Quantcast
Channel: REENA SIDEK
Viewing all 802 articles
Browse latest View live
โ†ง

Cara Hilangkan Karat Dari Periuk Dan Kuali

$
0
0

Cara Hilangkan Karat Dari Periuk Dan Kuali


Cara Hilangkan Karat Dari Periuk Dan Kuali. Peralatan memasak seperti periuk dan kuali perlu penjagaan yang betul agar ia tidak mudah berkarat. Bila dah berkarat, pasti sudah tidak dapat digunakan lagi. Terpaksalah beli yang baru. Membazir sahaja kan, kalau kerap kali kena berganti periuk dan kuali yang baru.

Cara Hilangkan Karat Dari Periuk Dan Kuali


Cara Hilangkan Karat Dari Periuk Dan Kuali

1)Asam Jawaโ€“ Ambil sedikit asam jawa dan gosokkan pada permukaan periuk atau kuali yang mempunyai kesan karat. Teruskan menggosok sehingga hilang kesan karat tersebut. Kemudian bilas dengan air yang bersih. Ulangi proses ini sekiranya kesan karat tersebut sukar hilang.

2) Air dan Soda Bikarbonatโ€“ Campurkan sedikit air dan soda bikarbonat kemudian sapukan ke atas kesan karat pada kuali atau periuk. Biarkan hingga kering untuk beberapa jam. Selepas itu barulah cuci periuk atau kuali hingga bersih. Penggunaan air dan soda bikarbonat sangat sesuai untuk menghilangkan kesan hangus akibat penggunaan api yang terlalu besar.

3) Sos Tomatoโ€“ Mungkin ramai yang tidak tahu tentang tips ini. Penggunaan sos tomato pun berkesan untuk menghilangkan kesan karat. Caranya anda perlu sapukan sedikit sos tomato di atas kesan karat dan biarkan selama beberapa jam. Selepas itu gosokkan sedikit dengan span dan cuci periuk tersebut seperti biasa.

4) Kulit Kentangโ€“ Selepas ini jangan buang sahaja kulit kentang yang telah anda kupas. Anda boleh gunakan kulit kentang tersebut untuk bersihkan periuk dan kuali anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah, letakkan kesemua kulit kentang yang telah dikupas ke dalam periuk atau kuali yang ingin anda bersihkan. Kemudian isikan dengan air dan letakkan di atas api. Biarkan air mendidih. Kacau sedikit. Selepas itu tutup api dan bila dah sejuk, bersihkan periuk seperti biasa. Kesemua kesan kerak akan tanggal dengan sendirinya.

5) Garam dan Cukaโ€“ Satu lagi cara untuk menghilangkan kesan karat adalah dengan menggunakan campuran garam dan cuka. Anda hanya perlu sapukan pada kesan karat dan biarkan sehingga kering. Selepas itu barulah anda cuci periuk atau belanga tersebut seperti biasa.

โ†ง

CARA BETUL MEMICIT JERAWAT

$
0
0

CARA BETUL MEMICIT JERAWAT


CARA BETUL MEMICIT JERAWAT

CARA BETUL MEMICIT JERAWAT | Muka ditumbuhi jerawat..geramnya rasa. Jerawat yang muncul membuatkan kita berasa rimas dan menjadikan kita kurang berkeyakinan.

Adakala kita terpaksa memicit jerawat tersebut. Nah hasil perkongsikan Dr. Mehmet Oz bagaimana untuk memicit jerawat dengan betul.

Menurut Dr. Mehmet Oz, cara ini dapat mengurangkan terjadinya parut dan risiko jangkitan.

Malah katanya cara ini tidak menyakitkan kulit kerana kulit yang berjerawat sudah mati.
  • Ambil jarum yang sudah dicuci dengan spirit atau alkohol.

  • Cucuk jerawat itu pada bahagian yang putih sahaja (yang bernanah) supaya tidak terkena bahagianย kulit yang masih sihat.

  • Tarik jarum itu keatas dan bawah supaya jerawat itu terkoyak.

  • ย Keluarkan nanah dari jerawat.

  • Setelah selesai, tarik keluar jarum itu dan bersihkan nanah-nanah itu dengan dengan kapas serta jangan lupa bersihkan bekas jerawat itu dengan cecair anti-septik supaya bakteria tidak merebak.

โ†ง
โ†ง

Tips Hilangkan Bau Dalam Peti Ais

$
0
0

Tips Hilangkan Bau Dalam Peti Ais


Tips Hilangkan Bau Dalam Peti Ais


Tips Hilangkan Bau Dalam Peti Ais. Peti ais atau peti sejuk digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis bahan makanan dan minuman. Ini untuk memastikan makanan terus segar dan tidak cepat rosak, terutamya seperti ikan, daging, sayur-sayuran dan juga makanan yang telah siap dimasak.

Kadang kala selepas menyimpan pelbagai jenis bahan makanan, akan ada bau yang kurang menyenangkan bila kita membuka pintu peti ais. Bau akan menjadi lebih memualkan sekiranya suhu di dalam peti ais tidak berapa sejuk. Contohnya bila berlaku gangguan bekalan elektrik.


Jika hal ini terjadi, anda boleh cuba beberapa Tips Hilangkan Bau Dalam Peti Ais yang dikongsikan dibawah ini untuk mengembalikan bau segar setiap kali membuka pintu peti ais atau peti sejuk.

1) Guna Esen Vanillaโ€“ Esen Vanila bukan hanya digunakan untuk mewangikan kek, tetapi ia juga boleh digunakan untuk mewangikan peti ais di rumah anda. Caranya ambil sebesen air dan tambahkan beberapa titis esen vanilla ke dalamnya. Selepas itu ambil tuala yang bersih dan basahkan dengan menggunakan air campuran esen vanilla itu tadi kemudian lapkan ruang dalam peti ais anda.

2) Guna Rotiโ€“ Jika ada baki sekeping dua roti, jangan buang. Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau busuk dalam peti sejuk. Tinggalkan sahaja sekeping dua roti dalam peti sejuk sehingga roti tersebut menjadi kering selepas itu gantikan dengan roti yang baru. Roti akan membantu menyerap segala macam bau dari dalam peti sejuk di rumah anda.

3) Guna Kulit Nenasโ€“ Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kulit nenas juga boleh digunakan untuk menyerap bau yang kurang enak dari dalam peti ais. Anda hanya perlu letakkan beberapa keping kulit nenas dan biarkan dalam peti ais selama beberapa hari. Bila kulit nenas dah kecut, anda bolehlah gantikan dengan kulit nenas yang baru.

4) Guna Arangโ€“ Mengikut petua tradisional, arang juga boleh digunakan untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Tetapi kalau anda nak hasil yang lebih berkesan, anda perlu letakkan arang bersama hirisan limau atau lemon. Barulah bau dalam peti sejuk akan berasa lebih segar dan wangi.

5) Guna Soda Bikarbonat โ€“ Lagi satu petua untuk menghilangkan bau busuk dari dalam peti ais adalah dengan membancuhkan beberapa sudu soda bikarbonat dengan air. Selepas itu basahkan tuala yang kering dengan air tersebut dan lapkan ke bahagian dalam peti sejuk.

Selain lima Tips Hilangkan Bau Dalam Peti Ais, anda juga boleh meletakkan daun pandan atau kulit limau untuk mewangikan ruang dalam peti ais di rumah anda.

Apa yang penting adalah pastikan dalam peti ais anda sentiasa bersih. Simpan bahan-bahan mentah dalam bekas tertutup dan jika ada air atau apa sahaja cecair yang tertumpah dalam peti ais, cepat-cepatlah bersihkannya. Anda juga perlu pastikan suhu peti ais sentiasa sejuk.

