUNAKAN SEGWAY / MINI-SEGWAY


HUKUM TAWAF MENGGUNAKAN SEGWAY ATAU MINI SEGWAY



Muqaddimah

  • Saya telah ditanya berkenaan dengan isu tawaf menggunakan sejenis alat moden yang dikenali dengan nama mini-segway ataupun hoverboard.Justeru, dalam Irsyad al-Fatwa kami kali ini akan membincangkan isu ini secara khusus.

Segway / Mini-Segway

  • Segway / Mini-segway adalah alat moden beroda dua yang digerakkan menggunakan kuasa bateri. Ianya telah direka oleh Dean Kamen dan alat ini telah dikeluarkan oleh syarikat Segway Inc.

HUKUM TAWAF MENGGUNAKAN SEGWAY ATAU MINI SEGWAY

  • Untuk menggunakannya, penunggang perlulah pandai mengimbangkan diri dan alat ini dilengkapi dengan sensor dan juga beberapa ciri yang lain. Alat ini mampu mencecah kelajuan sehingga 20.1 km/j. Kini ianya telah diinovasikan dan terdapat dalam keadaan yang lebih kecil dan ringkas dinamakan sebagai mini-segway. Sistem pergerakannya sama cuma ianya tidak mempunyai pemacu seperti Segway yang asal.

Hukum Menggunakan Alat Tersebut

Melihat kepada nas-nas yang Nabi SAW pernah tawaf dalam keadaan menunggang di atas unta, Ibn Abbas R.Anhuma meriwayatkan:

أنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم طَافَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ عَلَى بَعِيرٍ يَسْتَلِمُ الرُّكْنَ بِمِحْجَنٍ

  • Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW telah tawaf pada haji al-wada’ (haji perpisahan) di atas unta dan beristilam di rukun dengan tongkatnya”.

Riwayat Muslim (1272), Abu Daud (1877), Al-Nasa’i (173), Ibn Majah (2948)

Begitu juga dengan hadis Umm Salamah R.Anha yang berkata:

شَكَوْت إلَى رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أَنِّي أَشْتَكِي، فَقَالَ: طُوفِي مِنْ وَرَاءِ النَّاسِ، وَأَنْتِ رَاكِبَةٌ

  • Maksudnya: Aku mengadu kepada Rasulullah SAW yang aku kurang sihat. Maka jawab Baginda SAW: “Tawaflah belakang orang ramai dan kamu sedang dalam menunggang.”

Riwayat al-Bukhari (1633), Muslim (1276)

Di dalam hadis Jabir R.A:

طَافَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَلَى رَاحِلَتِهِ، بِالْبَيْتِ، وَبَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ، لِيَرَاهُ النَّاسُ، وَلِيُشْرِفَ عَلَيْهِمْ، لِيَسْأَلُوهُ، فَإِنَّ النَّاسَ غَشُوهُ

  • Maksudnya: Nabi SAW telah tawaf di atas tunggangan di Ka’abah, sa’i di antara Safa dan Marwah, orang ramai melihatnya dan Baginda dapat menyelia untuk mereka bertanya kepada Baginda, maka sesungguhnya orang ramai mengerumuni Baginda.

Riwayat al-Nasa’I (2975)

Berdasarkan nas-nas, jelas menunjukkan kebolehan untuk melakukan tawaf dengan menggunakan kenderaan dan tunggangan (pada waktu itu), tetapi antara sebabnya ialah:
  • kerana untuk membimbing orang ramai.
  • kerana untuk orang ramai dapat mengikuti dan mempelajari.
  • kerana uzur atau sakit.

Justeru, hukum menggunakan alatan tersebut adalah harus.

Pendapat Ulama

Di dalam isu ini, terdapat tiga pendapat ulama’ yang utama membincangkannya:

  • Pendapat pertama: Sebahagian ulama’ seperti Al-Khiraqi mengatakan bahawa hukum tawaf menggunakan kenderaan atau di bawa tanpa uzur adalah tidak memadai. Ini juga merupakan satu pendapat dalam riwayat Ahmad dan alasannya kerana Nabi SAW bersabda:

الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلَاةٌ

Maksudnya: Melakukan tawaf di Ka’bah adalah solat.

