Quantcast
Channel: REENA SIDEK
Viewing all articles
Browse latest Browse all 802

Apa Itu EIS yang tertulis di Slip Gaji?

$
0
0

Apa itu EIS yang tertulis di Slip Gaji?


Bagi pekerja yang bekerja dalam sektor swasta, pasti tertanya-tanya apa EIS yang tertulis di payslip?


EIS ialah Skim Insuranan Pekerjaan yang diwajibkan kepada majikan dan juga pekerja berkuatkuasa Januari 2018. EIS di uruskan oleh PERKESO. 


EIS bertindak sebagai “jaring keselamatan” bagi pekerja yang diberhentikan kerja [kerana majikan mereka mengalami penggulungan / menjadi insolven], EIS akan menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan sehingga mereka mendapatkan pekerjaan baru. Di samping itu, pekerja yang mencari kerja baru juga akan dibantu dengan bantuan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan kesesuaian pekerjaan di bawah EIS.


Perlindungan Kebajikan Lanjutan 


  • EIS bertindak sebagai liputan kebajikan dilanjutkan kepada 6.5 juta pekerja swasta Malaysia yang memerlukan majikan untuk membuat sumbangan berkanun kepada dana EIS dan menahan mereka daripada membuat potongan gaji serta mengurangkan faedah tetap.



Bantuan Kewangan kepada Pekerja Diberhentikan

  • EIS akan menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan kerana majikan mereka mengalami penggulungan (atau menjadi tidak solven) sehingga mereka mencari pekerjaan baru.


Bantuan Tambahan Pencarian Kerja
  • Pekerja yang diberhentikan akan dibantu apabila mereka mencari pekerjaan baru dengan kaunseling dan latihan kerjaya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 802