โ†ง

Cara Memakai Dan Memilih Bra Yang Betul

$
0
0

Cara Memakai Dan Memilih Bra Yang Betul


Cara Memakai Dan Memilih Bra Yang Betul

Membeli bra atau coli bukan semudah yang disangka. Ia bergantung pada bentuk badan dan saiz payudara. Kadangkala saiz bra yang sama belum tentu menjamin keselesaan bila seseorang memakainya.

Ramai wanita diluar sana menghadapi masalah untuk memilih dan membeli bra yang sesuai dan selesa untuk dipakai.

Memandangkan bra bukan sekadar baju dalam, sebaliknya ia juga membantu membaiki postur, membentuk badan dan membuat anda berasa yakin maka anda terlebih dahulu perlulah memilih saiz ukur lilit dan โ€˜cupโ€™ yang sesuai dan berasa selesa apabila dipakai.

Untuk Payudara Bersaiz Kecil
  • Pilih bra jenis โ€˜push upโ€™ kerana ia dapat membantu membuatkan payudara kelihatan lebih padat
  • Pilih bra yang jenis half cup dan bukannya full cup.

Untuk Payudara Pendulous (kebawah)
  • Pilih bra yang berdawai yang dapat menampung payudara dari bahagian bawah.
  • Selain itu pilih bra yang jenis โ€˜full cupโ€™, bertali lebar dan mempunyai sokongan tambahan.

Untuk Payudara Yang Berposisi Jauh
  • Pilih bra yang memberi sokongan sisi yang dapat merapatkan posisi payudara.

Untuk Payudara Yang Berposisi Rapat
  • Pilih bra atau coli yang berdawai pada bahagian tengah untuk membantu menjarakkan kedudukan payudara.

Cara Memakai Bra Dengan Betul

1) Condongkan badan ke hadapan dan masukkan tangan melalui tali bahu.
2) Masukkan payudara ke dalam โ€˜cupโ€™ bra dan selepas itu pasangkan cangkuk.
3) Pastikan payudara masuk sepenuhnya ke dalam โ€˜cupโ€™. Perbetulkan kedudukan tali bahu supaya selesa.
4) Selepas itu luruskan badan dan angkat kedua-dua belah tangan. Bra yang bersaiz betul tidak akan terangkat naik.


Cara Memakai Dan Memilih Bra Yang Betul


Cara Yang Betul Menjaga Bra Atau Pakaian Dalam
  • Bila hendak mencuci pakaian dalam, jangan rendam terlalu lama untuk mengelakkan bra cepat rosak atau longgar. Rendamkan sekejap sahaja, kira-kira 10 minit menggunakan air sejuk.
  • Seeloknya elakkan mencuci bra atau pakaian dalam lain menggunakan mesin basuh. Cuci pakaian dalam menggunakan tangan supaya ia tidak mudah rosak.
  • Pilih sabun pencuci yang sesuai. Selain merosakkan bra, sabun pencuci yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan kita mendapat alergi atau kegatalan.
  • Untuk mengelak bra dari cepat pudar, elak menjemurkan baju dalam di bawah cahaya matahari yang terik.
  • Jangan melipat bra kerana โ€˜cupโ€™ akan cepat rosak.

Selain itu pastikan anda beli baju dalam yang berkualiti supaya dapat tahan lama. Pilih bra jenis kapas untuk membantu penyerapan peluh.
โ†ง

Cara Menjaga Kebersihan Diri Ketika Haid

$
0
0

Cara Menjaga Kebersihan Diri Ketika Haid


Cara Menjaga Kebersihan Diri Ketika Haid

Cara Menjaga Kebersihan Diri Ketika Haid. Haid, datang bulan atau period, tidak kira apa gelarannya sekalipun, apa yang penting adalah cara anda menjaga kebersihan diri sebagai seorang wanita.

Tuala wanita yang sesuai perlu dipilih untuk memastikan anda rasa selesa sepanjang hari. Rasa selesa dan selamat dari โ€˜bocorโ€™ penting agar anda terus berasa yakin untuk melaksanakan aktiviti atau rutin seharian.

Selain keutamaan diberikan kepada pemilihan tuala wanita, anda juga perlu praktikkan langkah-langkah kebersihan diri agar tidak ada bau yang kurang menyenangkan sewaktu anda datang bulan.

Cara Menjaga Kebersihan Diri Ketika Haid

Mandiย 
  • Kerap mandi ketika datang bulan, sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Cuaca yang panas di Malaysia akan membuatkan anda berpeluh, lebih-lebih lagi ketika haid, suhu badan akan lebih panas berbanding biasa. Selain untuk menyejukkan badan, mandi juga merupakan proses untuk anda membersihkan diri terutamanya di kawasan alat sulit.

Kerap Menukar Seluar Dalamย 
  • Pastikan anda kerap menukar seluar dalam terutamanya setiap kali selepas mandi untuk membuatkan anda rasa lebih selesa dan bersih.

Kerap Menukar Tuala Wanitaย 
  • Jangan guna tuala wanita yang sama untuk tempoh yang lama. Tukar tuala wanita sekurang-kurangnya selepas 3 atau 4 jam anda memakainya. Ini untuk mengelakkan tuala wanita menjadi terlalu lembab dan pasti akan membuatkan anda rasa tidak selesa. Selain itu tuala wanita yang dipakai terlalu lama tanpa menukarnya pasti akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Bersihkan Tuala Wanita Sebelum Membuangย 
  • Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan tuala wanita yang telah anda gunakan dibersihkan dengan cara yang betul, sebelum dibungkus dan dibuang ke dalam tong sampah. Jangan sesekali membuang ke dalam lubang tandas kerana tuala wanita kerap menjadi punca utama tandas tersumbat. Basuh tuala wanita dengan air, letak sedikit โ€˜shower gelโ€™ atau sabun untuk menghilangkan bau darah dan selepas membersihkannya, balut di dalam kertas sebelum membuangkannya ke dalam tong sampah.

Basuh Tanganย 
  • Setiap kali sebelum dan selepas menggunakan tuala wanita, pastikan anda basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih. Ini untuk memastikan kesihatan sentiasa terpelihara.

Jaga Kebersihan Bahagian Intimย 
  • Pastikan anda menjaga kebersihan kawasan alat sulit atau bahagian intim. Pastikan setiap kali anda menukar tuala wanita, anda bilas bahagian intim dengan air yang bersih. Ini untuk mengelakkan berlakunya infeksi bakteria

Guna Deodranย ย 
  • Ketika haid atau period, badan akan berasa lebih panas dari biasa akibat pengeluaran hormon estrogen. Estrogen akan mengeluarkan peluh dan minyak dari tubuh lebih banyak berbanding biasa. Ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa. Jadi untuk mengelak bau badan yang kurang menyenangkan, pastikan anda memakai deodran setiap kali selepas mandi.

โ†ง
โ†ง

Waktu Tidur Yang Dilarang Oleh Nabi Muhammad SAW

$
0
0

Waktu Tidur Yang Dilarang Oleh Nabi Muhammad SAW

Waktu Tidur Yang Dilarang Oleh Nabi Muhammad SAW


Tidur selepas makanโ€“ Sesungguhnya jika kita tidur selepas makan, akan menyebabkan proses sistem pencernaan kita tidak berlancar dengan sempurna.

Tidur sepanjang hari โ€“ Sesungguhnya jika kita amalkan sering tidur sepanjang hari, ia boleh mengakibatkan kita mudah dan senang untuk diserang pelbagai penyakit. Diantara penyakit-penyakit tersebut ialah penyakit diabetes.