Riwayat al-Nasa’i (2922)

Oleh kerana tawaf merupakan ibadah yang berkaitan dengan ka’bah maka tidak harus dilakukannya dengan menaiki kenderaan tanpa uzur seperti solat. [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

  • Pendapat kedua: Yang masyhur adalah memadai dan dikenakan dam dan ini adalah pendapat Malik dan Abu Hanifah kecuali Abu Hanifah menambah sekiranya seseorang itu masih berada di Mekah perlu diulang tawafnya itu dan sekiranya sudah pulang, maka hendaklah membayar dam. [Al-Hawi al-Kabir. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 4/151], [Al-Majmu’. Dar al-Fikr, 8/27].

  • Pendapat ketiga: hukumnya adalah memadai dan tidak dikenakan dam. Ini ialah pendapat Abu Bakar, mazhab Syaf’ie dan Ibn al-Munzir. Mereka beralasan dengan mengatakan Nabi SAW telah tawaf dalam keadaan menunggang.

Ibn al-Munzir berkata: “Tidak diterima pendapat seseorang setelah adanya perbuatan daripada Nabi SAW kerana Allah SWT telah perintahkan tawaf secara mutlak. Maka dengan cara mana sekalipun ianya memadai dan tidak harus taqyidkan yang mutlak tanpa dalil.” [Al-Mughni. Maktabah al-Kaherah, 3/358]

Tarjih

Setelah melihat ketiga-tiga pandangan di atas, kami cenderung kepada pendapat yang mengharuskannya selaras dengan mazhab Syafi’e, Ibn al-Munzir dan ramai lagi kerana nas yang sahih lagi sarih (jelas) menunjukkan kearah itu.

Walaupun begitu, beberapa kriteria perlu difahami dan diraikan:
  • Tawaf secara biasa (berjalan) jauh lebih afdhal (baik) dan aula (utama) kerana ia merupakan perbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga para Sahabat.

  • Raikan adab tawaf dengan sebaik mungkin.

  • Penuhi syarat-syarat tawaf agar tidak terbatal.

  • Jauhi dari riya’, ‘ujub dan niat bermegah ketika menggunakannya.

  • Jangan sesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka.

Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kefahaman sebaik mungkin mengenai hukum tawaf menggunakan segway / mini-segway

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
18 Zulkaedah 1436H bersamaan 2 September 2015.

Khasiat Peria

$
0
0

Khasiat Peria


Khasiat Peria

PERIA , pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. 
Bak kata orang tua yang pahit itulah ubat.
Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.

Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria ‘katak’ yang bersaiz lebih kecil.

Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat.


Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.


Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu.

Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.


Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.

Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. 

Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.

Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.

Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. 

Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.

Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.

MUTIARA IMAM AHMAD BIN HANBAL RAHIMAHULLAH

$
0
0

MUTIARA IMAM AHMAD BIN HANBAL RAHIMAHULLAH


MUTIARA IMAM AHMAD BIN HANBAL RAHIMAHULLAH


"Tidak sayugia bagi seseorang meletakkan diri untuk berfatwa sehingga terdapat pada dirinya LIMA (5) jenis sifat:

  • Mempunyai niat yang baik. Jika tiada, tidak akan ada pada dirinya cahaya dan kalamnya nur.

  • Mempunyai sifat lemah lembut, kasih syang dan tenang.

  • Mempunyai kekuatan terhadap dirinya sendiri dan juga pada ilmu pengetahuannya.

  • Rezeki yang mencukupi untuk hidup.

  • Mengenali manusia dengan sebenarnya."

Semoga kita mendapat kefahaman daripada nasihat Imam Ahmad ini.
InshaAllah

PUNCA PERIOD TAK STABIL

$
0
0

PUNCA PERIOD TAK STABIL


PUNCA PERIOD TAK STABIL



KEGEMUKAN 
  • berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.



BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN 
  • hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.


TERLALU KURUS 
  • tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.


MASALAH KESIHATAN 
  • sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.


MENOPAUS 
  • ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.


PENCEGAH HAMIL 
  • pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.


TEKANAN/STRESS 
  • tress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.


PENYUSUAN BADAN 
  • sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!


TERSILAP PENGIRAAN 
  • 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.


MASALAH TYROID 
  • hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.


UBAT-UBATAN 
  • jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

Sekian..

GIVEAWAY : MUDAHNYA NAK MENANG HELLO KITTY DI SHEHANZSTUDIO.COM

10 sebab kenapa group WhatsApp jadi semak

$
0
0

10 sebab kenapa group WhatsApp jadi semak

10 sebab kenapa group WhatsApp jadi semak

1. Jenis yang terlebih ambil berat, suka forward imej lengkap gambar bunga bagai semata-mata nak ucap salam, selamat pagi sampai 2, 3 keping. Paling tak boleh blah, yang reply pun sama. Kalau group 5-10 orang dalam group boleh tahan lagi. Buatnya, lebih separuh daripada 50 orang buat hal sama, tak ke pagi-pagi dah serabut perut.


2. Sembang berjela hal yang hanya kena pada 2 orang saja padahal group ada lebih 50 orang. Ada tu pula suka benar menunjuk-nunjuk gambar selfie diri sendiri atau gambar anak sampai 14 kali sehari. Habis data. Akhirnya, tekan More --> Clear Chat!

3. Respon menganjing/ tak serius pada komentar ahli group yang bagi cadangan atau pandangan padahal sebelum tu menyalak minta respons. Bila 'exit group' boleh pula yang menganjing tu tanya kenapa dia left?

4. Kalau group kawan sekolah lama, masing2 tanya khabar, sibuklah cakap rindu, kenangan indah bagai tapi bila admin nak set tarikh utk jumpa punyalah payah.

5. Kalau group kawasan kejiranan, ada yang suka merapu melebih-lebih sampai masuk hal dalam kain padahal masing-masing dah ada bini, anak berderet, siap kalau malam Jumaat hantar gambar yang sewaktu temanya sampai jam 2,3 pagi. WTH?!

6. Kalau group rasmi, hantar beberapa keping gambar dah cukup. Tapi kalau jenis yang tak fikir orang lain sanggup hantar sampai 30 gambar serentak untuk satu program je termasuk gambar kabur/blur sampai memori full.Gila kau! Habis jammed hp.

7. Isu remeh-temeh yang sama dikitar semula. Kalau jumpa cerita sama, dalam group pun cerita sama. Akhirnya baik jadi silent reader tak pun CCTV.

8. Ada pandangan berbeza nanti kalau cakap boleh tercetus perang dunia ketiga tambah kalau menyentuh bab politik.

9. Bosan jenis yang copy & paste atau dipetik dari group sebelah cerita2 yang konon mengajak ahli group ingat Tuhan. Sumber tak tahu sahih ke tidak. Panjang2 pula ayatnya itu. Akhirnya sekadar scroll tak baca habis.

10. Jenis yang kepoh berangan reporter Melodi. Sibuk copy & paste berita sensasi, khabar angin tup tup, esok lusa hal yang dikecohkan itu hanya salah faham, tak berlaku pun atau gambar edit.

Jadikan group WhatsApp bukan alat pencuri masa berharga anda sedangkan hayat kita semua ni sedang dihambat!

10 TIPS MENGAMBIL HATI BAKAL MERTUA ATAU MERTUA

$
0
0

10 TIPS MENGAMBIL HATI BAKAL MERTUA ATAU MERTUA



Masih ingat lagi kali pertama berjumpa bakal mertua atau mertua? Mesti dada berdebar-debar bukan?

