Quantcast
Channel: REENA SIDEK
Viewing all 802 articles
Browse latest View live

Hantu Punya Bos

$
0
0

Hantu Punya Bos


Hantu Punya Bos

HANTU PUNYA BOS.. Satu lagi novel yang akan di adaptasi untuk TV3 di SLOT IRIS... Novel ni Reen dah baca dan Reen bagi 5/5. Sangat best, sangat jenaka, sangat romantik... heheh senyum dan gelak sorang-sorang masa Reen baca.. 

Abby Si Latah dan Arrayyan si Bos... Hahaha.. Abby ni memang lawak sangat... setiap kali di jerkah dia akan melatah siap bagi penampar kat pipi bos. Bos ni pula, bila tahu si Abby ni kuat melatah, dia jadi hantu.. Setiap saat dan masa suka cari kesalahan Abby supaya Abby melatah... Kacau punya kacau, si bos jatuh hati kat Abby... Percintaan diaorang di rahsiakan... hehehe.. nak tahu lebih lanjut kisah novel ni, pergi lah baca online atau tunggu slot IRIS ni nanti.

Drama ini akan dilakonkan oleh Syukri Yahya, Intan Najuwa, Aizat Hassan, Juliana Farhana, Afiera Riana, Fahmy Reza, Iszander Nor dan ramai lagi
  
Hantu Punya Bos

Hantu Punya Bos

Hantu Punya Bos


SINOPSIS HANTU PUNYA BOS

BEKERJA sebumbung dengan Arrayyan Zainuddin, memang tidak pernah terlintas di fikiran Abby. Tambahan pula setelah mendengar kutukan Diela terhadap lelaki itu. Setiap hari, ada sahaja aduan yang Abby terima daripada Diela sehinggakan hatinya ikut menyimpan rasa benci terhadap lelaki bernama Arrayyan itu. 
 
“Kau tau tak pagi tadi, dia kutuk telinga capang aku ni? Dia minta aku buatkan dia air dalam gelas besar sebesar telinga aku ni. Hantu punya bos! Macamlah telinga dia lawa sangat! Telinga dia tu berkerepot macam keropok goreng!” ~Diela

Baru hari pertama Abby bekerja di situ, Arrayyan sudah naik gila! Setiap kali dia menjerkah, Abby ikut membalasnya dengan jerkahan, ‘hantu punya bos!’. Kadang-kadang Abby sertakan dengan bonus, iaitu penampar! Terkedu Arrayyan dibuatnya. Mujurlah Abby ada alasan! MELATAH! Kalau tidak sudah pasti tapak tangannya singgah ke muka Abby semula.

Entah sejak bila, dari meluat tengok Abby, kini dia mahu melihat Abby selalu! Kewujudan Wandi membuatkan dia tidak tentu hala. Dia terpaksa mengambil langkah agresif dengan ‘mengheret’ gadis itu ke Melaka bersamanya untuk meluahkan rasa cinta yang baru berputik itu. Dapatkah Abby menerima bos yang berperangai hantu itu?

Januari 2016 Tanpa Gaji

$
0
0

Januari 2016 Tanpa Gaji


Januari 2016
Surat Notis Berhenti Tempat KerJa Sebelum ni

Januari 2016, tahun baru dan azam baru.. 
Awal Januari 2016, Reen mula bekerja di tempat baru. Teringin nak rasa suasana kerja yang baru. Reen lapor diri pada 4 Januari 2016. Dalam tempoh 2 tahun tak boleh berhenti kerja, kalau resign, kena bagi notis 2 bulan dan bayar 2 bulan gaji.. Nak berhenti, bukan senang nak cari kerja sekarang. Zaman kegawatan dan taraf hidup yang tinggi.

Bulan Januari ni memang dugaan bagi Reen dan staf lain sebab tak de gaji. Tapi tak pe, Reen faham. Staf lain pun okey juga Sebab sebelum sain penerimaan jawatan hari tu, dah tertulis gaji akan di bayar berdasarkan panel yang di buat. Minimum gaji akan di bayar bila siap buat 8 panel dan akan dapat gaji penuh... Kalau mampu buat lebih panel, dapatlah lebih pendapatan.

Nak di ceritakan, kerja akan di mulakan selepas habis kursus ke 2. Kursus pertama dulu pada bulan Disember 2015 iaitu kursus NIOSH. Selepas itu, diikuti kursus ke 2 dan praktikal. Kursus ke 2 ni nanti akan di buat di Miri. Tarikh belum pasti lagi, Insya Allah, pihak pentadbiran janji akan usaha buat kursus secepat yang mungkin. 

Nak salahkan pihak pentadbiran tak boleh juga sebab dia orang dah usaha nak urusakan cepat yang mungkin. Kursus ke 2 ni, diorang kena pastikan dengan betul, bahawa itu adalah kursus yang betul sebab kalau salah kursus kena ambil lagi kursus yang betul. Perkara yang nak di elakkan ialah kerugian masa dan wang. Harga kursus untuk seorang antara RM200-RM300. Sewa bas dari Kuching ke Miri. Bayaran hotel lagi. Makan minum staf -staf seramai 20 orang. Semuanya di tanggung oleh syarikat... 

Banyak yang dah syarikat laburkan, Jadi Reen sebagai staf, cuma doakan semoga semua dipermudahkan. Sebenarnya Reen tak sabar nak mulakan kerja.

Bagi Reen, dugaan tak de gaji ni hanya sikit je Ujian dari Allah untuk Reen sebab kat luar sana, Reen tahu ada yang lagi susah dari Reen.. Tak de kerja, di buang kerja.. 


