Tip Jimat Untuk Kaki Shopping Berbelanja
Tip Jimat Untuk Kaki Shopping Berbelanja | Shopping boleh menghilangkan stress?? ye ke?? atau makin stress lepas shopping.. ekk sebabnya duit habis tapi masalah tak selesai... Hahaha... Tapi bagi mereka yang suka bershopping, shoping memang boleh menghilangkan stress kan...
Tak salah kalau suka shopping, cuma nak berbelanja tu biarlah berpada-pada.. jangan biarkan diri kita tergolong dalam pepatah melayu lama iaitu 'Biar Papa Asal Bergaya' . Tahu tak apa maksudnya? Hidup mesti bergaya walaupun tak de duit... Huhuhu.. orang macam ni fikir yang gaya dia boleh kasi perut kenyang kot.. Makan bubur tiap hari pun tak pe asal bergaya... Asalkan kepuasan hati bershopping tertunai..
Bagi Reen, sebelum bershopping dan berbelanja kita kena 'MINDSET' otak untuk membeli apa yang di ingini.. PENTING, sebabnya kalau kita tak mindset apa yang kita nak, kita akan berbelanja tanpa berfikir panjang. Bila kita dah mindset apa yang nak di beli, kita akan FOKUS pada produk yang tertentu je.. Paling di elakkan bila sampai ke shopping mall atau shopping online, mata berkenan dan hati nak beli semua... adoi.. nak beli itu, nak beli ini..
Selain itu, ni antara Tip Jimat Untuk Berbelanja yang boleh di amalkan dan di praktik :
Tip Jimat Untuk Kaki Shopping Berbelanja
1. Servey Harga Produk
- Sebelum bershopping, langkah pertama yang perlu di buat ialah 'SERVEY' produk yang diingini.. Ini cara ini kita dapat membandingkan harga barang yang ingin di beli dan dapat menjimatkan pembelian. Kenapa harus bayar mahal kalau kita boleh membeli dengan harga murah dan kualiti yang sama kan..
2. Kumpul / Asingkan Wang Setiap Bulan
- Salah satu lagi cara nak berjimat ialah kumpul wang atau asingkan sedikit wang setiap bulan untuk membeli produk yang kita impian... Dengan cara mengumpul wang ni, kita tahu berapa kos modal produk kerana dalam tempoh kumpul wang kita boleh servey harga produk.
3. Membeli ketika berlangsung SALE
- SALE.. Ramai yang suka perkataan Sale.. Sebabnya harga produk akan lebih murah dan akan menjimatkan wang.. Memang happy giler bila dapat membeli barang dengan sale yang kadang-kadang sampai 80%.. Fuh memang boleh jimat sangat jadinya..
4. Guna Kupon
- Guna Kupon. Ya kupon boleh menjimatkan kos perbelanja. Dengan adanya kupon ni, kita mampu berjimat dan kadang-kadang hanya menambah sedikit je wang tunai untuk 'redeem' barang.
- Kalau korang yang suka shopping online, mesti korang perasan, ada kupon-kupon yang boleh di 'redeem'.
- Korang boleh cuba tengok kupon-kupon ni di laman web shopping seperti https://www.cuponation.com.my/ atau saleduck.com.my dan lain-lain website online shopping, mana tahu ada kupon yang di tawarkan untuk korang. Jimat duit korang..
- Selain tu, persaingan berniaga online sekarang sangatlah sengit.. Hahhh korang terjah la mana-mana online shopping... mana tahu ada menawarkan kupon untuk membeli belah.. (KLIK SINI untuk melihat 'Top 20 Coupuns' yang di boleh jimatkan poket korang.. hehe). Syokknya...
5. Senarai 'Wish List"
- Senaraikan barang yang di impian. Biasanya 'Wish List' ni akan di buat setiap awal tahun iaitu ketika masuk tahun baru... Waktu itu, senaraikan apa impian anda termasuk barang atau produk impian anda. Dengan cara ni, korang akan fokus kepada barang yang diinginkan dan tidak akan membeli barang sesuka hati.
Semoga tip-tip yang Reen senaraikan di atas dapat membantu kaki-kaki shopping berjimat ketika bebelanja... Pasti bahagia dan tersenyum gembira bila dapat berjimat cermat kan...
Kepada kaki shopping sekalian, semoga korang berbelanja dengan berhemah.. Bye..
Kepada kaki shopping sekalian, semoga korang berbelanja dengan berhemah.. Bye..