Quantcast
Channel: REENA SIDEK
Viewing all 802 articles
Browse latest View live

Sambal Kacang Tempe Punca Jerawat

$
0
0

Sambal Kacang Tempe Punca Jerawat


Sambal Kacang Tempe Punca Jerawat


Betul ke? Atau Auta semata-mata...
Sambal kacang tempe salah satu punca jerawat tumbuh..
Reen pun tak pasti.. mungkin betul sebab kalau tak jaga pemakanan jerawat akan tumbuh.. selain itu, faktor hormon juga mungkin salah satu punca jerawat...

Tapi kalau dah sekali rasa sambal kacang tempe ni mesti nak lagi.. Hahaha satu balang ni Reen mampu makan sorang sorang.. Sebelum ni, Reen pernah cuba buat tapi tak jadi sebab tak rangup.. Reen cuba buat lagi Alhamdulillah menjadi..

Bahan-bahan

  • 3 bungkus tempe (potong dan goreng)
  • 300 gm kacang tanah (goreng)
  • 2 gengam ikan bilis (basuh, toskan dan goreng)
  • 10-15 cili kering ( ikut kepedasan yang diingini)
  • 10-15 bawang putih
  • Air asam jawa / asam keping
  • 2-3 sudu gula apong / gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak


Cara-cara
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang dan cili yang telah diblander.
  • Kacau sehingga bawang masak dan pecah minyak.
  • Masukkan garam dan air asam jawa / asam keping..
  • Kacau lagi sehingga bawang masak dan tak basah. Ini penting supaya nanti tempe menjadi ranggup.
  • Bila bawang betul-betul masak masukkan gula apong / gula.
  • Kacau sehingga rata dan cukup rasa..
  • Masukkan kacang, tempe dan ikan bilis yang telah di goreng.
  • Gaul rata dan tutup api dapur..
  • Siap dan selamat mencuba.. 

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

$
0
0

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini


Di zaman serba moden kini, setiap wanita semakin menitikberatkan soal penampilan mereka dalam apa juga situasi. Dalam bab berfesyen, wanita muslimah juga tidak mahu ketinggalan untuk tampil bergaya anggun dan menawan apabila mengenakan sesuatu busana. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak fesyen muslimah yang diketengahkan oleh para designer khusus untuk wanita muslimah.Selain butik muslimah yang semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan, jualan secara online juga tidak kurang hebatnya dan menjadi pilihan kebanyakkan peniaga dan pereka pakaian muslimah untuk memasarkan dan memperkenalkan  pakaian keluaran mereka. Dengan akses yang lebih mudah menggunakan internet dan telefon pintar memudahkan  wanita muslimah membuat pilihan fesyen pakaian yang mereka inginkan pada bila-bila masa di mana jua. Justeru itu, IZ Hijabist juga tidak melepaskan peluang untuk menambahkan lagi koleksi busana muslimah anda



Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist menyediakan perkhidmatan jualan baju untuk para wanita secara online. Busana yang disediakan pastinya menepati citarasa terkini bagi anda yang sering tampil dengan imej muslimah. Anda boleh mendapatkan beberapa koleksi jubah dan blouse labuh dengan harga yang berpatutan. Antara material kain yang terdapat di IZ Hijabist ialah Cotton, Wolly Creepe, Dull Satin dan macam-macam lagi.









A photo posted by IZ Hijabist (@iz_hijabist) on


Gambar-gambar tersebut merupakan antara jubah dan blouse yang anda boleh dapatkan di IZ Hijabist. Baju-baju ini didatangkan dalam pelbagai jenis saiz yang mana sesuai untuk semua jenis potongan badan.

Koleksi Akan Datang Untuk Hari Raya

Musim perayaan akan menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti setiap wanita ingin kelihatan anggun menawan di hari raya nanti. Semua itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana IZ Hijabist juga menawarkan beberapa koleksi terbaru khusus untuk anda yang ingin bergaya di hari raya nanti. Bukan setakat baju sahaja, IZ Hijabist juga akan menyediakan beberapa koleksi shawl dan tudung khusus untuk dikenakan bersama baju raya anda.

Kelebihan Berurus Niaga Bersama IZ Hijabist

-Tidak perlu pre order kerana barang adalah ready stock. Hari ni order esok barang akan di poskan. 
- Sesuai dipakai untuk ibu yang menyusu kerana baju BF Friendly
- Labuh dan jenis kain yang tidak jarang
- Pakaian yang menutup aurat


Untuk info lanjut mengenai IZ Hijabist anda boleh melayari media sosial berikut:
Facebook Page : IZ Hijabist


Instagram: www.instagram.com/iz_hijabist

Apakah perbezaan HIV dan AIDS?

$
0
0

Apakah perbezaan HIV dan AIDS?


Apakah perbezaan HIV dan AIDS?

Ujian HIV diwajibkan oleh pihak jabatan agama disebabkan oleh kemaslahatan kepada masyarakat, kerana orang yang dijangkiti HIV selalunya kelihatan normal dan tidak sedar bahawa mereka dijangkiti HIV. Mengetahui status pasangan sebelum berkahwin adalah perlu supaya langkah-langkah pencegahan jangkitan kepada pasangan yang berstatus HIV negatif dapat diambil jika perkahwinan itu diteruskan. Semua ini termasuk dalam bidang kuasa yang dipertanggungjawabkan ke atas pemerintah dan wakil-wakilnya.

Firman Allah:
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. [al-Hajj 22:41]

Meski pun ujian HIV pada asalnya tidak diwajibkan secara khusus oleh Allah (al-Qur’an) dan Rasul-Nya (al-Sunnah), mewajibkannya pada masa kini termasuk dalam kategori melarang atau mencegah kemungkaran yang selari dengan ajaran Islam. HIV ialah sejenis virus yang menyerang sistem ketahanan badan manusia hingga ia tidak berupaya melawan serangan penyakit.

Manakala AIDS pula adalah peringkat akhir HIV, di mana ketahanan badan telah lumpuh. Pada peringkat ini, seseorang itu mungkin akan diserang penyakit-penyakit serta barah tertentu. Contohnya penyakit tibi, cirit birit berpanjangan, jangkitan kulat, kayap, jangkitan paru-paru, barah seperti limfoma dan Kaposi’s sarcoma.

HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia dan akan musnah oleh suhu yang tinggi dan kering, sabun/pencuci, air dan disinfektan. HIV menjangkiti manusia melalui 3 cara utama:
● Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti HIV
● Perpindahan darah melalui perkongsian jarum dan transfusi darah yang dicemari virus HIV
● Jangkitan dari ibu mengandung yang HIV positif kepada bayi semasa dalam kandungan, semasa proses kelahiran, serta melalui penyusuan susu ibu. Ia tidak dijangkiti melalui sentuhan, berkongsi tandas atau alatan makanan dan minuman. Jangkitan melalui ciuman hanya berisiko jika terdapat luka/rekahan/ulser di dalam mulut.