Sekarang, itu sudah tinggal jadi kenangan. Anda kini sudah berstatus menantu. Untuk meneruskan hidup, kenalah tahu teknik dan tips mengambil hati mertua, agar sentiasa disayangi. Bukan mertua sahaja, kena juga pandai ambil hati ipar.

Apakah tips mengambil hati mertua dan ipar duai?

1. Angguk-angguk

  • Walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak setuju, angguk-angguk sahajalah. Biarkan mereka selesa dengan pilihan mereka sendiri. Lebih baik mengiyakan sahaja apa sahaja tindakan yang mereka buat.

  • Walaupun kadang-kadang panas juga hati dengan tindakan mereka, bersabar sahajalah. Itu lebih baik.

2. Jangan masuk campur

  • Jangan masuk campur urusan meraka, melainkan ia bertentangan dengan Islam.

  • Senyum sentiasa dan ramah santun bila berbicara. Jangan pula pilih kasih untuk berbaik-baik.

3. Jangan sampai suami report balik pada mak dia

  • Kadang-kadang apa yang terzahir dari mulut isteri adalah dalam keadaan tanpa sedar. Suami yang mendengar, cuma angguk-angguk sahaja. Entah faham entah tidak.

  • Sebab itu suami kadang-kadang, berasakan maklumbalas dari isteri tentang keluarganya itu tidak ada apa-apa. Tetapi bila sampai ke telinga mertua dan ipar, boleh jadi perang besar!

4. Jangan berkira dengan duit dan tenaga

  • Pertama sekali, janganlah terlalu kedekut. Belanjalah sedikit barang-barang keperluan untuk keluarga mertua

  • Yang kedua ini bukannya berkira tentang duit, tetapi berkira tentang buat kerja rumah. Elakkan kerja kita diambil alih org lain seperti pakaian kita suami dan anak-anak.Cuci pinggan mangkuk sendiri dan jangan sesekali biarkan di sinki.

5. Tunjuk rajin masak

  • Tunjuklah rajin memasak di dapur. Sedap tak sedap, itu belakang kira. Asalkan rajin membantu ipar dan mertua.

  • Dalam mental si ibu mertua, kalau si isteri tak pandai masak, dia mula risaukan anak dia. Siapa yang akan bagi makan?

6. Banyakkan berbual

  • Perbanyakkan bualan mesra yg boleh menarik minat mertua dan ipar duai. Kalau mereka suka tengok drama di TV, layankan sahaja.

  • Walaupun tidak sama level, ketepikan dahulu. Janji berkomunikasi.

7. Jangan tunjuk malas

  • Jangan menonton televisyen apabila mertua atau ipar duai sibuk mengemas rumah.Tak rugi membantu mereka mengemas bersama!

8. Berikan hadiah

  • Sebab itu, kita selalu nampak orang-orang dulu akan bungkus bawa buah-buahan bila berkunjung ke rumah tetamu. Sama juga adabnya bila menantu melawat mertua.

  • Jangan lupa belikan mereka ole-ole. Jika berkunjung ke tempat pelancongan, jangan lupa souvenir.

9. Hormati privasi

  • Jangan ambil apa-apa barang di dalam rumah mertua tanpa minta izin terlebih dahulu. Juga jangan suka-suka masuk bilik orang lain tanpa kebenaran.

  • Jangan juga alihkan perabot atau susun atur dalam rumah mengikut citarasa kita.

10. Jangan ambil kesempatan

  • Untunglah kalau dikurniakan mertua yang baik. Namun, jangan cuba-cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan mertua dan ipar duai. Sekali buat hal, mereka tidak akan percaya sampai bila-bila

Akhir kata
  • Sentiasalah berfikiran positif serta elakkan berprasangka buruk dalam kehidupan berumahtangga. Hidup kita bukan dengan pasangan semata-mata. Ia merangkumi kehidupan keluarga pasangan kita.

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN...

$
0
0
KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN...


KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN...