Tidur selepas waktu solat Subuh dan awal pagiโ€“ Nabi Muhammad SAW tidak tidur selepas menunaikan solat Subuh dan tidak tidur di awal pagi. Apakah sebabnya? Kerana Allah SAW memberkati umatnya yang bekerja, membanting tulang, mencari nafkah dan yang keluar pergi mencari rezeki yang halal untuk dirinya dan juga untuk ahli keluarganya. Waktu awal pagi merupakan waktu kita untuk mencari rezeki dan berusaha.
Sabda Nabi :
โ€œMaksudnya berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaanโ€ (Riwayat oleh At Tabarani dalam Al Awsath)

Tidur pada waktu solat Asar โ€“ Sesetengah alim ulama ada menyatakan mengapa tidur waktu solat Asar merupakan salah satu waktu tidur yang dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Sebabnya ialah:
โ€œSesiapa yang tidur selepas asar sehingga terganggu keawarasannya,maka janganlah dia mencaci selain dari dirinya sendiriโ€

Tidur sebelum waktu solat Isyakโ€“ Sesungguhnya adalah lebih elok dan afdal sekiranya anda dapat menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Kerana terdapat sesetengah daripada kita suka untuk melewat-lewatkan waktu solat Isyak. Sehingga kadang-kadang kita terlupa sama ada kita sudah menunaikan solat Isyak atau belum. Mungkin ada juga langsung tidak menunaikan solat Isyak. Sekiranya anda mempunyai keyakinan dan boleh bangun untuk menunaikan solat Isyak, tidak mengapa sekiranya anda melewatkan solat Isyak tersebut. Tetapi sekiranya tidak yakin, lebih baik untuk anda tidak tidur sebelum waktu solat Isyak tersebut.


Mungkin dalam sedar atau tidak kita pun pernah melakukannya kan. Setiap segala larangan dan juga apa sahaja yang dilarang oleh Nabi Muhammad SAW sebenarnya terdapat hikmah, kebaikan dan kesannya yang tidak kita sedari.

Semoga dengan perkongsian ini dapat dijadikan panduan dan peringatan untuk diri penulis juga. Dan dalam masa yang dapat dikongsikan dan dimanfaatkan bersama-sama. Insyaallah.

โ†ง

Lima Tanda Hati Yang Tenang

$
0
0
Lima Tanda Hati Yang Tenang

Lima Tanda Hati Yang Tenang


5 tanda hati yang tenang, dirahmati Allah s.w.t โ€ฆ

Hati memainkan peranan paling penting menentukan harian kita. Hati yang gelisah dipagi hari, seharian kita akan rasa gelisah dan menjadi murung. Hati yang tenang, hati yang paling diingini. Tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Kerana itu ramai orang kaya yang mengalami masalah hati walau duit berjuta.

Apa yang berlaku disekeliling kita akan mempengaruhi hati dan perasaan kita. Mampukah hati melawannya? Bagaimana ingin merawatnya? Bagaimana ingin dapatkan hati yang tenang. Hanya hati yang dirahmati Allah s.w.t. yang mampu menangani masalah, mampu tenang dan tidak dipengaruhi oleh kelilingnya.

Adakah hati kita dirahmati Allah. Jum semak senarai dibawah ini.

1. Sangat mudah memahami

Allah membuka hati untuk memahami takdir atas apa yang berlaku. Apabila kita memahami, hati tidak berduka dan gelisah. Suka atau tidak suka, kita akan kembali kepada Allah. Tidak menyalahkan apa yang terjadi. Memahami sesuatu memudahkan kita menyelesaikan masalah.

Contohnya kelemahan dan kekurangan pasangan kita. Andai kita memahami dan menerima kekurangannya, kita akan mudah memaafkan dan melupakannya

2. Mengingati nikmat Allah semasa dan selepas diuji Allah s.w.t


Ketika berlaku masalah atau musibah, terasa dunia menjadi sempit dan amat sukar. Kita akan asyik dengan memikirkan perkara itu. Hati yang baik akan mengingati nikmat lain yang lebih banyak berbanding masalah yang terjadi. Masih banyak lagi nikmat yang sedang diperolehi. Hati akan memikirkan tentang orang lain yang lebih susah.

Contohnya punyai anak yang nakal. Memikirkan ada pasangan yang berusaha untuk punyai anak bertahun-tahun tetapi tidak dikurniakan menimbulkan rasa syukur di hati

3. Hati yang hidup dan sedar Allah s.w.t memberi yang terbaik buat hambanya

Hati yang mati adalah umpama orang yang mati, menjadi tidak sensitif dan tidak peduli lagi kelilingnya. Hati yang hidup, akan wujud kesedaran yang sangat kepercayaan dan keyakinan Allah memberi yang terbaik untuk kita.

Andai Allah s.w.t tidak memberi bukan kerana kedekut tetapi kerana Allah s.w.t menyayangmu. Allah s.w.t menahan sesuatu pemberian kepada kita sebenarnya itu juga adalah pemberian. Bagi mereka yang sedar akan mempercayai penahanan atau pemberian, itulah terbaik buatnya.

4. Pengetahuan atau kesedaran Allah melihat kelakuan kita

Apabila merasa ada memerhatikan kita akan dapat bersabar, mampu tempuhi kesusahan. Andai tidak dapat merasai Allah s.w.t melihat, kita akan protes dan tidak mampu bertahan.

5. Hati yang selalu rasa dapat melihat keindahan Allah s.w.t


Hati seakan dapat melihat keindahan dan keagungan Allah s.w.t. Umpama cerita nabi Yusuf. Beberapa wanita terpegun dengan nabi Yusuf sehingga tidak menyedari terpotong jarinya. Tidak lagi berasa kesakitan. Andai hati terpegun dengan keindahan Allah, segala duka dan kesakitan seakan tidak terasa.

Adakah hati kita punyai ciri-ciri ini? Jum pupuk dalam hati dengan mencari ilmu bagaimana untuk mendapat rahmat Allah s.w.t ini. Jum berdoa moga diberi hati yang tenang.

Petikan dari : Ustazah Norhafizah Musa
โ†ง

Khasiat Dan Kelebihan Daun Inai

$
0
0

Khasiat Dan Kelebihan Daun Inai


Khasiat Dan Kelebihan Daun Inai


Inai bukan saja boleh digunakan untuk memerahkan jari dan rambut tetapi ada juga banyak kegunaannya.

Untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu memandang gunakanlah khasiat inai.

Sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap orang terutamanya wanita.


Caranya mudah saja. Dapatkan segengam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira tiga cawan air.

Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah wajah anda berseri.


Terdapat banyak khasiat dan kelebihan daun inai, antaranya :

  • Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

  • Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

  • Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

  • Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.

  • Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.

  • Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

  • Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.

  • Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.

  • Daun inai dipercayai amat baik selaku bahan penyejuk. Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuh sakit perut, luka dan kudis disekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga boleh digunakan bagi merawat masalah haid wanita dan keputihan.

  • Serbuk inai atau daun inai yang dilumatkan digunakan bagi menyembuh penyakit kulit, bisul dan sengal tulang. Jus inai dugunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas. Sementara akarnya diguna untuk menyembuh bisul. Kulit dari batang pokok inai digunakan untuk meredakan cirit birit dan merawat masalah hati atau demam kuning serta bengkak hati.


  • Orang India menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu badan dan seterusnya mengurangkan pendarahan berlebihan. Mereka juga percaya bahawa dengan berkumur air inai dapat melegakan sakit tekak.

  • Untuk mengubati luka dan kudis disekeliling kuku, bersihkan dan tumbukkan daun inai sehingga lumat dan disapukan dibahagian yang sakit itu. Insyallah sakit akan berkurangan, bengkak dan kelurut akan dapat dielakkan.
โ†ง

RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

$
0
0

RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN



RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

Produk penjagaan asas bagi kulit wajah amatlah penting untuk mengekalkan kelembapan kulit, mengelakkan kulit terhidrat dan juga menjaga kolagen dalam kulit. Semakin kita berumur, semakin kurang kolagen kulit kita.