Untuk memelihara diri daripada dijangkiti HIV, bakal-bakal pengantin harus menjauhi perilaku berisiko seperti melakukan hubungan seks dengan orang yang sering bertukar pasangan dan pekerja seks, tidak terlibat dengan najis dadah, dan segera mengambil rawatan jika terkena penyakit tularan seks. Semua ini selari dengan ajaran Islam.

Jika anda atau pasangan disahkan dijangkiti HIV, anda masih boleh meneruskan perkahwinan dan bertanggungjawab menegah jangkitan kepada pasangan dengan memakai kondom dengan betul dan membuat pemeriksaan darah untuk menentukan bila rawatan lanjut diperlukan. Nasihat dan panduan daripada doktor pakar amatlah penting sebelum anda dan pasangan bernikah.

Wanita yang dijangkiti HIV yang ingin mempunyai anak boleh mengurangkan risiko bayi dijangkti. Walaubagaimana pun, kehamilan ini perlu dirancang secara teratur di bawah pengawasan dan nasihat doktor pakar, mengambil ubat-ubatan yang diperlukan, serta tidak boleh menyusu badan kepada bayi.

Oleh: Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah

Perintah Gaji Minimum 2016 Berkuat Kuasa

$
0
0

Perintah Gaji Minimum 2016 Berkuat Kuasa

Perintah Gaji Minimum 2016 Berkuat Kuasa


Perintah Gaji Minimum 2016 Berkuat Kuasa.. mesti semua pekerja senyum.. Taraf hidup yang semakin naik sekarang sekarang banyak memberi kesan dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia.. Dengan kenaikkan gaji ni, di harap dapat meringankan beban masyarakat.. Tapi, tapikan... seiring dengan kenaikkan gaji ni, Reen berharap agar tak de pihak yang ambil kesempatan dengan menaikkan harga barang jualan... Satu lagi yang menjadi persoalam dalam minda Reen, kenapa kenaikkan gaji ni tak selaras dengan Sabah Sarawak.. Bila di fikirkan, harga barang kat Sabah Sarawak lebih mahal dan GST juga di tanggung oleh rakyat Sabah Sarawak.. 

Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuat kuasa mulai 1 Julai tahun ini ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Beliau berkata perintah tersebut melibatkan semua pekerja di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik (pembantu rumah) sebagaimana yang terkandung dalam PGM 2012.

"Kerajaan telah meneliti semua syor yang telah dikemukakan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara dan telah mengambil pendekatan 'balanced approach' serta mempertimbang kepentingan kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya melalui PGM 2016, kadar gaji minimum ditetapkan mengikut wilayah iaitu RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak dan Labuan," katanya.

Beliau berkata bagi gaji minimum harian pula ia tertakluk kepada jumlah jam bekerja maksimum seminggu iaitu 48 jam bagi Semenanjung Malaysia.

"Untuk enam hari bekerja dalam seminggu, kadar gaji minimum harian adalah RM38.46, (lima hari/seminggu, RM46.15) dan (empat hari/seminggu, RM57.69)," katanya.

Bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan pula untuk enam hari bekerja dalam seminggu, gaji minimum harian adalah RM35.38, (lima hari/seminggu, RM42.46) dan (empat hari/seminggu, RM53.08), katanya.

Riot berkata bagi pekerja yang dibayar berdasarkan upah mengikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang perlu dibayar hendaklah tidak kurang daripada RM1,000 di Semenanjung Malaysia dan RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Dalam pada itu, katanya klausa berhubung Permohonan Penundaan, Rundingan bagi Penstrukturan Semula Gaji dan Pengurangan Kadar Gaji Minimum bagi pekerja dalam tempoh percubaan yang ada dalam PGM 2012 tidak ditetapkan bagi PGM 2016.

"Bagi pekerja-pekerja yang masih menjalani tempoh percubaan melangkau tarikh 1 Julai 2016, tiada pengurangan kadar gaji minimum dibenarkan bagi pekerja-pekerja yang masih dalam tempoh percubaan tersebut mulai 1 Julai 2016," katanya.

Oleh yang demikian, jelasnya garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara pada 6 Sept 2012 selaras dengan penguatkuasaan PGM 2012 adalah dimansuhkan dengan berkuatkuasanya PGM 2016 mulai 1 Julai 2016.


"Kerajaan berharap kadar gaji minimum baharu ini akan mampu melonjakkan pendapatan pekerja Malaysia sekaligus dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dalam mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.

Sesalinan perintah tersebut boleh diperoleh dalam laman sesawang Kementerian Sumber Manusia iaitu www.mohr.gov.my.

Bateri Kereta Kong Di Bangi, Mujur Ada BATERIKU.COM

$
0
0

Bateri Kereta Kong Di Bangi, Mujur Ada BATERIKU.COM

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari... Bateri kereta kong ketika Reen berada di Bangi.   Walaupon bukan kereta Reen, rasa cuak tu mengalahkan tuan punya kereta! Reen tak pernah lagi merasa bateri kereta kong selama ni.

Pengalaman Bateri Kereta Kong

Situasi ini Reen hadapi ketika melawat saudara di Bangi. Hari yang indah itu, sepupu bawa Reen ronda-ronda di sekitar bandar Bangi.. Cuaca yang panas tiba-tiba bertukar mendung dan akhirnya hujan lebat.. Di sebabkan hujan sangat lebat, sepupu yang memandu membuka lampu kereta sehingga kami tiba di mall sekitar Bangi.. Keseronokkan selepas ronda-ronda di dalam mall Bangi bertukar gelisah masa nak balik... KERETA TAK BOLEH START! Aduh, dah la kita semua perempuan, semua tak tahu pasal kereta pulak tu...huhu.. Reen tengok sepupu sibuk telefon ayah dia... Macam mana? Apa nak buat?