Ais Krim Milo Promosi RM1

$
0
0

Ais Krim Milo Promosi RM1


Ais Krim Miko Promosi RM1

Buzz... Tengah hari.. Bunyi mesej watsapp..
Lelong.. lelong... Ais krim milo Rm1, siapa nak?..
Bunyi mesej kat group family..
Hahaha... Dengar je RM1, semua nak.. ingatkan nak bagi free...
Rupanya kena beli sendiri.. hahaha..
Bermulalah episod mencari aiskrim milo...

Ais Krim Milo Promosi RM1

Harga asal ais krim milo ni ialah RM1.50..
Promosi RM1 ni, hanya di 7Eleven je..
Promosi ni bermula 19 Januari hingga 1 Februari  2016..
Huhuh... last minit baru tahu ada jualan murah ni...
Insya Allah, kalau ada rezeki, adalah...

Ais Krim Milo Promosi RM1


Petang tu, Reen pergi ke 7 Eleven di Jalan Sultan Tengah, tu je yang paling dekat dengan rumah, tapi aiskrim dah habis... huhu.. Esok harinya, Reen cari di 7 Eleven di Matang Jaya.. Fuh.. Nasib baik ada.. banyak lagi.. Masa tengah syok ambil aiskrim milo, Staf tu bagi tahu "Kak, seorang limit 3 aiskrim je". Musnah harapan aku nak beli 10 bungkus aiskrim.. dapat 6 bungkus pun Alhamdulillah. Reen 3 bungkus, kakak Reen 3 bungkus.

Staf 7Eleven tu bagitahu, dia orang kena limitkan pembelian sebab kalau tak aiskrim tu kena borong dan habis dengan cepat.. Bahagian limit tu aku memahami sangat.. kalau tak buat macam tu, orang lain tak dapat merasa sama.. kan kan... Berkongsi Rezeki tak kan merugikan..

Jadi, hanya 6 bungkus je aiskrim milo dapat di borong oleh Reen dan kakak.. Balik rumah, bermulalah episod makan aiskrim.. nyum nyum... esok lusa nak pergi beli lagi... buzzz

Perfume Limited Edition Gorgeous Che Ta

$
0
0

Perfume Limited Edition Gorgeous Che Ta



PERFUME LIMITES EDITION GORGEOUS - Reen baru berkesempatan nak Review minyak wangi keluaran Che Ta... Reen beli minyak wangi ni dari seorang rakan blogger... Nanti Reen bagi detail rakan blogger tu, kalau korang nak beli, boleh beli dari dia.. Mesti korang berpuas hati sama macam Reen..

Wangian Gorgeous merupakan salah satu wangian Limited Edition Keluaran Che Ta ni... Reen suka wangian Gorgeous ni.. Wangiannya TAHAN LAMA. Reen guna waktu nak turun kerja pagi hari.. Balik kerja petang, wangian masih bertahan.. Sebelum ni, dengar je orang sebut perfume Che Ta.. Alhamdulillah, akhirnya Reen dapat miliki sebotol untuk Reen sendiri..


Keistimewaan Minyak Wangi Eau De Perfume Rozita Che Wan

TAHAN LAMA
  • Kedua-dua jenis perfume ini merupakan jenis Eau De Perfume, bermaksud jenis yang tahan lama. 
  • Sapu sedikit sahaja tahan sepanjang hari, mungkin boleh sampai keesokan harinya.
  • Apabila terkena pakaian, pun pakaian boleh berbau wangi berhari-hari sehingga lah pakain dibasuh 

HALAL
  • Kedua-dua jenis perfume adalah HALAL.


Seperti yang di janjikan, Reen akan bagi tahu kat mana Reen beli Perfume Che Ta ni.. Reen beli dari Blogger Mawar Biru, Korang boleh pergi IG atau whatsap dia terus kalau nak order. 



Whatsap 019-9009 213

SINOPSIS TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

$
0
0

SINOPSIS TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Sebuah lagi novel yang diadaptasi ke drama..  Novel TUNDUKKAN PLAYPOY ITU akan disiarkan di slot AKASIA menggantikan drama CINTA SI WEDDING PLANNER pada 17 FEBRUARI 2016, jam 7.05 petang... Drama Tundukkan Playboy Itu akan di bintangi oleh Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose.

TUNDUKKAN PLAYBOY ITU


Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.
“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?


Drama Isteri VS Tunang

$
0
0

Drama Isteri VS Tunang


Drama Isteri VS Tunang

Antara Isteri Dan Tunang, Siapa yang menjadi pilihan?
Menggantikan drama Sha Dan Sha... Drama Isteri Vs Tunang akan di siarkan pada 1 Februari 2016. Pada Setiap Hari Isnin hingga Khamis di saluranAstro Ria dan Ria HD, Jam 10 malam..

Drama ini di bintangi oleh 
Hisyam Hamid sebagai Zaim Azfar
Scha Al-Yahya sebagai Alana Sofea
Sharifah Sakinah sebagai Amira Irdina
Lia Natalia sebagai Putri
Fahad Iman sebagai Zain Aryan
Shah Rezza sebagai Dahlan



Sinopsis:

Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.

Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.

Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.

Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

“Ketentuan yang tidak pasti… itulah meresahkan hati.”