Rozita Che Wan selaku duta Rysya Skincare ini telah mencuba produk ini terlebih dahulu sebelum beliau menerima tawaran menjadi duta.





Che Ta mengakui setelah mencuba produk penjagaan kulit Rysya ia mampu menyerlahkan seri wajahnya. Malah beliau menasihati kaum wanita yang berusia 40an sepertinya jangan asyik sibuk dengan tidak menjaga penampilan diri.



RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

โ€œSiapa kata bila dah masuk 40an dah nampak tak cantik. Persepsi macam itulah yang membuat ada wanita lari dan menyorok bawah katil sebab rasa dah tak cantik. Malah ada yang baru 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada sebab abaikan soal penjagaan kecantikan,โ€ seloroh Che Ta.



Terbukti dalam usia 42 tahun, Che Ta masih kelihatan cantik dengan bentuk badan yang ramping dan kulit yang bersih.



Menurutnya, beliau menggunakan satu set produk Rysya seperti cleanser, toner, serum, dan krim magik. Dimana produk berkenaan mampu mencerahkan kulit serta melambatkan proses penuaan.

Paling best tentang RYSYA SKINCARE ini ialah tiada PARABEN dan TIADA BAHAN KIMIA. Natural gituuuu!!ย 



Antara kandungan dan keistimewaan yang ada dalam produk RYSYA SKINCARE :



RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN




LY FACIAL CLEANSER | RM 45



1. Vitamin C

- Menghilangkan dan menyembuhkan bekas jerawat

- Dapat menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak

- Kolagen inilah yang akan berfungsi sebagai agen penyembuh luka

- Mencerahkan kulit

- Antioksidan dalam Vitamin C berfungsi untuk meneutralkan serangan radikal bebas pada kulit.

- Bertindak sebagai agen anti-penuaan



ย  2. Licorice

- Ektraks Licorice diperoleh dari akar tanaman Gycyrrhiza Glabra atau yang lebih dikenali sebagai akar manis

- Ada banyak komponen yang terkandung dalam ekstrak Licorice, antar yang lain glabridin, glikosida, flavonoid dan tannin.

- Komponen pada Ekstrak Licorice dapat membantu mencegah pigmentasi kulit wajah

- Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan dan anti inflamasi





RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

LY FACIAL TONER | RM 45



1.ย ย ย  Phyto Placenta Extract

- Kandungan dan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam toner dapat menenangkan kulit.



2.ย ย ย  Vitamin B3

- Kandungan Vitamin B3 di dalam toner dapat menyerap ke dalam kulit untuk memutihkan dan meningkatkan โ€˜Vitalityโ€™ kulit.

- Ia juga dapat membantu mengawal ketidakkeseimbangan yang terjadi di dalam kulit.

- Memberi kelembapan dan membuat kulit menjadi lebih bersih dan cerah.



Toner Rysya ialah jenis spray. Tidak mudah tumpah ! Gunakan toner selepas mencuci muka. Tepuk tepuk sikit muka tu bagi toner menyerap dengan lebih efektif. Jika mengunakan kapas, hanya sapu ratakan sahaja ! Mudah !



RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

RYSYA 24K GOLD SERUM | RM 140



1. Pullulan

- Ia merupakan sejenis gula semula jadi ( Glucan ) yang terbentuk dari fungus A yang mengandungi Vitamin C & B12.

- Bertindak sebagai antioksidan

- Mampu menegangkan kulit dalam jangka pendek dan panjang



2.Glycine Soja ( Soya Bean )

- Antioksidan yang hebat kerana ia kaya dengan Vitamin C

- Mempunyai anti-penuaan yang bertindak sebagai pelindung kulit

- Melindungi kulit daripada radikal bebas

- Ejen anti-radang



3. Red Algae

- Sumber yang paling kaya dengan mineral, vitamin dan asid amino

- Membersih dan menyuburkan kulit



4. 24K Gold

- Meminimumkan kekurangan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit

- Merawat kulit dengan meningkat dan merangsangkan peredaran di dalam kulit



Penggunaan serum penting untuk penjagaan kulit muka kita lebih produktif dan melambatkan penuaan dan menjaga kehilangan kolagen muka.



RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

RYSYA 24K GOLD MIRACLE CREAM | RM 140



1.ย ย ย  Red Algae

- Sumber yan gkaya dengan polisakarida semula jadi

- Meningkatkan fungsi daya tahan kulit

- Mengekalkan kelembapan semulajadi kulit

- Meningkatkan keupayaan kelembapan



2.ย ย ย  Soy Placenta Extract

- Mengurangkan kedutan

- Menggalakkan kulit supaya lebih cerah

- Kaya dengan biostimulans yang meningkatkan pernafasan sel kulit dan pengoksigenan



3.ย ย ย  Virgin Coconut Oil

- Menghidratkan kulit

- Menyerap, melembap dan melembutkan kulit

- Berkesan untuk membetulkan segala isu-isu gangguan kulit seperti eczema dan lain-lain

- Memberi perlindungan dari sinaran UV yang membahayakan Kulit





TESTIMONI RYSYA SKINCARE





Testimoni dari Illy Ariffin:-



RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN






Testimoni dari Yaya - yayaflanella.blogspot.com



RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN
I likeee! Bau dia wangi macam syampu. Bila pakai rasa macam sapu losyen lembut je. Tapi krim ni bukan sebarang krim okay! 24K Gold Miracle Cream ini memberi keajaiban dengan merawat kulit muka dari dalam tau. Best pakai krim ni. Yaya rasa jerawat Yaya yang nak tumbuh tak jadi tumbuh. Hihi ^^v





RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

Tak pakai make up pun takpe asalkan penjagaan asas perlu ada okay! Cleanser, Toner, Serum dan juga 24K Gold Miracle Cream! Hihi ;)



RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN

RYSYA SKINCARE TANPA PARABEN




Penjagaan asas kulit muka ini sangat penting !

Cleanser, Toner, Serum dan juga 24K Gold Miracle Cream!

Tak perlu make up bagai pun boleh lawa ! ;)





Untuk maklumat lanjut mengenai Rysya Skincare :ย 




Stokis RYSYA Skincare COD KAJANG, CHERAS, BANGI

Pengeposan di seluruh Malaysia - POSTAGE FREE !!

Instagram: @rysyaskincareselangor/ #rysyaskincareselangor


Whatsapp: 012-6460421
โ†ง
โ†ง

CARA UKUR BADAN KITA SAMA ADA DI KATAGORI OBESITI ATAU NORMAL ?

$
0
0

CARA UKUR BADAN KITA SAMA ADA DI KATAGORI OBESITI ATAU NORMAL ?


CARA UKUR BADAN KITA SAMA ADA DI KATAGORI OBESITI ATAU NORMAL ?

1: Buat ukur lilit di pergelangan tangan anda, hujung ibu jari bertemu hujung jari telunjuk.


โžฝ Keputusan:

A: Jika ngam2 hujung ibu jari bertemu hujung jari telunjuk, TAHNIAH anda mencapai berat badan IDEAL



B: Jika hujung ibu jari TIDAK bertemu hujung jari telunjuk, anda seorang yg OBSE



C: Jika hujung ibu jari BERSELISIH dengan hujung jari telunjuk, anda seorang yang kurus.