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,
lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”


Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)


Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)


Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. 
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. 
Daripada hadis-hadis di atas,  dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, 
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. 
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. 
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. 
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar,  tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, 
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

KEUTAMAAN MENAHAN AMARAH

$
0
0
KEUTAMAAN MENAHAN AMARAH


KEUTAMAAN MENAHAN AMARAH

1. Rasulullah SAW bersabda : “Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam bergusti, tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya...” (HR. Bukhari dan Muslim).

2. Dari Ibnu Mas’ud ra Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang dikatakan paling kuat diantara kalian...? Sahabat menjawab : iaitu diantara kami yang paling hebat bergusti. Baginda bersabda : “Bukan begitu, tetapi dia adalah yang paling kuat mengendalikan nafsunya ketika marah.” (HR. Muslim)

3. Al Imam Ahmad meriwayatkan hadis dari Anas Al Juba’i , bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang mampu menahan marahnya padahal dia mampu menlepaskannya, maka Allah menyeru pada hari kiamat dari atas khalayak makhluk untuk memilih mana-mana bidadari yang mereka mahu.” (HR. Ahmad dengan sanad hasan)

4. Al Imam Ahmad juga meriwayatkan hadis dari Ibnu Umar, bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Tidaklah hamba meneguk tegukan yang lebih utama di sisi Allah SWT, dari meneguk kemarahan kerana mengharapkan wajah Allah SWT.” (Hadis sahih riwayat Ahmad)

5. Al Imam Abu Dawud rahimahullah mengeluarkan hadis secara makna dari sahabat Nabi, bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Tidaklah seorang hamba menahan kemarahan kerana Allah SWT kecuali Allah SWT akan memenuhi baginya keamanan dan keimanan.” (HR. Abu Dawud dengan sanad Hasan)

6. “Dari Abu Hurairah ra, bahwa seseorang berkata kepada Nabi SAW : berwasiatlah kepadaku. Baginda bersabda : “jangan menjadi seorang pemarah”. Kemudian diulang-ulang beberapa kali. Dan beliau bersabda : “janganlah menjadi orang pemarah” (HR. Bukhari).

Rasulullah SAW tidak pernah marah jika celaan hanya tertuju pada peribadinya dan beliau sangat marah ketika melihat atau mendengar sesuatu yang dibenci Allah, maka beliau tidak diam, beliau marah dan berbicara. Ketika Nabi Saw melihat kelambu rumah Aisyah ada gambar makhluk hidupnya (yaitu gambar kuda bersayap) maka merah wajah Beliau dan bersabda : “Sesungguhnya orang yang paling keras siksaannya pada hari kiamat adalah orang membuat gambar seperti gambar ini.” (HR. Bukhari Muslim).

Al Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadits Anas ra : “Anas membantu rumah tangga Rasulullah Saw selama 10 tahun, maka tidak pernah beliau berkata kepada Anas : “ah”, sama sekali. Beliau tidak berkata terhadap apa yang dikerjakan Anas : “mengapa kamu berbuat ini.” Dan terhadap apa yang tidak dikerjakan Anas,”Tidakkah kamu berbuat begini.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Begitulah keadaan beliau sentiasa berada diatas kebenaran baik ketika marah ataupun ketika dalam keadaan gembira/tidak marah. Dan demikianlah semestinya setiap kita selalu diatas kebenaran ketika gembira dan ketika marah. Rasulullah Saw, bersabda : “Ya Allah, aku memohon kepada-MU berbicara yang benar ketika marah dan redha.” (Hadis sahih riwayat Nasa’i).

Dr, Aidh bin Abdullah Al-Qarni M.A mengatakan, Berhati-hatilah terhadap kekalutan, kerana ia sangat melelahkan. Jauhilah sikap mencerca dan mencela, kerana ia sangat menyiksakan.

Setelah kita mengetahui keutamaan menahan marah, seperti yang dihuraikan diatas, sekarang cuba kita tanyakan dengan jujur pada diri kita sendiri, bagaimana kita kalau sedang marah selama ini...? Apakah kita mampu menahan marah...? Atau apakah saat marah kita tetap mampu menahan dan mengendalikan amarah kita hingga tidak berlebihan.