Bateri Kereta Kong Di Bangi, Mujur Ada BATERIKU.COM

Tak lama lepas tu, ayah sepupu sampai. Tengok-tengokkan keadaan kereta. Dia kata tak reti sangat nak check ni. Lepastu dia pun buat satu panggilan. Reen sempat dengar dia sebut BATERIKU.COM.
Sementara menunggu kedatangan dari pihak BATERIKU.COM, Reen pun google tentang bateriku.com ni dan APA KELEBIHAN BATERIKU.COM sampai ayah sepupu Reen suka sangat servis diaorang.
APA KELEBIHAN BATERIKU.COM
  • Bateriku.com menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan bateri kereta bernilai hebat ke lokasi anda dengan hanya melalui satu panggilan telefon atau WhatsApp. 
  • Kami pasti datang ke tempat atau lokasi anda dengan segera untuk kerja-kerja menyelamat. 
  • Jenis perkhidmatan ini amat diperlukan oleh sesiapa sahaja, terutama mereka yang kurang berpengetahuan mengenai bateri dan masalah kereta. 
  • Anda hanya perlu berehat dengan tenang dan tunggu kru kami datang dan menjalankan kerja-kerja mereka.
  • Kami tidak akan terus menukar bateri anda. Sebaliknya kami akan melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk mengenal pasti masalah bateri yang sedia ada. Ia adalah percuma. Oleh itu anda boleh menjimatkan wang anda dari dibazirkan kepada perkara-perkara yang tidak perlu. 
  • Jika anda perlu untuk menukar bateri baharu, anda hanya perlu membayar harga bateri. Ia adalah mudah dan sangat menguntungkan kerana kami juga menyediakan bateri 'terapung' untuk anda guna sementara waktu sekiranya bateri yang sedia ada berkeadaan lemah dan memerlukan pemeriksaan lanjut kami. Ini ada senario di mana anda mempunyai pilihan untuk berunding dengan kami sekiranya 'foreman' bengkel menyarankan kepada anda untuk menukar bateri baharu.
  • Kami menyediakan pelbagai jenis bateri - basah dan bebas-penyelenggaraan dan dari jenama semua bateri-bateri popular yang berkualiti tinggi dan sepadan dengan spesifikasi kereta anda. Bateri kami dijamin pada harga jauh lebih murah dengan yang terdapat di pasaran, bengkel atau kedai alat-ganti dan didatangkan dengan jaminan asas 12 bulan.
  • Dengan Bateriku.com anda pasti akan menjimatkan masa anda, wang anda dan keselamatan anda di lokasi.
Wow menariknya Bateriku.com ni! Tak lama lepas Reen baca info Bateriku.com tu, sebuah kenderaan tiba.. Kenderaan tu sebijik macam gambar bawah ni.

Bateri Kereta Kong Di Bangi, Mujur Ada BATERI.COM

Tanpa membuang masa, makenik tu terus periksa kondisi kenderaan sepupu. Lagak dia umpama abang macho penyelamat gadis-gadis dengan memakai sarung tangan sambil membuat kerja. Eh sempat pula Reen ushar mekanik tu kan haha.
Apa yang Reen dapat perhatikan, memang teliti dia periksa kereta sepupu Reen tu. Check punya check rupanya bateri kereta kong.. Sepupu hairan, macam mana boleh kong, bateri kereta baru je tukar tiga bulan lepas.. Rupa-rupanya, bila diingat balik, sepupu cerita masa sampai mall tadi, dia lupa tutup lampu kereta sebab tu bateri kereta kong. Ohhh gitu. Selepas itu, mekanik tu terus tukar bateri kereta dengan pantas dan efisyennya. Bila selesai tukar bateri, sepupu cuba start kereta, Alhamdulillah.. Kereta dapat di hidupkan, fuhhh mujur ada BATERIKU.COM!

Bateri Kereta Kong Di Bangi, Mujur Ada BATERI.COM

Alhamdulillah kereta dapat di hidupkan dan kita orang sambung jalan-jalan.. Bila selesai semua, perut pun lapar, jadi kita orang duduk lepak kat kedai makan. Jadi Reen tanya berapa harga bateri kereta. WOW... Terkejut Reen dengar, sebab murah, kat tempat Reen mahal. Dah la Bateriku.com ni ada servis delivery. Sangat memuaskan. Kalau difikirkan, kalau kereta rosak, sebelum tahu bateri kereta kong mesti kita cakap kereta rosak, nak panggil kereta tunda dah berapa duit melayang, dengan adanya servis delivery ni, di situ kita boleh menjimatkan sedikit wang untuk cover bayaran bateri kereta kan... 
Servis yang mantap FREE Deliver, Check dan Install... memang patut sepupu Reen jatuh hati dan setia menggunakan servis BATERIKU.COM. Yang menariknya, kita tak perlu risau jenis kereta yang kita miliki, Insya Allah, bateri untuk jenis apa-apa kenderaan ada. Antara jenama-jenama bateri :

Century, Yuasa, Hitachi, ASTRA dan jenama-jenama lain - jenis bateri bebas penyelenggaraan (Maintenance free) dan basah. Semua untuk pilihan anda untuk kereta/ kenderaan kesayangan anda

    Bateri Kereta Kong Di Bangi, Mujur Ada BATERIKU.COM

    Kebanyakkan komen dari facebook Bateriku.com dan laman web Bateriku.com sangat positif. Ini membuktikan bahawa servis yang di berikan memberi kepuasan kepada pelangan mereka. Bila tengok sendiri layanan dan servis bateriku.com ni semasa atur kereta sepupu Reen tadi, Reen memang mengesyorkan korang menggunakan servis bateriku.com

    Bateri Kereta Kong Di Bangi, Mujur Ada BATERIKU.COM

    Untuk sebarang maklumat lanjut atau berminat untuk menggunakan khidmat BATERIKU.COM, boleh rujuk di bawah :
    • Alamat : 31. Jalan Utarid U5/11 Mah Sing Industrial Park, 40150 Shah Alam
    • Email : info@bateriku.com

      5 Tip Dan Persiapan Dalam Proses Pindahan Sewa Rumah Baru

      $
      0
      0

      5 Tip Dan Persiapan Dalam Proses Pindahan Sewa Rumah Baru


      5 Tip Dan Persiapan Dalam Proses Pindahan Sewa Rumah Baru

      Pertumbuhan pesat dan peningkatan harga selepas beberapa tahun di Malaysia menunjukkan bahawa pasaran hartanah Malaysia semakin stabil. Harga pasaran baru hartanah yang sedia ada amat stabil dan mempunyai nilai sendiri dan sekiranya anda telah menimbangkan untuk memiliki sebuah rumah baru sama ada untuk bekerja, berkeluarga atau hanya sekadar menukar persekitaran baru. Ini merupakan waktu yang sesuai sekiranya anda ingin berubah angin.

      Keterujaan memiliki rumah baru boleh menjadi kecuaian dan salah satu punca berlakunya jenayah. Ianya boleh dicegah dengan langkah pencegahan seperti perancangan yang betul, persediaan yang betul dan sedikit kreativiti. Dan langkah-langkah berikut diambil untuk keselesaan, keselamatan dan tanpa tekanan.

      DIY atau Profesional?

      • Keputusan pertama semasa membuat pertimbangan adalah amat penting, sama ada mengendalihan sendirian tekanan kehidupan seharian atau mengamanahkan kepada yang lebih pakar iaitu professional? Setiap pilihan mempunyai pro dan kontra, tetapi kedua-duanya mempunyai satu persamaan iaitu memerlukan anda membuat persediaan dan perancangan masa. Mulakan langkah anda dengan membandingkan harga dua bulan pertama antara syarikat-syarikat pemindahan atau sewaan trak. Syarikat professional akan menawarkan anda satu anggaran harga berdasarkan jarak dan jumlah perabot anda yang memerlukan pengangkutan.
      • Masa juga memainkan peranan penting yang membawa perubahan dalam perbelanjaan, sama ada melantik atau menyewa sebuah trak. Berdasarkan Good Housekeeping, kebanyakkan harga sewa akan meningkat apabila tempoh sewaan tamat dan caj tambahan akan dikenakan apabila bekerja di hujung minggu. Perancangan jangka masa panjang boleh menjadi penyelamat anda apabila anda bersedia untuk langkah yang seterusnya.