โ†ง

Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX

$
0
0

Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX

Internet plan, Prepaid tahan 2 tahun lebih, SMS dan call rate murah dengan One XOX

Assalamualaikum
Pelan Panggilan & SMS Murah dan Tempoh Sah Prepaid Sehingga 2 Tahun Lebih dengan Sim One XOX | Ramai orang nak jimat kan? Jangan tak tahu kita juga boleh JIMAT dengan talian telefon yang kita gunakan. Kelebihan talian OneXOX ni adalah ia sangat menjimatkan di tambah pula simkadnya murah sahaja.
simkad-onexox-murah-best-kelebihan

Masalah dan penyelesian dengan Simkad OneXOX

Antara masalah yang kita hadapi sekarang ialah:
1. Call tidak dapat tetapi kredit kena tolak.
>>> OneXOX selesaikan dengan menyediakan perkhidmatan prabayar terkini dengan lebih penjimatan tanpa caj yang teresembunyi.
2. Call sekejap pon kena caj seminit panggilan.
>>> Kadar panggilan serendah 5 sen sahaja KESEMUA RANGKAIAN telco. Tak kira la biru ke.. merah ke.. oren ke..
3. KREDIT BANYAK LAGI TETAPI DAH EXPIRED, NAK KENA TOPUP...!!!!
ย >>> The best OneXOX top up boleh tahan sehingga 2 tahun 4 bulan. Top up sekali je tunggu sampai 2 tahun akan datang baru top up semula Kalau kredit tak habis-habis la. Biasanya ayah dan mak kita kat kampung la hadapi massalah ni kan? Top up bayak lagi, tapi tak boleh nak call sebab top up dah expired. So, jom la berubah ke OneXOX. Tahan lama kau.
4. Nak add family ataupun friend tetapi diorang pakai telco lain pulak.
>>> Rasanya ade ke telco yang membolehkan kita add friend ataupun family ke semua rangkaian? Tapi dengan OneXOX kita boleh add 10 nombor famili dan rakan-rakan dari semua rangkaian telco. Waowwww...!!!!ย 
5. Kita ter-on internet, habis kredit tanpa disengajakan.
>>> Ini satu hal kan? Dengan OneXOX jangan risau selagi anda tidak melanggan data internet, tak kisah la ter-on ke.. Sengaja on internet ke.. Tak kan ada cas 'Pay Per Use' la. Confirm...!! Lebih lebih lebih lagi data internet dia amatlah laju.
6. Call masuk voice mail je, habis kredit kena tolak banyak.
>>> OneXOX selesaikan dengan menyediakan perkhidmatan prabayar terkini dengan lebih penjimatan tanpa caj yang teresembunyi.
7. Internet slownye. Nak send gambar dalam wassap pun berjangut nak tunggu
>>> Pelan internet yang laju dan tiada 'Pay Per Use' dan di jamin tiada kehilangan kredit
Kan OneXOX boleh selsaikan masalah-masalah korang kan? By the way, sim kad OneXOX ni hanya RM10. Ianya tidak menzalimkan betul tak...? Banyak JAMINAN terbaik yang bakal korang dapatkan. Tiada pay per use data dan program-program yang menyedut kredit secara halus. Kredit anda selamat dari ditipu. Memang banyak berlaku pemotongan kredit oleh telco gergasi tanpa kerelaan pelanggan. Rela ke kita sering di tipu? Sudah-sudah la kan kena tipu?
simkad-onexox-murah-best-kelebihan
simkad-onexox-murah-best-kelebihan
simkad-onexox-murah-best-kelebihan
simkad-onexox-murah-best-kelebihan
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang sim kad MURAH tapi best ni. Boleh la contact PapaG tau. 24 hour 7 day uolsss.ย 
With Loveย 
Papaglamz
-sekian-
โ†ง

Tak Tahu Jenis Darah

$
0
0

Tak Tahu Jenis Darah


Jenis Darah

Selain Reen, rasanya banyak dari kalangan kita yang tak tahu jenis darah sendiri.

Dah 29 tahun usia, baru Reen tahu jenis darah sendiri. Tahu pun sebab dapat kerja baru. Dan dia orang nak tahu jenis darah setiap staf... Dari situ, Reen tahu jenis darah Reen...

Gigih awal pagi pergi klinik, ambil nombor, tunggu giliran dan akhirnya Reen tahu jenis darah Reen ialah B. Ada la, 2 jam kat klinik. Kira ok tu, sekejap je. Dari jam 8 - 10 pagi.

Kebanyakkan kita, memang ambil mudah jenis darah sendiri, termasuk Reen sendiri... Mengetahui jenis darah sendiri banyak kebaikkan untuk sendiri dan orang ramai.. Agar kita tahu, jenis darah yang boleh kita terima dan tak terima.. Selain itu, kita juga dapat menderma dan membantu orang yang memerlukan darah..

Jenis Darah


Sekiranya korang teringin nak menderma darah, baca kriteria di bawa...

ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :

1. Sihat tubuh badan.

2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.

ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.

iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).

3. Berat badan 45kg ke atas.

4. Tidur minimum 5 jam.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.

7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
Bertukar-tukar pasangan seks.
Mengambil dadah secara suntikan.
Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.

8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas

9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.

10. Jangan menderma jika anda :
Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.
โ†ง

Serum Jerawat DaniSkin Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat

$
0
0

Serum Jerawat DaniSkin Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat


Wow... syukur Alhamdulillah Reen dah jumpa satu produk yang sangat menabjubkan... Untuk pengetahuan korang, kulit wajah Reen sangat sensitif dan jerawat sangat suka melepak dan bermastautin di muka ni... Sampai satu tahap Reen rasa tak nak keluar rumah dan tak nak jumpa orang sebab jerawat yang sangat subur tumbuh di muka... Malu sangat nak jumpa orang ramai sebab kena tegur pasal jerawat kat muka...

Serum Jerawat DaniSkin

Bermacam-macam produk dah dicuba dan akhirnya Reen cubaย SERUM JERAWAT DANISKIN.. Alhamdulillah... Gembira sangat bila tengok jerawat-jerawat yang tumbuh di muka semakin berkurangan dan hilang... Untuk pengetahuan korang, Serum ni juga di rumus untuk menghilangkan kesan gelap pada bekas jerawat. terutamanya jerawat di muka.


Untuk yang ada masalah yang sama macam Reen, kulit wajah yang sensitif dan jerawat yang suka lepak kat muka. Reen syorkan korang guna produk SERUM JERAWAT DANISKIN ni... Insya Allah berkesan.. Reen suka bau serum ni, sangat wangi dan nyaman di gunakan...ย 

Cara nak pakai pun mudah... Basuhkan muka dengan air suam supaya liang roma di wajah terbuka, supaya nanti serum mudah meresap ke wajah dan kesannya menjadi cepat. Picit serum ke bahagian jari tangan dan sapu ke kawasan jerawat... Reen amalkan dua kali sehari pagi dan sebelum tidur.

"TESTIMONI REEN SENDIRI SEBELUM DAN SELEPAS"
  • Reen suka bau serum ni, wangi sangat dan tak melekit
  • Hari kedua dah nampak kesan (24 jam), jerawat nampak kecut...
  • Reen sapukan kat seluruh muka, jadi bekas-bekas jerawat yang lain pun makin pudar
  • kulit wajah menjadi lembut, putih dan berseri


SERUM JERAWAT DANISKIN sangat sesuai di gunakan oleh lelaki dan wanita pada semua peringkat umur yang mempunyai masalah jerawat yang baru tumbuh, jerawat batu serta parut jerawat. Dan serum ini tidak membahayakan kepada ibu mengandung.. Tiada bahan Mercury dan Hydroquinone.ย 

Serum Jerawat DaniSkin
KKM : NOT150902355K

SERUM JERAWAT DANISKIN diformulasi dengan bahan terbaik "ACNE ย BUSTER dan ย NANOWHITE"

" ANTARA FORMULASI ACNE BUSTERS "

Buah Pear
Pokok Willow Putih
Pokok Rehmania Chinensis
Kacang Soya
Daun Scuttellaria Baicalensis
Kulit Pokok Ouboku
Daun Pokok Mambu
Pokok Cordata Houttuynia

" GABUNGAN TEKNOLOGI TERKINI "

ARBUTIN
LINOLEIC ACID
TOCOPHERYL ACETATE ( VIT E )
ASCORBYL PALMITATE ( VIT C )
COENZYME Q10
GLUTHATIONE


Setiap orang ย mempunyai kulit yang berbeza dan pastinya kesan tidak akan sama.. Di sini Reen sertakan testimoni-testimoni dari pengguna Daniskin yang lain..