BACA ONLINE NOVEL ISTERI VS TUNANG


BIODATA SCHA AL-YAHYA

BIODATA SCHA AL-YAHYA


Nama Sebenar :Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya

Nama Komersil : Scha AlYahya

Tarikh Lahir : 30 Mei 1983 (32 tahun)

Asal : Sungai Petani,  Kedah

Kerjaya : pelakon, pelawak, pengacara,peragawati

Tahun aktif 2006 - Kini
Pasangan Awal Ashaari
Anak Lara Alana


Twitter : www.twitter.com/iamschaalyahya



BIODATA HISYAM HAMID

 BIODATA HISYAM HAMID

Nama Penuh: Hisyam Bin Hamid

Nama Komersial : Hisyam Hamid

Asal: Singapura

Umur: 31 tahun (2016)

Status : Berkahwin

Kerjaya: Model dan pelakon

Drama: Tuan Rumah Pembantu Rumah, Cinta Ibadah, Memori Cinta Suraya

Nama isteri: Rosmawati Hanafi

Facebook : www.facebook.com/HisyamHamidFC (Fan page)

Twitter : www.twitter.com/HisyamHamid7

Instgram : www.instagram.com/Hisyamhamid7



BIODATA SHARIFAH SAKINAH

BIODATA SHARIFAH SAKINAH

NAMA SEBENAR: Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar

NAMA KOMERSIAL: Sharifah Sakinah

TARIKH LAHIR: 28 Mei 1989

ASAL: Kuala Lumpur

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

$
0
0

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz



Assalamualaikum
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).  


Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)

Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)

3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe 

Hadiah yang bakal di menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januai 2016. 

**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

With Love
Papaglamz

-sekian-





KESIHATAN TELINGA

$
0
0

KESIHATAN TELINGA


KESIHATAN TELINGA


Telinga juga perlu penjagaan rapi dari segi kebersihan luaran dan dalaman. Telinga yang bersih akan bebas daripada kuman. Telinga perlu dijaga dan dilindungi daripada bahaya supaya sihat dan boleh berfungsi dengan baik.

Sel-sel dalam saluran telinga menghasilkan bahan melekit seperti lilin yang disebut tahi telinga (ear wax).

Tahi telinga mempunyai tiga tugas utama.
  • Ia melindungi dan melembapkan kulit salur telinga, serta mencegah telinga daripada menjadi kering dan gatal.
  • Ia mengandungi bahan kimia khas yang menentang jangkitan yang boleh merosakkan kulit salur telinga.
  • Ia bertindak sebagai perisai antara persekitaran luar dan gegendang telinga. Tahi telinga memerangkap debu, kotoran, dan benda-benda lain daripada memasuki telinga anda.

PENYAKIT TELINGA :

Jerawat Dalam Telinga
  • Salah satu penyakit yang selalu terjadi ialah jerawat yang tumbuh di kawasan telinga kerana faktor kebersihan. Terjadinya jerawat di telinga juga berkemungkinan daripada masalah ginjal dan anda digalakkan meminum air kosong sebanyak 8 gelas sehari dan elakkan daripada minuman yang manis dan berkafein. Kulit di bahagian telinga adalah sama dengan kulit di bahagian muka dan leher jadi risiko untuk mendapat jerawat adalah sama.

Telinga Berdesing
  • Telinga berdesing sangat mengganggu dalam aktiviti harian kita kerana ia akan mengeluarkan bunyi seperti berdesing dan berdengung. Ini terjadi kerana pergerakan kotoran yang tersumbat dari dalam telinga dan berkait rapat dengan jangkitan pada gegendang telinga atau bahagian telinga tengah. Sebagai panduan untuk bakal-bakal pengantin, jika timbul masalah seperti ini disarankan segera ke klinik berhampiran untuk rawatan kerana apabila dibiarkan, ia akan menyebabkan masalah menjadi lebih teruk dan kemungkinan untuk pekak sangat tinggi.

Hilang Pendengaran
  • Kehilangan pendengaran secara tiba-tiba juga sangat berbahaya kerana ia boleh menyerang secara mendadak terutama pada waktu pagi atau bila-bila masa selama beberapa jam. Anda tidak boleh mendengar tetapi ia akan pulih selepas itu secara sendiri, simptom ini amat berbahaya kerana ia berkaitan juga dengan jangkitan virus atau pernah mengalami kecederaan di kepala yang teruk atau kerana kanser otak.

Tahukah anda:


  1. 50% daripada penduduk di Malaysia yang mengalami kecacatan pendengaran boleh dicegah terutamanya kanak-kanak.
  2. Telinga mempunyai lebih daripada 25000 rerambut kecil yang turut sama terlibat untuk menukarkan gelombang bunyi yang diterima kepada maklumat yang akan diterjemahkan oleh otak.
  3. Telinga dan hidung merupakan anggota tubuh kita yang turut sama membesar dan berkembang selari dengan anggota tubuh yang lain kecuali mata.
  4. Kehilangan atau masalah pendengaran juga lebih banyak berlaku kepada kaum lelaki berbanding kaum wanita.
  5. Sewaktu kita tidur, telinga masih aktif mendengar gelombang bunyi disekeliling kita. Apa yang menyebabkan kita tidak mendengarnya adalah kerana otak berhenti berfungsi untuk menterjemah maklumat yang diterima.
  6. Telinga, hidung dan tekak menggunakan saluran yang sama.
  7. Jika anda merasa malu atau marah, telinga merupakan salah satu organ yang bertindakbalas seperti kemerah merahan dan panas apabila disentuh.

Punca Jerawat Pada Badan

$
0
0

Punca Jerawat Pada Badan


Punca Jerawat Pada Badan


Jerawat pada badan selalunya muncul pada belakang badan, dada, lengan, dan punggung. Pastinya si ratu sehari berasa rendah diri mempunyai masalah jerawat padan badan yang banyak. Justeru itu, jangan sesekali ambil remeh permasalahan ini.

Memikirkan masalah jerawat badan akan pulih dengan sendirinya adalah silap sama sekali. Sewajarnya, bakal mempelai tidak bertangguh untuk merawat jerawat badan supaya tidak melarat dan mencacatkan pandangan.