      Ambil Gambar Sebelum Dan Selepas

      • Ketika anda hendak mencuci dan membersihkan, ambil gambar rumah lama anda sebelum dan selepas, terutamanya barang-barang yang mudah rosak seperti pintu, lantai kayu, karpet dan tingkap. Menyimpan rekod sebelum meninggalkan rumah lama akan menyelamatkan anda dari di pertikaikan kerosakkan harta dari pemilik sewa baru. Lakukan perkara yang sama iaitu merekod segalanya ketika tiba di kediaman sewaan baru, lebih-lebih lagi sekiranya anda telah membayar deposit dan ingin mendapatkannya kembali nanti. Menyimpan gambar sebagai bukti menjadi salah satu cara yang baik untuk menyelesaikan pertikaian dan perbalahan dengan cepat.
      • Langkah seterusnya selidik dan buat perancangan yang boleh menjimatkan masa dan mengurangkan tekanan. Terutamanya, jika anda menyewa seperti rumah kediaman Guru-guru Malaysia yang sudah disenaraikan dan mempunyai ulasan harta dan mengelak dari perbuatan pemilik sewa yang ingin memiliki wang deposit anda.


      Penjimatan Bekalan

      • Perbelanjaan lebih pasti di sediakan ketika masa perpindahan berlaku, tetapi dengan mudahnya anda akan lupa bekalan mudah seperti kotak, pita dan bahan pembungkusan boleh di jimatkan. Walau bagaimana pun dengan sedikit kreativiti, anda boleh mengelak dari membayar bekalan tersebut. Lawat ke beberapa peruncit tempatan terutamanya bahagian stor atau bekalan kerana mereka biasanya mempunyai penghantaran bungkusan kotak yang besar dan kukuh. Pihak peruncit pasti dengan senang hati memberi kotak yang anda perlukan sebelum kotak-kotak di hantar untuk di kitar semula. Selain itu, anda juga tidak perlu membayar pembalut gelembung dan lain-lain perbelanjaan lebih-lebih lagi ketika menyimpan pakaian dan tuala dalam penjimatan wang dan ruang lebih luas. Jangan buang perkakas lama anda kerana semasa di rumah baru anda mungkin memerlukan semula perkakasan lama seperti tempat penggantung, skru dan kayu langsir. Beg plastik dan kontena jangan di buang bagi menyimpan makanan seperti sandwich dan ini akan menjimatkan anda dari memberi yang baru. 

      Dahulukan Yang Berat

      • Peralatan dan bekalan perpindahan telah disedia, anda boleh ke langkah seterusnya yang lebih mencabar iaitu memindahkan ke semua barang ke rumah baru dalam satu-satu masa. Susun dan atur barang secara sistematik ke dalam kotak dan susun atur semua barang agar muat di simpan di dalam trak. Tetapi anda boleh membuat kehidupan anda lebih mudah dan peraturan dengan mendahulukan barang yang berat dahulu.
      • Apabila membungkus kotak, terutamanya pelbagai jenis barangan, cara terbaik ialah membungkus mengikut peringkat-peringkat. Barang yang berat didahului masuk ke dalam kotak kemudian di ikuti barang-barang yang rapuh dan mudah pecah. Tujuan memasukkan barang yang berat adalah untuk menstabilkan kotak. Ini merupakan kaedah yang diamalkan oleh pembungkusan trak, kaedah ini boleh dilakukan oleh anda sendiri mahupun bantuan dari pihak lain. Bermula dari perkakas yang berat diikuti dengan barangan yang ringan diletakkan bahagian atas. Sekiranya anda melakukan pembungkusan sendiri, anda perlu pastikan barangan anda tidak mudah terbalik. Barang yang berat perlu diseimbang dengan kotak berat atau sepihan perabot, tapi perlu pastikan barangan mudah pecah dan rapuh di asingkan jauh dari barang yang berat. Sila pastikan kotak mudah pecah di asingkan di tempat lain. Pengasingan bermaksud mengasingan perkakas keras dan berat dari perkakas mudah pecah dan rapuh.


      Menyediakan senarai pembungkusan barang
      • Berat dan muat bukan hanya perlu di peringatkan bila diproses ke langkah seterusnya. Perlu di ingatkan senarai pembungkusan anda, dan barang yang mana perlu di hantar terus ke tempat yang di tuju. Setiap bungkusan perlu jelas di tanda “kegunaan” pada bungkusan agar dengan mudah anda capai, dan memastikan barangan masih bertahan bila di pindahkan ke dalam trak. Selain daripada kotak kadbod, anda juga boleh menggunakan kotak plastik lutsinar yg sedia ada untuk memudahkan anda melihat kandungan di dalamnya.
      • Setelah dipertimbangkan kembali, dengan jangka pendek, setiap keperluan perlu dipermudahkan dengan cepat dan mengurangkan segala tekanan. Sebelum menyelesaikan bungkusan anda, perlu semakan kembali barangan penting yang perlu di bawa jika dalam kecemasan seperti senarai telifon, ubat-ubatan atau peti kecemasan, barang peribada dan keperluan-keperluan yang penting.


      Penutup
      • Jangan biarkan pertikaian dan kos perpindahan menjadi punca ketakutan dan menjauhkan anda dari memiliki pangsapuri dan rumah idaman anda. Dengan penelitian yang betul, perancangan perpindahan akan menjadi mudah, tidak sukar dan menyenangkan.






      Cara Hilangkan Dakwat Kekal Suruhanjaya Pilihan Raya

      $
      0
      0

      Cara Hilangkan Dakwat Kekal Suruhanjaya Pilihan Raya


      Tanggal 7 Mei 2016, rakyat Sarawak di beri mandat untuk memilih pemimpin untuk penggal baru... Semua sedia maklum yang jari pengundi yang membuang undi akan di warnakan dengan dakwat kekal. Reen akui, dakwat kali ni memang kekal.. huhu. Hari ni, merupakan hari ke 3 selepas pilihan raya dan dakwat di jari ni tak de tanda nak pudar.. dan hari ni viral di facebook cara hilangkan dakwat kekal Suruhanjaya Pilihan Raya.

      Cara Hilangkan Dakwat Kekal Suruhanjaya Pilihan Raya

      Sebuah page telah berkongsi cara hilangkan dakwat kekal ni dengan menggunakan air soya.. Reen salah seorang yang telah mencuba cara ni.. memang cara ni berkesan sedikit tapi bagi Reen mengambil masa untuk menghilangkan dakwat kekal ni. Reen rendamkan hampir 30 minit jari telunjuk dalam air soya tapi hanya sedikit je yang hilang..

      Cara Hilangkan Dakwat Kekal Suruhanjaya Pilihan Raya

      Bila air soya kurang berkesan untuk menghilangkan dakwat kekal.. Reen cuba menggunakan Klorok, tak sampai 5 minit, rendam gosok jari, rendam gosok jari. Tak sampai 5 minit, dakwat kekal semakin pudar dan hilang..