TESTIMONI DARI PENGASAS DANISKIN SENDIRI





Sangat berbaloi mencuba SERUM JERAWAT DANISKIN ni... Tidak rugi membeli dan mencuba untuk mendapatkan kulit idaman yang tidak dicemari oleh jerawat...

Harga sekototak SERUM JERAWAT DANISKIN adalah RM60 (Termasuk Pos) - Ini merupakan harga promosi pelancaran sehingga pihak HQ mengumumkan kembali harga asal... Tunggu apa lagi... Cepat beli selagi ada promosi

HARGA ASAL RM75 Sekotak (Tidak Termasuk Pos)

Penambahan RM5 untuk Sabah / Sarawak

Nak tahu lebih lanjut tentang produk SERUM JERAWAT DANISKIN ni, boleh layari
LAMAN WEB : www.daniskin.my
FACEBOOK : www.facebook.com/daniskinofficial
INSTAGRAM : www.instagram.com/daniskinofficial
atau hubungi Hotline DaniSkin +0162777158 (Hanie)
โ†ง
โ†ง

Kelender Style Lama Di Tahun Baru 2016

$
0
0

Kelender Style Lama Di Tahun Baru 2016


Selamat menyambut Tahun Baru 2016.. Tahun Baru, pastinya memberi sinar harapan yang baru. Walaupun kehidupan tak banyak berubah, yang pastinya tahun baru akan diiringi harapan baru, semangat dan azam yang baru.

Pada tahun ni, Reen tak target apa-apa, apa yang Reen mahu, kehidupan yang aman tanpa persengketaan. Cuma tahun ni harap jodoh tu dekat... hehehe doa-doakan ye..ย 

Kelender Style Lama Di Tahun Baru 2016

Kelender Style Lama.. kelendar ni memang style lama, seingat Reen dari zaman arwah nenek dah guna kelendar ni.. Tiap-tiap pagi, cucu-cucu berebut nak koyak.. sampai terkoyak dua kali hehehe... kena marah sebab salah koyak, cucu buat derrrkk je... Bila ingat balik, memang manis kenangan zaman kanak-kanak...

Kelender Style Lama Di Tahun Baru 2016

Jelas je tarikh hari ni, 1Januari... Kalau tarikh tu warna MERAH, tu bermaksud PUBLIC HOLIDAY... Nak tahu tarikh dalam kelender Islam pun senang... 1 Januari 2016 bersamaan 20 RabiulAwaL 1437 H.ย 

Satu lagi kelender yang menjadi kegemaran Reen dan warga Sarawak yang di panggil Almanac.. Belum beli lagi.. Biasanya Almanac ni cepat sold out.. Siapa cepat dia dapat..ย 

Masuk Kerja Baru nanti baru rancang nak beli Almanac. Nak letak kat meja opis.ย 

SELAMAT TAHUN BARU 2016.
โ†ง

Kumpul Duit Untuk Kahwin

$
0
0

Kumpul Duit Untuk Kahwin


Belum ada pasangan? Korang rasa perlu ke tak kumpul duit. Bagi pandangan Reen, perlu. Walaupun kita tak de pasangan.. mana tahu, tiba-tiba jodoh sampai kan kan... Tak pun, set dalam minta, tak perlu nak kawin, baru nak kumpul duit... Kita tak tahu, apa akan jadi di masa hadapan. Duit yang di kumpul itu boleh di gunakan untuk kecemasan... Azam Reen tahun ni, nak kumpul duit, tak banyak tapi setiap bulan target mesti ada sikit simpanan...


Kumpul Duit Untuk Kahwin

Sesiapa nak kawin, ini ada beberapa tip yang boleh di gjnakan untuk menyimpan... kalau yang belum ada jodoh tu pun, boleh gunakan tip ni...

Tentu ada di antara kita yang pening kepala memikirkan bajet kahwin yang harus disimpan bagi memenuhi setiap keperluan untuk majlis perkahwinan itu nanti. Bahkan, segala keperluan yang ingin disediakan sudah tentu memerlukan bajet yang agak tinggi.

Bagi anda yang baru bekerja dan ingin melangsungkan perkahwinan sudah tentu tidak cukup bajet. Kami sediakan cadangan yang boleh anda jadikan sebagai rujukan untuk menyediakan bajet majlis tersebut.

1.Jangan kerap keluar di hujung minggu. Ini kerana anda akan mengeluarkan wang untuk berbelanja. Tetapi sekali sekala tidak mengapa.

2.Masak sendiri di rumah terutama semasa hujung minggu.

3.Fikir sebelum beli barang yang tidak penting. Contohnya, pakaian, alat kosmetik dan lain-lain.

4.Kira perbelanjaan setiap bulan. Tolak segala keperluan yang memerlukan wang dan selaraskan dengan bajet yang ada.

5.Jangan selalu beli barangan โ€˜brandedโ€™. Sekali sekala boleh.

6.Pilih barangan yang anda rasa tidak โ€˜lariโ€™ daripada bajet kahwin.

7.Jaga kesihatan dengan baik untuk mengelak kos pembayaran ubat dan rawatan.

8.Jaga keselamatan semasa memandu untuk mengelak kemalangan yang memerlukan anda mengeluarkan kos untuk membaiki kenderaan.

9.Kurangkan membeli gajet elektronik yang mahal. Terutama umur yang masih muda, itu membuatkan anda mudah tertarik sedangkan anda ingin simpan bajet untuk kahwin.

10.Dapat saja gaji terus saja menyimpannya dalam tabungan tetap.

Sumber
โ†ง

Bolehkah, Bersolat Tanpa Telekung?

$
0
0

Bolehkah, Bersolat Tanpa Telekung?


Bolehkah, Bersolat Tanpa Telekung?


Saya lihat sekarang ada orang perempuan yang solat tanpa pakai telekung. Dengan memakai tudung biasa, baju labuh dan seluar, tetapi saya lihat dia memakai stoking. Bolehkah demikian?

Jawapan::
Yang penting dalam syarat sah solat ialah menutup aurat. Kaki aurat, seluruh badan aurat kecuali muka dan tapak tangan. Jika seseorang itu menutup auratnya tidak kira dengan apa sekalipun, maka solatnya dikira sah walaupun dia tidak memakai telekung.

Ustaz Fadzli Al-Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi..

Kesimpulannya... Tak ada telekung bukan maknanya boleh meninggalkan solat... Seelok-eloknya, pakai pakaian yang sesuai dan menutup aurat.. dan yang pastinya sekarang, di mana-mana surau pasti ada menyediakan telekung yang boleh di gunakan untuk solat...ย 
โ†ง

AMALAN-AMALAN MEMASUKI RUMAH BARU

$
0
0

AMALAN-AMALAN MEMASUKI RUMAH BARU


AMALAN-AMALAN MEMASUKI RUMAH BARU


AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 141 (04 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 23 RABIULAWAL 1437H)

SOALAN:

Assalamualaikum Ustaz,

Saya akan masuk rumah baru dalam masa terdekat. Apakah amalan-amalan terbaik untuk saya lakukan, sebelum dan selepas masuk rumah baru tersebut? Ada yang menasihati untuk baca Surah Al-Baqarah. Bolehkah saya menghabiskan bacaannya berperingkat2, contohnya saya membaca 1/3 surah hari ini, esoknya 1/3 dan lusanya 1/3?

Jazakallahukhaira...