Antara perkara yang anda perlu lakukan bagi mengelak jerawat badan:

Kerap mandi

  • Dalam usaha untuk menghilangkan jerawat belakang, kerap mandi dan basuh belakang badan anda sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan sabun yang lembut dan air suam. Lebih baik jika anda menggunakan sabun khas untuk mengubati jerawat badan. Pastikan anda mandi secepat mungkin selepas aktiviti fizikal yang berpeluh. Jangan biarkan peluh melekat di kulit anda kerana ia boleh membawa kepada liang tersumbat dan masalah jerawat yang lebih teruk.


Proses pengelupasan

  • satu teknik yang berupaya menghasilkan kulit badan halus dan licin. Proses ini membantu membuang sel-sel kulit mati dan kotoran daripada permukaan kulit anda yang akan menyebabkan jerawat pada badan. Bereksperimen dengan produk pengelupasan yang berbeza sehingga anda jumpa satu produk yang sesuai untuk kulit anda dan tidak menyebabkan kegatalan.


Gel jerawat benzoil peroksida

  • Gunakan gel jerawat yang mengandungi benzoil peroksida pada belakang badan dua kali sehari selepas mandi. Pastikan anda membiarkan ia kering selama beberapa minit supaya dapat diserap ke dalam kulit untuk mengelakkan kesan pada pakaian.


Utamakan pakaian anda

  • Jangan amalkan pakai pakaian berlapis-lapis untuk mengelakkan perpeluhan yang banyak. Selain itu, dari segi pemilihan material kain, pilih pakaian dari material kapas berbanding sintetik untuk membolehkan kulit anda bernafas. Apabila bekerja di luar, sentiasa pastikan pakaian luar dan dalam anda bersih untuk mengelakkan penyebaran bakteria pada kulit.


Kebersihan tempat tidur

  • Kerap menukar cadar tempat tidur dapat membantu mengurangkan masalah jerawat badan yang anda alami. Jangan tunggu hingga sebulan untuk menukar cadar sebaliknya, tukarlah secara kerap dan berkala.



Punca jerawat badan:


  • Perubahan hormon terutama untuk wanita dalam lingkungan umur subur iaitu belasan tahun dan awal 20-an. Perpeluhan yang banyak.

  • Gangguan rembesan berlebihan dari kelenjar minyak yang menyebabkan liang tersumbat.

  • Faktor keturunan seperti ahli keluarga yang juga mengalami masalah jerawat.

  • Penggunaan ubat-ubatan dan pil perancang.

  • Material dan pemakaian yang menghalang peredaran udara atau apa saja yang menutup liang.
  • .Ketegangan dan stres.

  • Diet tidak seimbang.

  • Tidur ketika badan masih berpeluh.

  • Resdung.

Kesihatan dan Kehidupan Lebih Selesa Dengan Jus Annona

$
0
0

Kesihatan dan Kehidupan Lebih Selesa Dengan Jus Annona


Kesihatan dan Kehidupan Lebih Selesa Dengan Jus Annona


Menjaga kesihatan amat dititik beratkan oleh setiap semua orang... Salah satu cara untuk menjaga kesihatan ialah menjaga pemakanan dan bersenam.

Bila umur semakin meningkat, kesihatan juga akan semakin merosot. Selain itu, aktiviti seharian juga boleh menyebabkan kesihatan kita terjejas...

Malang tidak berbau, dalam menjaga kesihatan, kemalangan boleh berlaku. Contohnya Reen sendiri. Dulu Reen pernah terjatuh kat tandas rumah, kesan dari itu, pinggang Reen selalu sakit sekiranya berdiri dan berjalan kaki terlalu lama atau mengangkat barang yang berat.. Apa jua kesakitan, sama ada sakit sendi, sakit lutut , sakit belakang ataupun senggugut. Jika anda berasa sakit yang amat sangat, itu petanda saraf anda amat sensitif terhadap kesakitan. Dan bila dah sakit, pengambilan ubat-ubatan seperti ubat penahan sakit biasa di ambil. Dan pengambilan ubat-ubatan yang kerap untuk meredakan kesakitan tidak elok dan mempunyai kesan-kesan sampingan pada masa akan datang.

Antara kesan-kesan sampingan pengambilan PAIN KILLER atau UBAT PENAHAN SAKIT :
  •  Ketagih atau kebergantungan kepada pil penahan sakit.
  •  Pedih perut atau pedih ulu hati
  •  Gastrik atau ulser dalam perut
  •  Risiko kerosakan buah pinggang.

Jus Annona | Menjaga Kesihatan Tanpa Ubat-Ubatan

Untuk mengekalkan kesihatan berterusan, mengamalkan memakan buah-buahan yang banyak khasiat amatlah di galakkan. Jangan dah sakit nanti, baru kesedaran itu timbul.. Bak kata pepatah, "MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI". Setiap jenis buah-buahan ada khasiatnya tersendiri. Di negara kita sendiri Malaysia, banyak buah-buahan yang mengandungi pelbagai khasiat. Salah satunya ialah BUAH DURIAN BELANDA. 


Kajian menunjukkan di dalam DURIAN BELANDA terdapat banyak aktiviti farmakologi iaitu merencatkan aktiviti inflamasi atau radang sendi (arthritis). Malah, ia bersifat sebagai ‘pain killer ‘ atau penahan sakit.
  • Prof. Madya Dr Roslida Bt Abd Hamid
  • Pakar Penyelidik dan Pensyarah , dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM

Salah satu keistimewaan yang terdapat dari buah durian belanda ialah bertindak sebagai Ubat Tahan Sakit atau Pain Killer. Hebat kan.. Hidup di zaman yang moden dan di bandar, mungkin sukar untuk mencari buah durian belanda. Dengan adanya JUS ANNONA, jus yang di formulasi 100% dari durian belanja, anda tidak perlu risau mencari buah durian belanda. 