      Di akui, Reen rasa tak selesa bila dakwat kekal ni. Kulit jari rasa kering dan kulit jari rasa tegang... Sebab tu, Reen sedaya upaya menghilangkan warna dakwat kekal ni..

      Tumpik Lemantak Makanan Tradisi Masyarakat Sarawak

      $
      0
      0

      Tumpik Lemantak Makanan Tradisi Masyarakat Sarawak


      Lemantak merupakan makanan tradisi Sarawak yang berasal dari masyakarat Malanau.. Menurut masyarakat yang hidup di zaman penjajahan Jepun, ketika beras amat sukar untuk didapati, selain ubi kayu, Sagu menjadi salah satu altenatif makanan yang ada.

      Sagu kemudian akan di buat menjadi tepung Lemantak dan di campur dengan kelapa parut untuk di buat sebagai Tumpik Lemantak.. Selain di saji sebagai Tumpik Lemantak, Sagu juga boleh di saji sebagai Linut/Ambuyat atau Tabaloi..

      Di Kuching ni, Reen hanya tahu satu kedai je sajikan Tumpik Lemantak ni, iaitu Cafe Liza tak jauh dari Bangunan Baitulmal.. Kalau teringin nak makan, Reen pergi sana..

      Tumpik Lamantak Makanan Tradisi Masyarakat Sarawak
      Tumpik Lemantak yang di saji bersama Gula Apong


      BAHAN - BAHAN

      • 1 Cawan Tepung Lemantak
      • 1/2 Cawan Kelapa Parut
      • Secubit Garam / secukupnya



      CARA - CARA MEMBUATNYA

      • Gaulkan Lemantak, kelapa dan garam sehingga rata.
      • Panaskan kuali leper atau pan.
      • Sesetengah sumber mencadangkan anda memercikkan air ke kuali sebelum memasak lempeng lemantak/tumpik
      • Tabur dan ratakan sesenduk adunan lemantak seperti lempeng.
      • Lipat dua lempeng lemantak anda apabila cukup masak.
      • Lempeng Siap dihidangkan.
      • Sedap di cicah dengan Gula Apong

      Tumpik Lamantak Makanan Tradisi Masyarakat Sarawak
      Rupa asal Lemantak yang diperbuat daripada Sagu


      HARGA RUNTUH Shawl Exclusive by Papaglamz

      $
      0
      0

      HARGA RUNTUH Shawl Exclusive by Papaglamz


      Assalamualaikum semua. Kepada semua pencari shawl secara online, tentu sahaja ramai yang akan membandingkan harga. Harga yang murah dan shawl yang berkualiti tinggi akan menjadi pilihan ramai. Tentu semua nak tahu berapakah harga shawl labuh chiffon exclusive by Papaglamz ni kan? Memandangkan shawl PapaG baru sahaja menjengah market fesyen Malaysia, sudah pasti PapaG akan menawarkan harga yang paling terbaik untuk anda semua. Sesuai dengan kualiti shawl itu sendiri.


      harga-shawl-labuh-chiffon


      Harga jualan Shawl Chiffon Exclusive by Papaglamz

      Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari PapaG, jadi beliau menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

      1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
      3 helai RM 100.00 termasuk postage 

      Haa reasonable tak? Jadi apa tunggu lagi? Cepat PM PapaG cepat-cepat. Nanti dia poskan kat korang. Ingat Shawl PapaG ni limited tau. Yela tak buat banyak sangat. Plays safe katanya. Hehehe


      5 Pilihan warna Shawl Exclusive by Papaglamz

      Basicaly, Shawl Exclusive by Papaglamz adalah ilham dari PapaG dan wife sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari KL tempoh hari. Entah macam mana tetiba terkeluar pula idea tentang nak buat shawl ni kan. Dari situlah mereka mula membuat sedikit kajian tentang material kain, potongan shawl yang menjadi kesukaan ramai, kos dan macam-macam lagi. Alhamdulillah perancangan mereka berjaya dan terhasillah shawl yang SANGAT EKSKLUSIF ni.

      KONSEP shawl yang mereka ketengah ialah shawl yang mempunyai ciri-ciri lebar dan labuh. Sebab tu shawl yang mereka keluarkan ini agak panjang dan lebar. Panjangnya lebih kurang 1.95 meter dan lebarnya 0.9 meter. Semoga shawl ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah.

      Dalam pemilihan material, mereka menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Antara sebab mereka menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang LEMBUT dan MUDAH BERALUN serta TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu kain Chiffon jenis ni sama seperti kain Chiffon bubble, tetapi bubblenya adalah sangat sangat sangat halus. Sebab itulah ianya sangat lembut. Kelebihan lain ialah kain dia seakan-akan dwi tone. jika kita lihat dari sisi yang berbeza samada kiri atau kanan, PROJECTION warna kain ada sedikit perbezaan. Menarik kan? Sebab tu lah kain ini dipilih untuk di jadikan shawl eksklusif mereka.

      Detail Shawl Exclusive by Papaglamz
      Saiz : 1.9 meter X 0.85 meter (Labuh tau)
      Jenis kain : Chiffon moist crepe (Macam chiffon bubble tapi bubble dia sangat sangat sangat halus dan lembut serta sejuk dipakai. Yang penting TAK JARANG)

      Warna pilihan : 

      ukuran-wide-shawl-terkini
      Pink Belacan + Basic White (Dwi Tone)

      ukuran-wide-shawl-terkini
      Blue + Gold Yellow (Dwi Tone)


      ukuran-wide-shawl-terkini
      Brown + Gold Yellow (Dwi Tone)


      ukuran-wide-shawl-terkini
      Purple + Elegance Silver (Dwi Tone)

      Green Emerald + Gold Yellow (Dwi Tone)

      CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!
      Limited edition sebab Papaglamz tak buat banyak. Ye la, new baby kan..? Hehehe
      Wassap : 0196141393
      Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau. Ig : exclusive_by_papaglamzFB : PapaglamzOfficial Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz -sekian-

      Kupilih Untuk Setia | Ameera Ameer

      $
      0
      0

      Kupilih Untuk Setia | Ameera Ameer


      Kupilih Untuk Setia karya novelis Ameera Ameer merupakan novel pertama yang Reen beli dari terbitan Anaasa Publication merupakan... Komen pertama Reen tentang novel ni ialah best dan menepati citarasa Reen..

      Kupilih Untuk Setia | Ameera Ameer

      Jalan cerita novel Kupilih Untuk Setia berceritakan kisah Dania dan Ku Ariff.. kerana satu pertaruhan dan menjaga nama kawan baiknya, Dania menjadi orang gaji kepada Ku Ariff.. Selama 3 bulan Diana bertahan sebagai orang gaji sebelum dia menghilangkan diri untuk melanjutkan pelajaran...