JAWAPAN:

ูˆุนู„ูŠูƒู… ุงู„ุณู„ุงู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Waalaikumussalam wbt,

Tidak ada amalan khusus yang diperintahkan Syarak ketika memasuki rumah baru. Adalah lebih baik kita berdoa supaya rumah diberkati dan kita yang mendiami rumah turut diberkati Namun begitu, jika bertujuan untuk mengharapkan keselamatan dan perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan dan syaitan, maka dianjurkan kita melazimi empat perkara berikut:

Pertama: Membaca Surah al-Baqarah

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

ู„ุงูŽ ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ููˆุง ุจููŠููˆุชูŽูƒูู…ู’ ู…ูŽู‚ูŽุงุจูุฑูŽ ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ุดู‘ูŽูŠู’ุทูŽุงู†ูŽ ูŠูŽู†ู’ููุฑู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุชู ุงู„ู‘ูŽุฐูู‰ ุชูู‚ู’ุฑูŽุฃู ูููŠู‡ู ุณููˆุฑูŽุฉู ุงู„ู’ุจูŽู‚ูŽุฑูŽุฉู

Maksudnya: โ€œJanganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat al-Baqarahโ€

Hadis Riwayat Muslim (780)

Kedua: Menunaikan solat sunat keluar dan masuk rumah

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

ุฅูุฐูŽุง ุฎูŽุฑูŽุฌู’ุชูŽ ู…ูู†ู’ ู…ูŽู†ู’ุฒูู„ููƒูŽ ููŽุตูŽู„ู‘ู ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ูŠูŽู…ู’ู†ูŽุนูŽุงู†ููƒูŽ ู…ูู†ู’ ู…ูŽุฎู’ุฑูŽุฌู ุงู„ุณู‘ููˆู’ุกู ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฏูŽุฎูŽู„ู’ุชูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ู…ูŽู†ู’ุฒูู„ููƒูŽ ููŽุตูŽู„ู‘ู ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ูŠูŽู…ู’ู†ูŽุนูŽุงู†ููƒูŽ ู…ูู†ู’ ู…ูŽุฏู’ุฎูŽู„ู ุงู„ุณู‘ููˆู’ุกู

Maksudnya: โ€œJika engkau (ingin) keluar dari rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di luar rumah. Jika engkau masuk ke dalam rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat (yang dengan) dua rakaat ini akan menghalangimu dari keburukan yang ingin masuk ke dalam rumah.โ€

Hadis Riwayat al-Bazzar. Berkata Ibn Hajar al-Haythami: Rijalnya thiqah
Ketiga: Membaca bismillah, berzikir dan berdoa ketika membuka dan menutup pintu

Daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

ุฅูุฐูŽุง ุฏูŽุฎูŽู„ูŽ ุงู„ุฑูŽู‘ุฌูู„ู ุจูŽูŠู’ุชูŽู‡ู ููŽุฐูŽูƒูŽุฑูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุนูู†ู’ุฏูŽ ุฏูุฎููˆู„ูู‡ูุŒ ูˆูŽุนูู†ู’ุฏูŽ ุทูŽุนูŽุงู…ูู‡ูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุดูŽู‘ูŠู’ุทูŽุงู†ู: ู„ูŽุง ู…ูŽุจููŠุชูŽ ู„ูŽูƒูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽุง ุนูŽุดูŽุงุกูŽุŒ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฏูŽุฎูŽู„ูŽ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูุฐู’ูƒูŽุฑู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุนูู†ู’ุฏูŽ ุฏูุฎููˆู„ูู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุดูŽู‘ูŠู’ุทูŽุงู†ู: ุฃูŽุฏู’ุฑูŽูƒู’ุชูู…ู ุงู„ู’ู…ูŽุจููŠุชูŽ

Maksudnya:โ€œApabila seseorng masuk ke dalam rumah lalu dia mengingati Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata: โ€˜Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.โ€™ Tapi apabila dia tidak mengingati Allah ketika masuk, maka syaitan berkata: โ€˜Kalian mendapatkan tempat menginapโ€™.โ€

Hadis Riwayat Muslim (2018), Abu Daud (3765) dan lain-lain.

Juga daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

ูˆูŽุฃูŽุบู’ู„ูู‚ููˆุง ุงู„ุฃูŽุจู’ูˆูŽุงุจูŽ ูˆูŽุงุฐู’ูƒูุฑููˆุง ุงุณู’ู…ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูุŒ ููŽุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ุดูŽู‘ูŠู’ุทูŽุงู†ูŽ ู„ุงูŽ ูŠูŽูู’ุชูŽุญู ุจูŽุงุจู‹ุง ู…ูุบู’ู„ูŽู‚ู‹ุง

Maksudnya: โ€œTutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah).โ€

Hadis Riwayat Bukhari (3304), Muslim (2012) dan yang lainnya

Keempat: Memberi salam

Daripada Nafi` bahawa Abdullah bin Umar R.anhuma berkata:

ุฅูุฐูŽุง ุฏูŽุฎูŽู„ูŽ ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุชูŽ ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุณู’ูƒููˆู†ู ููŽู„ู’ูŠูŽู‚ูู„ู ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠู†ุง ูˆุนู„ู‰ ุนุจุงุฏ ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุตุงู„ุญูŠู†.

Maksudnya: "Jika engkau memasuki suatu rumah yang tidak berpenghuni maka katakanlah: Assalamu`alaina wa `ala ibaadillahis solihin โ€“ Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh."

Hadis riwayat al-Bukhari (1055) dalam al-Adab al-Mufrad. Ibn Hajar al-Asqalani berkata sanadnya hasan.

Berkenaan dengan kaifiat membaca 1/3 surah al-Baqarah seperti yang disebutkan, tidak ada masalah jika dijadual sedemikian dengan syarat tidak dijadikan kemestian.

Wallahua`lam.
Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan
โ†ง
โ†ง

Kenapa wanita wajib menutup aurat dari rambut hingga ke kaki?

$
0
0

Kenapa wanita wajib menutup aurat dari rambut hingga ke kaki?

Kenapa wanita wajib menutup aurat dari rambut hingga ke kaki?


Jika dihidangkan pada awak gula-gula yang masih bertutup rapi belum dibuka dengan gula-gula sudah siap dibuka sekian lama. Mana satu yang akan awak pilih?

Wanita itu bukanlah umpama gula-gula tapi kita mahu tunjukkan betapa jaganya Allah pada seorang wanita, betapa bersungguhnya Rasulullah SAW menaikkan martabat seorang wanita.

Wanita tu berharga dan hanya dia mampu menjaga dirinya agar sentiasa berharga.

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) nampak daripadanya." (QS an-Nur: 31)

*Wanita solehah itu melindungi auratnya.
โ†ง

18 ORANG YANG DICINTAI ALLAH SWT

$
0
0

18 ORANG YANG DICINTAI ALLAH SWT

18 ORANG YANG DICINTAI ALLAH SWT


Inilah 18 orang yang beruntung karena telah dicintai Allah SWT. Siapa saja mereka dan kenapa Allah SWT sangat sayang dan mencintai mereka.