Reen terangkan sedikit kelebihanJUS ANNONA terhadap kesihatan..
  • Jus Annona akan mengurangkan tahan sensitif terhadap kesakitan yang anda alami. Ia akan membantu anda supaya berasa lebih selesa tanpa rasa sakit.
  • Jus Annona juga akan mengurangkan bengkak pada sendi. Jus akan bertindak sebagai ubat tahan sakit (pain killer). Ia akan melegakan kesakitan dan pada masa yang samaia tidak mempunyai kesan sampingan.
  • Kesakitan yang perit akan hilang. Insya Allah, Anda tidak akan lagi bergantung dengan ubat tahan sakit lagi kerana Jus Annona melegakan kesakitan dengan cepat, berkesan dan lebih lama.
  • HALAL JAKIM, LULUS KKM (38 dlm. KKM-163/S/25/jld.22) dan Di Kilangkan di Kilang Berstatus GMP

Nak tahu lebih lanjut mengenai khasiat JUS ANNONA, boleh baca di website JUS ANNONA

Gigi Pertama Si Kecil

$
0
0

Gigi Pertama Si Kecil


Gigi Pertama Si Kecil


Turutan gigi bayi tumbuh mengikut aturan nombor. Jika bayi mula menunjukkan tanda-tanda tidak selesa, mungkin patut periksa di mana gigi seterusnya patut tumbuh,antara kaedah untuk meredakan kesakitan tumbuh gigi ialah :

1) Berikan 'teether'
2) Berikan ais yang diperbuat dari air masak
3) Sapukan bonjela untuk bayi

Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.

Kebanyakan bayi mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.

Reaksi
  • Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

Kegatalan Gusi
  • Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi Sakit
  • Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

Demam
  • Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang Makan
  • Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi Masalah Ketika Tumbuh Gigi
  • Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri jika ia tercekik.
  • Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.
  • Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
  • Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.
  • Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.

Penjagaan Gigi Dengan Berus Gigi Yang Lembut
  • Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Masalah Gigi
  • Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.

  • Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku

  • Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.

  • Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.

TIPS JIMAT HIAS BILIK TIDUR

$
0
0

TIPS JIMAT HIAS BILIK TIDUR


TIPS JIMAT HIAS BILIK TIDUR

TIPS JIMAT HIAS BILIK TIDUR – Bilik tidur yang kecil bukan satu alasan untuk mengabaikan hiasan dalamannya. Cara anda menghias bilik tidur memainkan peranan penting. Malahan, penataan yang baik dan rapi juga menjadi cermin keperibadian diri anda yang sebenarnya. Mengubah bilik tidur anda menjadi bilik tidur berkonsepkan minimalis bukanlah perkara yang terlalu sukar.


Bilik yang kecil dan sempit tak sepatutnya menjadi alasan untuk tidak menghias bilik. Jika kena caranya, bilik yang kecil dan sempit juga boleh tampil indah dan memberi keselesaan kepada penghuninya.

TIPS JIMAT HIAS BILIK TIDUR

Berikut ini adalah 5 tips hias bilik yang kecil dan sempit tanpa perlukan kos perbelanjaan yang terlalu tinggi. Catat ye Cik Kiah nak beritahu ni.

1. Pemilihan jenis dan bentuk perabot
  • Unsur ini penting dalam mencorak atau menghias bilik supaya penggunaan ruang bilik dapat diminimakan. Futon iaitu perabot yang boleh dilaraskan daripada sofa menjadi katil boleh dipertimbangkan untuk mengatasi masalah bilik yang kecil dan sempit. Atau boleh saja pilih sofa bentuk ‘L’ yang boleh diletakkan di sudut dinding jika anda perlukan sofa di bilik tersebut.
  • Apa yang paling penting, anda perlu meluangkan waktu dan mendisiplinkan diri bagi mencipta bilik tidur minimalis yang kemas.Pastikan anda meletakkan kembali segala barang yang telah selesai anda gunakan di tempat asalnya.Setiap hari atau paling kurang tiga kali seminggu, bersihkan bilik tidur anda dari debu. Tukar cadar, sarung bantal dan selimut setiap minggu bagi menghindarkan diri dari serangan kuman atau penyakit.Di samping itu, hias bilik tidur anda dengan cara sederhana kerana kesederhanaan pada ruang mampu memberikan suasana tenang dan damai buat penghuninya.

2. Susun atur perabot
  • Ciri ini penting dalam mewujudkan ruang yang lebih luas dan bebas bergerak. Sebagai contohnya katil boleh diletakkan merapat ke tepi dinding berbanding kedudukan di tengah-tengah bilik.


3. Pilih sistem penyimpanan kreatif
  • Untuk menyimpan baju serta barangan lain, cuba dapatkan almari atau kabinet binaan dalam berbanding rak atau almari biasa. Cara ini dapat menjimatkan ruang dan memberi keluasan yang lebih bagi bilik kecil dan sempit.

4. Hiasan dalaman yang ringkas dan perlu sahaja
  • Bagi mereka yang suka memberikan tema tertentu kepada bilik masing-masing, terlebih dahulu pastikan tema itu bersesuaian dengan keluasan bilik serta tidak terlampau sarat yang mungkin akan membuatkan bilik itu kelihatan tidak lebih seperti gudang sahaja :-B

5. Wujudkan ruang visual atau ilusi
  • Pemilihan cat dengan rona cerah dan lembut seperti putih, biru laut dan sebagainya dapat memberi ilusi ruang yang lebih luas kepada bilik yang kecil dan sempit. Gantungan cermin besar pada dinding pasti saja mewujudkan ilusi ruang berganda serta lebih luas.