      Ku Ariff pula, selepas satu insiden.. hatinya tiba-tiba diterjah oleh satu perasaan yang halus.. kehilangan Dania membuatkan Ku Ariff menjadi nanar dan berusaha mencari Dania..

      Pertemuan Dania dan Ku Ariff selepas 2 tahun, menyemarakkan lagi cinta di hati Ku Ariff.. Bagi Dania pula, pertemuaan itu merisaukan hatinya, andai rahsianya sebagai orang gaji terbongkar kepada keluarganya...

      Lamaran dari Ku Ariff untuk Dania melalui Abang Dania sangat di sukai keluarga Dania tapi tidak untuk Dania.. Usia Ku Ariff menjadi punca hati Dania berdolak dalih untuk menerima Ku Ariff.. Korang boleh bayangkan macam usia Dato Siti dan Dato K.. hehe..

      Penyatuan Dania dan Ku Ariff walaupun tidak di terima sepenuh hati oleh Dania, namun lama kelamaan Dania menerima Ku Ariff dalam hidupnya.. Dugaan dan cabaran yang di lalui namun takdir Tuhan siapa mampu menolaknya...

      Apa yang Reen boleh ulaskan Novel Kupilih Untuk Setia tidak terlalu berat untuk di baca dan Reen bagi 5/5 bintang..


      SINOPSIS KUPILIH SETIA
      “Kau kena jadi orang gaji sepupu aku.” - Tengku Syakila
       Kerana satu pertaruhan, hidup Dania jadi tunggang-langgang. Sebagai seorang anak perempuan yang manja dan ‘buta’ perihal rumah tangga, pertaruhan tersebut ibarat sengaja menjerut nyawa. Namun, demi menjaga nama baik seorang sahabat, Dania tiada pilihan, syarat Tengku Syakila akhirnya diturutkan. Tetapi mampukah Dania bertahan apabila ‘majikan’ sementara yang digelarkan ‘orang tua’ itu cerewetnya mengalahkan perempuan!
      "Sorry Ku Ariff, saya lewat sikit." ~ Dania
      "Lewat sikit ke?" ~ Ku Ariff
      "45 minit. Saya tak tahulah sikit ke banyak sebab saya kerja 8 jam sehari. Kalau dikira tambah, tolak, darab dan bahagi masih sikit lagi tu." ~Dania
      “Kalau awak nak kerja tolonglah serius sikit, jangan nak buat sesuka hati awak aje. Hormat sikit saya ni sebagai majikan awak. Apa yang saya tegur tu tak payahlah awak nak menjawab balik. ” ~Ku Ariff
      Bagi Tengku Ariff Khalis, kehadiran pembantu rumah baharunya itu selalu membuatnya sakit hati. Sebaris nota yang ditinggalkan, pasti dibalas dengan berbaris-baris jawapan. Tetapi disebabkan satu insiden yang tidak disengajakan, pintu hatinya yang telah lama terkunci tiba-tiba dijengah oleh satu perasaan, sehingga dia nanar apabila pembantu yang mula bertakhta di hati hilang tanpa dapat dikesan.
      Pertemuan semula yang tidak diduga, membuatkan perasaan yang lama disimpan berbunga kembali. Berbagai cara dilakukan oleh Ku Ariff untuk mengambil hati gadis yang telah lama bertakhta di hatinya itu. Tetapi mampukah hati Dania dimiliki apabila status ‘tuanya’ yang sering Dania pertikaikan?
      "Aku tahu Irah tapi Ku Ariff tu enam belas tahun tua dari aku. Kalau kami ada anak dan keluar sama-sama, mesti orang ingat bapak bawa anak dan cucu jalan-jalan. Ish! Tak mahulah aku. Ngeri aje bila fikir." ~ Dania
      “Nia, perbezaan tu bukan masalah besar bagi saya. Saya boleh cuba untuk ikut cara Nia asalkan ianya tidak bertentangan dengan agama. Saya juga tidak akan menghalang Nia untuk terus menikmati masa muda Nia asalkan Nia tahu batas-batasnya.” ~ Ku Ariff
      Benarlah, ketulusan dan keikhlasan hati itu melebihi segalanya dan kerana sikap Ku Ariff yang begitulah, akhirnya lamaran lelaki itu diterima.
      Dan benar jugalah, kuasa Allah melangkaui segala yang ada di langit dan di bumi. Lalu, ikhlaskah Dania menerima ketentuanNya apabila bahagia yang baru dirasainya direnggut sekelip mata?

      SINOPSIS SEINDAH TAKDIR CINTA

      $
      0
      0

      SINOPSIS SEINDAH TAKDIR CINTA


      SINOPSIS SEINDAH TAKDIR CINTA

      Drama terbaru adaptasi novel Seindah Takdir Cinta karya Kamsiah Abu bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd itu diarahkan oleh Zulhuzaimy Marzuki dan skrip oleh Mufid Shuhaimi. Mengandingkan pelakon popular iaitu Amyra Rosli, Saharul Ridzwan dan Redza Rosli. Akan mula bersiaran pada 25 Mei nanti, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3.

      SINOPSIS SEINDAH TAKDIR CINTA

      JUDUL : SEINDAH TAKDIR CINTA 
      EPISOD : 28 episod
      TARIKH MULA : 25 Mei 2016
      HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
      SIARAN : Slot Akasia TV3
      SKRIP : Mufid Shuhaimi
      NOVELIS : Kamsiah Abu
      PENGARAH : Zulhuzaimy Marzuki
      TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
      PELAKON : Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Redza Rosli, Haff Ridzuan, Azri Iskandar, Ifa Raziah, Amai Kamaruddin, Nazzaty Rusli, Tatty Hassan, Lydia Saimon, Nazmi Nordin, Aina Abdul, Aidit Noh, Abdul Rahman Suud, Raja Ema

      WATAK PELAKON
      Amyra Rosli sebagai Mia Karmila
      Saharul Ridzwan sebagai Shahriman
      Redza Rosli sebagai Adrian
      Azri Iskandar sebagai Dato Kamal
      Ifa Raziah sebagai Datin Mariam
      Amai Kamaruddin sebagai Fendi
      Nazzaty Rusli sebagai Zetty
      Haff Ridzuan sebagai Faizal

      SINOPSIS SEINDAH TAKDIR CINTA

      SINOPSIS SEINDAH TAKDIR CINTA 
      Mia Karmila, anak gadis kesayangan Dato’ Kamal dan Datin Mariam yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Dari seorang gadis moden dan sosial telah dalam sekelip mata mahu berjihad mengumpul saham akhirat. Tanpa mereka sedari, melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

      Manakala Adrian, satu-satunya anak lelaki Tan Sri Affendy dan Puan Sri Zalina terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya sebagai seorang lelaki mancho, bergaya dan kaya raya, walaupun ramai perempuan lain yang lebih dari bersedia untuk memenuhi segala kehendak Adrian itu.

      Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa jua pun syarat yang diminta oleh Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila mesti jadi miliknya. Tekad Adrian menjadi bertambah kuat apabila kedua ibu bapanya dan juga ibu bapa Mia Karmila bagaikan menggalakkan dan merestui niatnya itu.

      Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga akhirnya menerima ijabkabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui bahawa Shahriman bagaikan dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?

      Namun hanya ALLAH yang sesungguhnya maha mengetahui segala apa yang diaturkannya. Adrian terpaksa di masukkan ke hospital sebaik sahaja dia dan Mia Karmila dinikahkan. Sebagai seorang gadis solehah, Mia Karmila sedar akan tanggung jawabnya di sisi Adrian kini seandainya Syurga ALLAH adalah tujuan destinasinya.

      Dengan itu Mia Karmila bertekad menjadi seorang isteri yang sentiasa diredhai oleh suaminya untuk mendapatkan Syurga ALLAH itu. Maka dengan seikhlas hatinya Mia Karmila cuba melupakan Shahriman dan terus tabah menjaga Adrian di hospital. 

      Bagaimanakah dapat Mia Karmila meneruskan hari-hari kehidupannya menjaga Adrian di hospital manakala hubungan Shahriman dengan keluarga Adrian semakin rapat, dan dengan itu juga membuatkan dia dan Shahriman sering bertentang mata.

      Ia juga bagaikan luka lama berdarah kembali bagi Shahriman ketika menemankan Adrian dan Mia Karmila serta ibu bapa mereka menunaikan Ibadah Umrah di Mekah. Shahriman benar-benar tidak mampu lagi untuk terus menyorokkan segala derita jiwa dan hatinya yang gersang selama ini apabila melihat gadis yang pernah bertahta di hatinya itu menerima segala ujian dan dugaan ALLAH dengan begitu ikhlas dan tulus.

      Demi cintanya pada Mia Karmila yang tidak pernah luak walau sezarah pun, Shahriman terus berusaha untuk mendapatkan kembali cinta itu walau pun dia tahu cinta Mia Karmila kini hanyalah untuk Adrian apabila kedua suami isteri itu mengakuinya di hadapan Baitullah.

      Berjayakan Shahriman memujuk dan mendapatkan kembali cinta Mia Karmila yang pernah direlakannya untuk diberikan kepada Adrian?

      Resepi Sayur Kacang Panjang Campur Hati Ayam Masak Kari Kicap

      $
      0
      0

      Resepi Sayur Kacang Panjang Campur Hati Ayam Masak Kari Kicap


      Resepi Sayur Kacang Panjang Campur Hati Ayam Masak Kari Kicap

      Sayur kacang dan hati ayam.. bila digabungkan dalam satu masakan memang menjadi sangat lazat dan berkhasiat..  Resepi Sayur Kacang Panjang Campur Hati Ayam Masak Kari Kicap merupakan menu yang mudah dan ringkas.. Dan tidak mengambil masa yanb lama untum di sediakan..


      Bahan - bahan :

      • 10-15 batang sayur kacang 
      • 5-10 Hati ayam
      • 2 ulas bawang putih
      • 3 ulas bawang merah
      • 2 bawang besar
      • 1 inci halia
      • 2 sudu kari
      • 5 sudu makan kicap masin
      • Minyak
      • Garam dan gula secukup rasa
      • Sedikit air



      Cara - cara : 

      • Potong sayur kacang membulat atau memanjang..
      • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia..
      • Panaskan minyak dan masukkan bawang  yang telah di tumbuk..
      • Tumis sehingga sedikit kekuningan..
      • Masukkan kari yang telah dicampur dengan sedikit air..
      • Kacau sehingga kari masak dan pecah minyak..
      • Masukkan hati ayam dan kacau sehingga hati ayam masak..
      • Masukkan sayur kacang, bawang besar yang di potong bulat dan sedikit air.. 
      • Selepas itu, masukkan kicap, garam dan sedikit gula..
      • Kacau sehingga sayur masak.
      • Selesai dan tutup api.. 
      • Selamat mencuba..

      Borong Roti Gardenia

      $
      0
      0

      Borong Roti Gardenia


      Lazimnya, sebelum naik kapal terbang, masyarakat Sarawak pasti akan memborong roti Gardenia.. Kenapa? Untuk makluman korang, kat Sarawak tak de Roti Gardenia.. Kedai roti MITA atau TAKA memang banyak kat Sarawak... dan paling lagend kedai roti ALL JOY..

      Borong Roti Gardenia


      Kalau orang yang tak tahu, mesti hairan tengok masyarakat Sarawak suka borong roti, macam nak buat bisness pulak.. hehe.. tak perlu hairan, sebab bila pelancong datang ke Sarawak, masyarakat sini tak hairan kalau korang borong kek lapis dan ikan terubuk.. Sebabnya setiap tempat ada tarikan tersendiri..

      Tujuan utama masyarakat Sarawak suka borong roti Gardenia selain untuk makan sendiri ialah untuk di beri kepada saudara mara atau sahabat handai... Nak beli cenderahati kadang-kadang tak mampu, yang mampu cuma bagi roti, lebih-lebih lagi kalau mempunyai saudara yang ramai.. sebagai tanda ingatan kita kepada mereka.

      Dalam banyak-banyak perisa roti Gardenia ni, Reen paling suka perisa Sambal Ikan Bilis.. Perisa lain pun sedap juga, tapi sambal ikan bilis cepat je kena rembat oleh adik beradik...

      Reen pernah jumpa beberapa Supermarket kat Kuching ni jual roti Gardenia ni, tapi harga mahal sikit la.. kalau teringan baru beli.. tapi Reen dah tak ingat Supermarket mana yang jual.. huhu..

      JUM NYANYI...
      Ramai yang gemarkannya
      Terasa segar sentiasa
      Resipi Uncle Closum's
      Tinggi kualiti Gardenia
      Sungguh enak dimakan begitu saja...
      Oooo gardenia sungguh enak dimakan begitu saja
      Cubalah rasa,memang ada bezanya gardenia
      Sungguh enak dimakan begitu saja...
      Oooo gardenia sungguh enak dimakan begitu saja





      Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

      $
      0
      0

      Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

      Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan



      Kenapa Reen nak masuk dalam senarai Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan...

      • Semua sedia maklum yang HH merupakan otai dan senior SEO
      • Dengan tersenarainya blog Reen dalam Bloglist HH.. Insya Allah akan menyumbang UV dan Pv kat blog Reen..
      • Dari awal berblog Reen memang mengikuti perkembangan blog HH dan menjadikan Blog HH sebagai rujukan dan panduan..
      • Harapan Reen, sekiranya Reen tersenarai dalam bloglist HH dapat membantu blog Reen di kenali membaca lain.. Insya Allah..

      Jadual 'Check List' Bulan Ramadhan

      $
      0
      0

      Jadual 'Check List' Bulan Ramadhan



      Ramadhan yang dirindui berkunjung lagi.. Alhamdulillah kita dipanjangkan usia untuk terus beramal di bulan yang mulia Ramadhan.. Dengan adanya Jadual 'Check List'Bulan Ramadhan, Insya Allah kita akan lebih Istiqamah dalam menjalankan ibadah kita..  Semoga bulan Ramdhan tahun ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita semua.. Amin..