Sesungguhnya Iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu.

  • Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. 
  • Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat.
  • Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. 
  • Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. 
  • Anggotamu menyerumu berbuat dosa. 
  • Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya.

Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.


Sumber : FB Imam Muda Hilal

Beg Kecil Elakkan Kesesakkan

$
0
0

Beg Kecil Elakkan Kesesakkan


Beg Kecil Elakkan Kesesakkan

As Salam...
Wanita dan hand beg tak dapat di pisahkan...
Aku salah sorang wanita yang suka hand beg besar...
Sebab apa suka beg besar.. sebab boleh simpan macam-macam..
Dan hand beg wanita sinonim di gelar beg doraemon... hehe
Bila pergi shopping, kalau barang tu kecil, akan di simpan dalam beg je, 
Tak perlu nak buang masa simpan di kuanter barang..
Ikan bilis, tin susu manis, belacan dan macam-macam boleh di simpan dalam beg besar..
Hahahaha.. selagi boleh disimpan dan selagi barang boleh di padat dalam beg..
Ni bukan gurauan ye.. memang realiti dan terjadi kat aku dan orang sekeliling aku..

Beg Kecil Elakkan Kesesakkan

Untuk mengelak kejadian sesat terjadi eloklah aku bertukar dari handbeg besar ke beg kecil.. hehehehe

Beg Kecil Elakkan Kesesakkan

Comel tak beg ni... hehehe.. Simpan apa yang penting je... 

Keindahan Pantai Puerto Rico, Bioluminescent Bay di Malam Hari

$
0
0

Keindahan Pantai Puerto Rico, Bioluminescent Bay di Malam Hari


Puerto Rico, Bioluminescent Bay

Subhanallah.. Betapa indahnya ciptaan Ilahi...
Pantai Puerto Rico kelihatan kebiruan di malam hari..
Waahhh.. aku tergoda tengok pantai ni...
Boleh jadi tempat HONEYMOON... hahaha 
Pantai dalam Malaysia tak habis pusing..
Ni berangan nak honeymoon luar negara..
Tapi.. kalau berangan tak salah kan...
Mana tahu, masin mulut ni...
Sampai ke sana aku nanti... 
Puerto Rico, Bioluminescent Bay

Puerto Rico, Bioluminescent Bay






Lirik Lagu Ingatkan Dia Wings

$
0
0

Lirik Lagu Ingatkan Dia - Wings


Lirik Lagu Ingatkan Dia Wings

Semenjak awal lagi
Bila ku mengenalimu
Dunia ini serasa
Cuma dalam genggamanku


Ramai yang datang menduga
Namun tak sama denganmu
Aku...percayalah
Biar pun remuk di hati
Akan aku rawat sendiri
Kerana kau aku rela


Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama


Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu
Itulah kesilapanku
Belum terlewat lagi
Itu kata darimu mudah
Memang begitu indah


Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama


Musuh tak kenal
Jangan diikut tinggalkan dia
Mengapa aku masih kau goda
Masih kau goda


Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama
 

Jerebu Dan Doa Mohon Hujan Turun

$
0
0

Jerebu Dan Doa Mohon Hujan Turun


Jerebu Dan Doa Mohon Hujan Turun

Tiap-tiap tahun akan ada musim jerebu..
Puncanya, kebakaran yang di lakukan negara jiran...
Kesannya kita yang mengalami jerebu..
Sesak nafas bila berada di luar rumah..
Rasa tak cukup je oksigen nak di sedut...
Kalau boleh elak dari melakukan aktiviti di luar rumah..
Banyakkan minum air dan menggunakan penutup hidung dan mulut sekiranya berada  di luar..

Semalam IPU di bandar Kuching ialah 160..
Dan kalau korang ingat..
1997 merupakan jerebu yang paling teruk pernah kita alami..
Pada September 199, bacaan IPU di Kuching mencecah 650 dan Miri 700..
Dengan jarak penglihatan 120 meter je..
Keadaan tersebut menyebabkan Sarawak diistiharkan "Darurat Jerebu"...