TIPS JIMAT HIAS BILIK TIDUR

Cara Menghias Bilik Tidur Dengan Mudah
  • Ganti tempat tidur anda dengan tempat tidur dengan konsep minimalis.
  • Gunakan karpet lembut sebagai pelapik lantai agar anda tetap berasa selesa walaupun hanya berkaki ayam di dalam bilik.
  • Gunakan permainan cahaya dalam bilik tidur anda. Gunakan lampu yang memiliki bentuk unik, kreatif dan menarik pandangan mata.
  • Hiasi dinding dengan hiasan menarik. Misalnya, foto-foto percutian anda dan sebagainya.
  • Singkirkan barang-barang yang sudah tidak digunakan supaya suasana bilik menjadi lebih luas dan tidak nampak semak.
  • Letakkan bangku kecil untuk bersantai bersama orang yang anda sayangi.

JUS ANNONA ALTERNATIF MERAWAT KANSER

$
0
0

JUS ANNONA ALTERNATIF MERAWAT KANSER


JUS ANNONA ALTERNATIF MERAWAT KANSER


JUS ANNONA ALTERNATIF MERAWAT KANSER 

Kanser, salah satu penyakit yang tinggi purata kematian di Malaysia. Kebanyakkan penyakit kanser akan menjalani pembedahan dan di susuli dengan rawatan kemoterapi. Sekiranya mempunyai terdapat pilihan yang lain selain daripada pembedahan dan kemoterapi, pasti alternatif lain akan di usahakan.

Bila di syaki menghidap kanser, kerisauan akan  bermula. Risau andai kanser merebak. Risau menghidap kanser tahap berapa.. Risau andai tidak dapat menjalani kehidupan yang normal seperti sebelum ni dan risau andai tiada penawar yang mampu melawan kanser..

Nabi s.a.w bersabda:
"Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? (penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua (mati)."

Reen sebagai seorang wanita,  paling gerun bila mendengar tentang kanser payudara dan kanser rahim. Dua anggota yang menjadi kebanggaan setiap wanita, mungkin terpaksa di buang untuk menyelamatkan nyawa. Lepas itu di ikuti rawatan kemoterapi. Andai terdapat alternatif lain yang mampu menyelamatkan dua anggota ini di buang, pastinya wanita yang menghidap kanser tersebut akan berusaha mencari penawarnya...


Begitu juga dengan pesakit kanser-kanser lain, mereka sanggup berusaha mencari penawar untuk merawat kanser yang dihadapi. Dengan adanya Jus Annona, Insya Allah akan membantu meringankan derita penyakit kanser.


JUS ANNONA ALTERNATIF MERAWAT KANSER


Kelebihan buah durian belanda yang terdapat dalam Jus Annona yang membantu meringankan derita pesakit kanser :

  • Jus Annona berfungsi sebagai agen yang melemahkan pertumbuhan sel kanser. Ia mampu membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel normal. Maka, badan pesakit tidak mengalami simptom seperti keletihan, keguguran rambut, dan hilang selera makan.
  • Buah durian belanda kaya dengan vitaman C yang akan bertindak sebagai antioksidan untuk mengelakkan kerosakkan genatik.
  • Jus Annona bertindak sebagai agen anti-radang, yang membantu mengurangkan bengkak pada bahagian yang dihadapi kanser.
  • Jus annona mengandungi tiga asid amino yang sangat-sangat diperlukan oleh sel-sel dalam badan untuk melawan serangan sel kanser daripada merebak.
  • HALAL JAKIM, LULUS KKM (38 dlm. KKM-163/S/25/jld.22) dan Di Kilangkan di Kilang Berstatus GMP

JUS ANNONA ALTERNATIF MERAWAT KANSER


Jus Annona ini benar-benar memiliki khasiat asal buah durian belanda. Dengan izin Allah, mudah-mudahan ia membantu meringankan keperitan hidup pesakit kanser. Produk Annona adalah pemakanan tambahan berasaskan Durian Belanda dan bukan digunakan untuk tujuan merawat. Ia membantu meningkatkan tahap kualiti hidup pesakit disamping mengamalkan diet seimbang dan cara hidup sihat. Pesakit perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk setiap masalah kesihatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari :


Facebook : Annano Official


Annano Careline 016-449 7181

Cara Buat Tepung Ayam Goreng Crispy

$
0
0

Cara Buat Tepung Ayam Goreng Crispy


Cara Buat Tepung Ayam Goreng Crispy

Ayam gorang Crispy selalunya kita makan kat KFC. Harga pun boleh tahan, faham-faham la kan.. Kalau makan setiap hari, mahu kering poket. Ok, Reen terus ke cara nak buat tepung Crispy dan cara-cara supaya ayam goreng yang di goreng rangup.

Bahan-bahan Tepung Crispy :

Bahan A :
3 Cawan Tepung Jagung
1/2 Cawan Tepung Gandum
1 sudu serbuk kari
1 sudu perasa secukup rasa

Bahan B :
Ayam yang di hiris ikut citarasa sendiri
Halia 2 inci di tumbuh lumat
Sedikit Garam

Bahan C :
Minyak masak secukupnya.
1-2 biji telur


Cara-cara :

Gaul semua bahan-bahan A sehingga rata. Asingkan ke tepi.

Campurkan semua Bahan B. Biarkan di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum goreng.

Panaskan minyak.

Langkah ni penting supaya ayam yang di goreng menjadi rangup.

  • Salutkan ayam dengan tepung crispy yang dah kita buat tadi.
  • Pukulkan telur. Kemudian ayam yang di salut tepung tadi di celup dengan telur.
  • Selepas itu, salutkan kali ke dua ayam yang di celup telur tadi dengan tepung crispy.
  • Baru, gorengkan ayam yang di salut tepung
  • Bila dah kekuningan atau masak, angkat ayam.