      Jadual 'Check List' Bulan Ramadhan





      OST SEINDAH TAKDIR CINTA - FULL LIRIK

      $
      0
      0

      OST SEINDAH TAKDIR CINTA - FULL LIRIK



      OST Seindah Takdir Cinta merupakan lagu yang di nyanyikan oleh Fauziah Latiff yang bertajuk Takdir Cinta... Kali pertama Reen dengar lagu ni, Reen terus suka...

      OST SEINDAH TAKDIR CINTA - FULL LIRIK

      Tajuk : Takdir Cinta
      Penyanyi : Fauziah Latiff
      Lagu : Sharon Paul
      Lirik : Fedtri Yahya
      Lagu Tema : Drama Seindah Takdir Cinta

      OST SEINDAH TAKDIR CINTA - FULL LIRIK

      Lirik Takdir Cinta (OST - Seindah Takdir Cinta)

      Tak pernah aku menyalahkan
      Suratan dan ketentuan
      Yang tertulis dalam hidup
      Aku tabah menerima takdir
      Kupasrahkan...

      Ku tinggalkan cinta yang terluka
      Membawa diri dengan
      Hati yang terlara
      Pasrah jiwa melewati cinta
      Tanda derita tersiksa

      Tak pernah ku salahkan
      Suratan dan ketentuan
      Yang tertulis dalam hidup
      Aku tabah menerima takdir
      Kupasrahkan...

      Ku tinggalkan cinta yang terluka
      Membawa diri dengan
      Hati yang terlara
      Pasrah jiwa melewati cinta
      Tanda derita tersiksa 

      Ku berdoa ada kekuatan
      Kuhulurkan salam kemaafan
      Agar tenang jiwa lara
      Tanpa dendam lama

      Sehingga detik berlalu...

      Ku tinggalkan cinta yang terluka
      Membawa diri dengan
      Hati yang terlara
      Pasrah jiwa melewati cinta
      Tanda derita tersiksa...

      TIP KURANGKAN SAKIT TELINGA DAN BERDESING DI ATAS KAPAL TERBANG

      $
      0
      0

      TIP KURANGKAN SAKIT TELINGA DAN BERDESING DI ATAS KAPAL TERBANG


      Sesiapa yang kali pertama menaiki kapal terbang pasti akan mengalami sakit telinga dan berdesing di atas kapal terbang.


      TIP KURANGKAN SAKIT TELINGA DANTIP KURANGKAN SAKIT TELINGA DAN BERDESING DI ATAS KAPAL TERBANG BERDESING DI ATAS KAPAL TERBANG


      Bagi kita yang dewasa ini, mungkin kita mampu menahan rasa sakit tersebut.. tetapi bagi anak-anak kecil cuma tangisan je mewakili bila sakit telinga menyerang.. Sedih tengok, sampai merah muka anak-anak menangis..

      Reen ketika kali pertama naik kapal terbang dan selepas mendarat Reen jadi macam orang pekak kejap.. satu patah apa pun yang orang cakap kat Reen, Reen tak dengar.. Hahaha... Huhu.. masa tu kena menjerit sikit baru Reen dapat dengar..

      Reen praktikkan beberapa tip dan Alhamdulillah berkesan..

      Petua Elakkan Telinga Sakit dan Berdesing di atas Kapal Terbang :
      • Makan gula-gula atau chewing gum semasa nak memulakan perjalanan bersama kapal terbang, semasa dan semasa mendarat.
      • Cuba untuk menguap untuk menyamakan tekanan di telinga
      • Minum banyak air kosong semasa penerbangan
      • Tutup hidung dan mulut, dan hembuskan nafas dengan kuat. Menurut Dr Ahmad Nordin, teknik ini dinamakan vasalva.
      • Cuba elakkan selsema mahupun batuk berkahak.
      • Jangan tidur semasa kapal terbang berlepas dan juga mendarat.



      Petua Untuk Elakkan Telinga Sakit dan Bingit bagi bayi dan kanak-kanak Semasa di Kapal Terbang :
      • Elakkan anak-anak anda tidur semasa kapal terbang berlepas dan mendarat
      • Berikan gula-gula kepada anak yang dah pandai makan gula-gula, pantau pemberian anda
      • Berikan susu kepada mereka semasa berlepas atau mendarat


      Semoga membantu dan manfaat kat korang..

      TIP KURANGKAN SAKIT TELINGA DANTIP KURANGKAN SAKIT TELINGA DAN BERDESING DI ATAS KAPAL TERBANG BERDESING DI ATAS KAPAL TERBANG

      SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM

      $
      0
      0

      SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM


      SEGMEN KAD RAYA 2016 DUNIASHIDA.COM


      Pendapat tentang blog Shida :

      Pada pendapat Reen... blog Shida sangat kemas dan tersusun... Gabungan warna Biru dan Putih sangat sesuai dan menampakkan kelembutan..  Header yang menarik dan blog yang tidak berat..

      Segmen berlangsung sehingga esok hari... Rabu 1Jun2016 (9.59pagi)... 

      Klik Banner untuk join.... 

      Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia Tahun 2016

      $
      0
      0

      Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia Tahun 2016


      Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia Tahun 2016


      Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri Di Malaysia Tahun 2016. Berikut ialah kadar bayaran zakat fitrah bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2016 bersamaan 1437 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

      Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri


      Pengesahan drpd semua majlis agama🕋 utk kadar zakat fitrah 1437H/2016M


      1. Melaka RM6.70

      2. Pulau Pinang RM 7.00

      3. Kelantan 7.00

      4. Kedah 7.00

      5. Perak RM7.00

      6. N.Sembilan RM6.50

      7. Selangor RM7.00

      8. Perlis RM7.00

      9. Johor RM6.00 & RM8.00

      10. Pahang RM7.00

      11. Sabah RM7.00

      12. Sarawak RM7.00

      13. Terengganu RM7.00

      14. W. Persekutuan RM7.00

      Lafaz Niat Puasa Harian Dan Sebulan Ramadhan

      $
      0
      0

      Lafaz Niat Puasa Harian Dan Sebulan Ramadhan


      Pengertian puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat

      Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut Al-Quran 

      Al-Quran : Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa Hadis 

      Hadis : Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan (Riwayat Bukhari dan Muslim)

      CARA LAFAZ NIAT HARIAN DAN SEBULAN PUASA BULAN RAMADHAN 

      Lafaz Niat Puasa Harian Dan Sebulan Ramadhan

      Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan (Harian)
       نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 
      Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 
      Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala 

      Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sepenuhnya (Sebulan) 
      نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 
      Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 
      Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 

      BACAAN DOA BERBUKA PUASA
       اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين 
      Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin 
      Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani

      Pautan Sumber Asal » mysumber.com
      Viewing all 802 articles
      Browse latest View live