Jerebu Dan Doa Mohon Hujan Turun


Kecomelan Anak Kucing Dan Anak Burung Hantu

$
0
0

Kecomelan Anak Kucing Dan Anak Burung Hantu


Haiwan yang tidak di beri akal fikiran mampu mempamirkan kasih sayang, walaupun berlainan jenis...
Apatah lagi kita, makhluk yang paling indah ciptaan yang di beri akal fikiran untuk berfikir...
Apa yang baik dan apa yang buruk..
Ya kita hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan.. 
Yang mempunyai banyak kelemahan..
Tiada manusia yang sempurna..
Tapi andai berlakunya kesilapan, jangan di ulangi kesilapan tersebut..
Dan jangan malu untuk memohon maaf..

Jum tengok gelagat dan kecomelan anak kucing dan anak burung hantu ni..
Haiwan mampu menghilangkan stress yang kita alami..
Kecomelan mereka mampu memikat hati kita..

Kecomelan Anak Kucing Dan Anak Burung Hantu
Anak Kucing : Hai burung hantu, kenapa pandang aku?
Anak Burung Hantu : Kenapa? Saja je tengok muka kau kucing.

Kecomelan Anak Kucing Dan Anak Burung Hantu
Anak Kucing : Kenapa kau comel sangat burung hantu... muahhh
Anak Burung Hantu : Kau pun comel juga kucing... muahhh

Kecomelan Anak Kucing Dan Anak Burung Hantu
Anak kucing : Ngantuknya...
Anak Burung Hantu : Jom tidur...

Kecomelan Anak Kucing Dan Anak Burung Hantu
Anak kucing : Zzzzzzzz.....
Anak Burung Hantu : Zzzzzzzz.....

p/s : Dialog adalah rekaan semata-mata dan suka-suka je... hahaha dan dialog mcm tak menjadi je.... 

Lirik Lagu dan Official Muzik Video Mikraj Cinta Dato Siti Nurhaliza

$
0
0

Lirik Lagu dan Official Muzik Video Mikraj Cinta Dato Siti Nurhaliza



Langit malam bercahaya
Yang terlihat limpahan sinaranNya
Takkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMu

Pada mikraj cinta ada rahsianya
Pada mikraj cinta ada jawapannya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya

Tuhan tetapkanlah
Jiwa hati kami semua
Sehingga bertemuMu menatapMu
Nanti di sana

Tuhan temukanlah
Pengakhiran yang terindah
Sehingga bertemuMu
Menghadapmu di syurga

Takkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMu

Pada mikraj cinta ada rahsianya
Pada mikraj cinta ada jawapannya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya

Bukalah mata hati
Bukalah cermin mimpi
Moga jalanku tidak keliru
Berkelana mencariMu

Tuhan temukanlah
Pengakhiran yang terindah
Sehingga bertemuMu
Menghadapmu di syurga

Ya Tuhan sembuhkanlah
Jiwa-jiwa yang berduka
Kembali berbicara
Dan mengukir senyuman

Tuhan temukanlah
Dengan hikmah mikraj cinta

Lipgloss Yang Comel

$
0
0

Lipgloss Yang Comel



Comel ke tak comel...
Kalau korang cakap tak comel memang korang tak pandai menilai.. hahaha
Perempuan ni memang suka sesuatu nampak comel, yang cantik, yang indah..
Mesti cepat terpikat.. Hehehehe...
Sebelum beli lipgloss yang comel ni,
Hati akau berbelah bahagi.. Nak beli ke tak...
Tangan aku pegang lepas, pegang lepas je lipgloss ni..
Dan akhirnya aku pegang dan beli..
Harga pun murah je, tak sampai RM10...
Aku ni jenis wanita yang tak berasa suka nak bermekap... 
Gincu dan lipgloss je penyeri wajah aku..
Supaya orang tak cakap muka aku macam hantu sebab pucat macam mayat...


Viewing all 802 articles
Browse latest View live