SELAMAT MENCUBA

Mercu Tanda Bandar Sarawak | KUCHING

$
0
0

Mercu Tanda Bandar Sarawak | KUCHING



Mercu Tanda Bandar Sarawak | KUCHING


Kuching merupakan pusat pentadbiran di Sarawak dan menjadi bandaraya pada 1 Ogos 1988. Ia mengandungi jumlah kependudukan yang paling tinggi di Malaysia Timur dan bandar yang terbesar di pulau Borneo.

Kuching terkenal dengan maskot kucing menerusi sejarah Bukit Mata Kucing, pokok buah mata kucing dan istilah cochin dari India. Mempunyai sebutan yang sama iaitu Kuching (bandar) dan Kucing (haiwan berkaki empat-felis catus),

Kucing menjadi maskot kepada bandaraya Kuching kerana menurut kepercayaan lama, Kucing ialah haiwan yang membawa tuah.

Mercu Tanda Bandar Sarawak | DALAT

$
0
0

Mercu Tanda Bandar Sarawak | DALAT




Mercu Tanda Bandar Sarawak | DALAT


Sebelum kedatangan Islam dan Kristian beratus-ratus tahun dahulu, mayat golongan bangsawan kaum Melanau tidak dikuburkan di dalam tanah.

Sebaliknya mayat mereka disimpan di dalam keranda sehingga ia mereput secara semula jadi meninggalkan tulang-temulang.

Kemudian, tulang si mati dipindahkan ke dalam lubang di bahagian tengah Jerunai (keranda) setinggi kira-kira 10 meter.

Jerunai atau Kelideng merupakan satu tiang bulat sebesar satu pemeluk dan diperbuat daripada kayu belian agar tahan lama.

Pada batang Jerunai diukir dengan bermacam motif dan lazimnya ia didirikan di tebing-tebing sungai.

Bagi mengiringi roh bangsawan Melanau yang telah mati, seorang gadis daripada golongan hamba atau 'dipen' dalam bahasa Melanau akan dikorbankan.

Si gadis tersebut diikat di atas puncak Jerunai tanpa makanan dan minuman.

Mereka percaya apabila si gadis mati kebuluran, rohnya akan menjaga tuan iaitu golongan bangsawan yang disemadikan di dalam lubang Jerunai.

Mengikut cerita lama masyarakat Melanau, mereka yang menyusuri sungai akan memercikkan air untuk diminum oleh si gadis yang merintih meminta dilepaskan dari puncak Jerunai.

JUS ANNONA RAHSIA SIHAT DAN CANTIK WANITA

$
0
0

JUS ANNONA RAHSIA SIHAT  DAN CANTIK WANITA

JUS ANNONA RAHSIA KESIHATAN WANITA

JUS ANNONA RAHSIA SIHAT DAN CANTIK WANITA

Rasa tak lengkap pula rutin kalau tak minum Jus Annona, sejak amalkan minum Jus Annona badan Reen rasa semakin sihat dan bertenaga. Sebelum ni kalau nak berjalan seharian, pinggang Reen akan sakit dan badan cepat letih... huhuhu.. Langsung tak dapat buat kerja berat... Reen masih muda tapi dah ada tanda usia semakin meningkat.. 

Hari Sabtu lepas Reen pergi ke Pasar Serikin Bau, hujan lebat dari subuh dan tak ada tanda-tanda hujan akan berhenti. Sebelum berangkat Reen minum sepeket Jus Annona, seronok berjalan dari pagi sampai tengah hari. Biasanya kalau sampai rumah, mesti pinggang sakit, kepala magrain, badan letih tapi petang tu, Alhamdulillah, Reen ok, pinggang tak sakit, kepala pun tak magrain walaupun kena hujan.

Balik rumah, sambung kemas rumah pula... Bulan Mac ni ada kenduri kawin kakak sulung Reen. Banyak yang perlu di buat. Bilik tidur perlu di kosongkan untuk dihias sebagai bilik pengantin, Ruang tamu pun kena lapangkan untuk pelamin.. Banyak barang yang perlu di simpan dan di alih.. Fuhh.. letih..

Banyak tenaga yang di gunakan.. Nasib baik ada Jus Annona yang mampu mengekalkan tenaga dan memastikan kesihatan Reen tetap terjaga... Nampak tak keberkesanan Jus Annona ni ke atas kesihatan wanita?

JUS ANNONA RAHSIA KESIHATAN WANITA

Sebagai seorang wanita, kesihatan dalaman dan luaran harus di jaga sebaiknya.. Sampai satu tahap mental dan fizikal kita akan letih akibat dari tekanan hidup.. Badan kita akan sakit-sakit dan cepat letih dan tak larat. Emosi terganggu akibat stress dan magrain. Hormon badan sentiasa tidak stabil, senggugut dan period yang tidak teratur. Kulit wajah yang mengalami masalah kering dan kusam tak berseri meyebabkan kita kelihatan tua dari usia.

    Setiap wanita harus menitikberatkan kesihatan luaran dan dalaman. Mengekalkan stamina badan yang kuat sambil mengekalkan kecantikan luaran. Jus Annona adalah JAWAPAN kepada persoalan Rahsia Kesihatan Wanita.

    JUS ANNONA RAHSIA KESIHATAN WANITA


    Seronok rasanya bila Reen dah berjaya mengungkai rahsia kecantikan dan kesihatan wanita. Korang pula bagaimana? Jum Reen bantu korang rungkai rahsia kekal sihat dan cantik Jus Annona ni. Layari laman web di bawah.. pasti rahsia kan terbongkar...