Orang-orang yang dicintai Allah SWT:
1. At-Tawwabin.
Orang-orang yang bertaubat

โ€ฆ Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. (QS. Al-Baqarah [2]: 222)

2. Al-Mutathohirin.
Orang-orang yang suka bersuci /menjaga wudhu

โ€ฆ Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. (QS. Al-Baqarah [2]: 222)

3. Al-Muqsithin.
Orang-orang yang adil

โ€ฆ sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang adil. (QS. Al-Maaโ€™idah [5]: 42)

4. Al-Muttaqin.
Orang-orang yang taqwa

โ€ฆ maka sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertakwa. (QS. Al-Imran [3]: 76)

5. Al-Muhsinin.
Orang-orang yang suka berbuat kebaikan

(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaโ€™afkan (kesalahan) orang. ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (QS. Ali โ€˜Imran [3]: 134)

6. Al-Mutawakilin.
Orang-orang yang bertawakal kepada ALLAH Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-NYA. (QS. Ali โ€˜Imran [3]: 159)

7. As-Shobirin.
Orang-orang yang sabar ALLAH menyukai orang-orang yang sabar.
(Ali โ€˜Imran [3]: 146)

8. Orang-orang yang mengikuti Rasul
Katakanlah: โ€œJika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH, ikutilah aku, niscaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.โ€ ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS. Ali โ€˜Imran[3]:31)

9. Orang-orang yang berperang di jalan ALLAH.
Sesungguhnya ALLAH menyukai orang yang berperang dijalan-NYA dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.
(QS. Ash-Shaff [61]: 4)

10. Orang-orang yang tidak suka mengeluarkan kata-kata yang keji, berpikir mandiri, sabar dan rajin melakukan sholat malam.
Imam al-Baqir as berkata, โ€Sesungguhnya ALLAH mencintai orang yan (apabila) bersenda gurau tidak mengeluarkan kata-kata yang keji, yang berpikir mandiri, selalu bersabar (apabila) sendirian, dan suka melakukan shalat malamโ€

11. Orang-orang yang hatinya senantiasa sedih namun tetap bersyukur kepada ALLAH subhana wa Ta'ala .
Imam Ali Zainal โ€˜Abidin as berkata, โ€Sesungguhnya ALLAH mencintai setiap hati yang selalu merasa sedih, dan setiap hamba yang selalu bersyukurโ€

12. Orang-orang yang memiliki sifat malu (al-hayyaโ€™) dan santun (al-halim).
Rasulullah saw. bersabda, โ€Sesungguhnya ALLAH mencintai orang yang memiliki sifat malu, orang yang senantiasa santun, orang yang selalu menjaga kesucian dirinya (โ€˜afif) , dan orang yang enggan berbuat keji (mutaโ€™afiffah)โ€

13. Orang-orang yang rajin sholat malam, bersedekah, dan tidak takut mati di jalan ALLAH. Rasulullah saw bersabda, โ€Tiga macam orang yang ALLAH โ€˜Azza wa Jalla mencintai mereka yakni mereka yang senantiasa bangun di malam hari (untuk mengerjakan shalat malam) lalu membaca

Kitab ALLAH (Al-Qurโ€™an), mereka yang senang bersedekah dengan tangan kanannya sambil menyembunyikannya dari tangan kirinya, dan mereka yang mengalahkan dan mengusir musuhnya dalam perang sementara kawan-kawannya menyerahkan diri kepada musuhโ€

14. Orang-orang yang saling mencintai di jalan ALLAH, bersilaturahiim dan bertawakkal kepada ALLAH.
Di dalam hadits Miโ€™raj diriwayatkan bahwa ALLAH โ€˜Azza wa Jalla telah berfirman, โ€Wahai Muhammad! Wajib bagi-KU mencintai orang-orang yang saling mencintai di jalan-KU, dan wajib bagi-KU mencintai orang-orang yang saling berkasih sayang di jalan-KU, dan wajib bagi-Ku mencintai orang-orang yang suka bersilatur-rahim di jalan-Ku, dan wajib bagi-KU mencintai orang-orang yang senantiasa bertawakkal kepada-KUโ€ฆโ€

15. Orang-orang yang mencintai amal yang diwajibkan kepadanya.
ALLAH Tabaraka Taโ€™ala berfirman, โ€Tiada yang lebih Aku cintai dari seorang hamba-KU daripada kecintaan sang hamba kepada apa yang telah Aku wajibkan baginyaโ€

16. Orang-orang yang mampu meredam kemarahannya dengan santun.
Rasulullah saw bersabda, โ€Wajiblah kecintaan ALLAH atas orang yang marah tetapi ia mampu meredam kemarahannya dengan santunโ€

17. Orang-orang yang banyak mengingat mati.
Rasulullah saw bersabda, โ€Barangsiapa yang banyak mengingat kematian niscaya ALLAH mencintainyaโ€

18. Orang-orang yang mencintai apa yang dicintai ALLAH dan Rasul-NYA, dan membenci apa yang dibenci ALLAH dan Rasul-NYA.
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, โ€Aku ingin sekali menjadi orang yang dicintai ALLAH dan Rasul-NYAโ€.

Rasulullah saw pun berkata, โ€Cintailah apa yang dicintai ALLAH dan Rasul-NYA, dan bencilah apa yang dibenci oleh ALLAH dan Rasul-NYAโ€

Mudah-mudahan kita termasuk di dalam golongan yang dicintai Allah SWT.

โ†ง

"AKU ISTERI YANG BERMASALAH........"

$
0
0

"AKU ISTERI YANG BERMASALAH........"

"AKU ISTERI YANG BERMASALAH........"


Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.

Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada tuan perihal suami saya.

Syeikh: Apa aduanmu itu?...

Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya tuan syeikh. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.

Nafkah saya tidak ditunaikan tuan. Makan minum saya tidak diendahkan tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.

*Tuan syeikh tersenyum. Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, tuan syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya.

Syeikh: Wahai puan yang dirahmati Allah, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri: Hah??? Untung??

Syeikh: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri: Sudah tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Syeikh: Wahai puan, Allah sedang mengujimu. Allah amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.

Tahukah kamu, bahawa Allah sangat dekat dengan doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada Allah. Kerana apa?

Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi Allah. Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun Allah akan mendengar doamu itu wahai puan.

Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana Allah. Allah akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Syeikh: Allah..beruntungnya kamu wahai puan...

Isteri: Kenapa tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Syeikh: Allah...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?

Isteri: 40 tahun tuan.

Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu tuan. Itu kuasa Allah.

Syeikh: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

*Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Syeikh: Rasul yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja. Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali padaNya.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan Allah gantikan dengan syurga yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di akhirat nanti?

Isteri: Tentunya tuan lebih tahu.

Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang wajib dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab Allah diakhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan.

Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan seribu tahun di dunia? Selagi mana kamu tidak redha akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

*Isteri itu tertunduk.

Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka Allah di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri-isteri dan anak-anaknya sendiri. Mana-mana hak isteri-isteri dan anak-anak yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi Allah. Bahkan boleh sehingga Allah menolak solatnya itu? Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh Allah???

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka Allah?

Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redha, maka dia tetap akan menanggungnya.

Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri. Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redha. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

*Isteri itu diam.

Melihat isteri itu diam, tuan Syeikh bertanya;

Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?

*Isteri itu menggelengkan kepala.

Syeikh: Adakah puan masih menyayanginya?

*Isteri itu hanya membisu.

Syeikh: Adakah kamu redha akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?

*isteri itu masih diam.

Syeikh: Maha Suci Allah... Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...

*Tuan Syeikh tunduk dan tiba-tiba mengalirkan air mata. Dia menangis sebak. Si isteri berasa pelik, lalu bertanya;

Isteri: Kenapa tuan menangis?

Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada Allah. Aku kasihan kepada suamimu itu. Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka Allah. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri. Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.

Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat. Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, maafkanlah dia. Andai kamu tidak memaafkan dia, dan tidak redha akan perbuatannya, maka tertanggunglah di bahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

* Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji-janji Allah yang disampaikan oleh tuan Syeikh.

ูˆุงู„ู„ู‡ ุงุนู„ู… ุจุงู„ุตูˆุงุจ
ุฑุจูŠ ุฃุฌุนู„ู†ูŠ ุฒูˆุฌุฉ ูˆ ุฃู… ุตุงู„ุญุฉ

Kuatnya seorang wanita itu..
Apabila tetap bersabar walau diuji,
Tetap berbelas walau dikeji,
Tetap tersenyum walau disakiti,
Tetap mengasihi walau dibenci,
Tetap mendoakan walau dikhianati.


โ†ง
Viewing all 802 articles
Browse latest View live