    Website : www.annonaofficial.com

    Facebook :Annano Official

    Facebook Owner Annona : Ony Nurhusni

    Email :jusannona@gmail.com


    Annano Careline :
    016-449 7181
    016-446 7181
    016-446 4181

    Tip Pikat Jejaka Idaman

    $
    0
    0

    Tip Pikat Jejaka Idaman


    Tip Pikat Jejaka Idaman

    Tak salah rasanya andai wanita yang memulakan sesuatu perhubungan andai wanita itu merasakan lelaki itu terbaik, mampu membimbing dirinya dan menjadi ketua keluarga yang baik. Jadi sebelum jejaka idaman kita tu di rembat wanita lain, elok rasanya kita mulakan langkah untuk pikat dia... 
    Hehehe.. ni ada tip untuk pikat jejaka idaman wanita :

    1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

    2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

    3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

    4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

    5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

    6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

    7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

    8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

    9. Jangan terlalu mengongkong.

    10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

    11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

    12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

    13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

    14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

    15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

    16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

    17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

    18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

    19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

    20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

    21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

    22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

    23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

    24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.


    25. Mengetahui bila hari lahirnya.

    26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

    27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

    28. Agresif.

    29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

    30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.

    31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.

    32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

    33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

    34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

    35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

    36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

    37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

    38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

    39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

    40. Jangan bersikap terlalu kuno.

    41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

    42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

    43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

    44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

    45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

    46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

    47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

    48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

    49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

    50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

    6 Fakta Penting Yang Perlu Anda Ambil Tahu Tentang Virus Zika

    $
    0
    0

    6 Fakta Penting Yang Perlu Anda Ambil Tahu Tentang Virus Zika


    Fakta penting virus zika

    Dunia kini di gemparkan dengan virus zika.. huhuhu.. kat berita hari-hari kita dengar cerita virus zika.. Bila tengok berita kesian tengok kepala bayi-bayi yang mengecil. Dan dalam kaca telivision, Reen tengok kerisauan ibu-ibu yang mengandung... huhu.. Semoga virus ni dapat di atasi...

    Malaysia telah mengeluarkan amaran kesihatan ke semua Klinik Kesihatan Awam dan Swasta mengenai virus Zika.

    Wakil dari Kementerian Kesihatan juga menzahirkan kebimbangan kerana ada kemungkinan besar bahawa penyakit bawaan nyamuk itu akan merebak di Malaysia adalah tinggi.

    Beberapa Negara di Amerika Latin kini diserang wabak virus Zika. Virus ini boleh menyebabkan bayi yang baru lahir mempunyai ukuran kepala yang lebih kecil daripada ukuran normal dan penyakit ini dipanggil mikrosefali.

    Angka penderita penyakit ini dilaporkan terus meningkat. Brazil melaporkan jumlah bayi yang dilahirkan menghidap penyakit ini telah mencapai angka 4000 orang sejak oktober 2015.

    Berikut 6 Fakta penting yang perlu anda ambil tahu tentang virus Zika.

    1. Virus Zika disebarkan melalui gigitan nyamuk.
    Virus ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.

    2. Simptom demam denggi berlarutan.
    Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

    3. Bayi lahir dengan kepala lebih kecil dari ukuran normal
    Virus Zika dipercayai mampu mencacatkan perkembangan otak dan menyebabkan bayi dilahirkan dalam keadaan cacat iaitu berkepala kecil. kecacatan ini mungkin ada kaitan dengan wabak Zika.

    4. Tiada lagi ubat atau vaksin untuk virus Zika buat masa ini
    Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.

    5. Jauhi 22 buah Negara yang terjejas akibat virus Zika
    Antaranya ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, dan Venezuela.

    6. Ambil langkah pencegahan
    Orang ramai dinasihati untuk mempertingkatkan aktiviti mencari dan memusnah bagi mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya.

    Sumber : sinar.fm

    Tip Memilih Cermin Mata Ikut Bentuk Muka

    $
    0
    0

    Tip Memilih Cermin Mata Ikut Bentuk Muka


    Manusia dilahirkan dengan pelbagai jenis bentuk muka. Ada yang jenis bulat, bujur, segi empat dan sebagainya. Bagi mereka yang mempunyai masalah rabun, pastinya sukar buat korang untuk pilih jenis spec yang macam mana bersesuaian dengan bentuk muka kan?

    Memilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk wajah akan membuat seseorang itu kelihatan cantik dan bergaya.. 

    1. Bentuk Muka Segi Empat

    Tip Memilih Cermin Mata Ikut Bentuk Muka

    Bentuk muka segi empat, spec yang paling sesuai adalah berbentuk bulat,bujur atau korang juga boleh pilih spec yang berbentuk cat eye. Nampak bergaya sikit ya tak?


    2. Bentuk Muka Bujur Sirih

    Tip Memilih Cermin Mata Ikut Bentuk Muka

    Bentuk muka ini paling sesuai untuk semua jenis spek. Tidak kisah, bujur, bulat petak atau sebagainya. Kesemua jenis rekabentuk spec yang ada ternyata memang sesuai dengan bentuk muka anda.


    3. Bentuk Muka Bulat

    Tip Memilih Cermin Mata Ikut Bentuk Muka



    Bagi mereka yang berwajah bulat, sila pilih spec yang bersegi untuk menampakkan wajah korang lebih tirus dan runcing. Elakkan memakai spec berbentuk bulat atau bujur kerana ianya akan menampakkan wajah anda kelihatan lebih bulat.


    4. Bentuk Muka Seperti Hati

    Tip Memilih Cermin Mata Ikut Bentuk Muka
    Jika anda mempunyai dahi yang agak luas dan dagu yang runcing, maka bentuk muka anda adalah berbentuk hati. Pemilihan spek yang paling sesuai adalah berbentuk rama-rama ataupun cat eye adalah yang terbaik dan sesuai dengan anda.


    Sumber : Oleh : Feyra Nasrom Sumber Cosmopolitan
    Viewing all 802 articles
    Browse latest View live