Quantcast
Channel: REENA SIDEK
Viewing all 802 articles
Browse latest View live

Jurugambar Di Sebalik Wallpaper Windows XP

$
0
0

Gambar Di Sebalik Wallpaper Window XP


Jurugambar Di Sebalik Wallpaper Windows XP

Bagi pengguna windows XP, mesti korang dah biasa tengok wallpaper ni. Setiap kali on komputer mesti korang tengok wallpaper yang cantik ni. Reen pun selalu tengok wallpaper ni dan pernah tak korang  terfikir wujud ke tak tempat wallpaper ni. Mesti tertanya-tanyakan.. 

Charles O’Rear, melalui hasil karya terkenalnya iaitu sebuah gambar pemandangan padang rumput hijau di bawah langit diselaputi awan merupakan “wallpaper default “Windows XP.

Menurut Charles, gambar ini diambil di Napa Valley yang terletak di sebelah utara San Francisco pada tahun 1996. Paling menarik, gambar ini dihasilkan tanpa bantuan perisian “editing”. Maksudnya, gambar permandangan yang kita lihat selama ini langsung tidak di edit dan ia adalah original.

Jurugambar Di Sebalik Wallpaper Windows XP




Roti Golong Berkeju Crispy

$
0
0
ROTI GOLONG BERKEJU CRISPY

Roti Golong Berkeju Crispy

Pagi kemarin, Reen pergi rumah sepupu, lepas tu tengok dia buat Roti Golong Berkeju ni inti tuna. Reen makan la segolong. SEDAP. Itu Reen rasa, kalau cecah sos ni lagi sedap..

Balik petang tu, Reen pergilah menyoping, beli bahan-bahan untuk buat roti golong ni.  Banyak juga Reen buat, lepas tu boleh simpan dalam peti ais, nak makan baru goreng.

Roti Golong Berkeju Crispy

Bahan-bahan : 
  •  Roti
  • Tuna Mayonnaise
  • Sosej
  • Telur
  • Cheese
  • Bread Chumb Orange
  • Minyak masak

Cara Membuat :

  • Roti di giling nipis
  • Hujung roti isi inti. Tuna atau sosej.
  • Letakkan Cheese. (Saiz cheese terpulang kat korang, nak byk cheese boleh letak satu keping, atau separuh atau bahagi 3 atau bahagi 4.)
Roti Golong Berkeju Crispy
  • Hujung roti letakkan telur yang dah dipukul. Untuk melekatkan roti yang telah di golong.
  • Salutkan roti yang dan di golong tadi dengan telur yang telah dipukul tadi. 
  • Kemudian salutkan roti tadi dengan brand chumb.
  • Siap. Boleh di simpan atau di goreng segera.


Roti Golong Berkeju Crispy


  • Panaskan minyak. 
  • Gorengkan roti golong berkeju cheese ni sehingga kekuningan.
  • Sedap di makan cecah dengan sos cili
SELAMAT MENCUBA. 

Syahrul Ridzwan Tukar Nama Komersial kepada Nama Asal

$
0
0

Syahrul Ridzwan Tukar Nama Komersial kepada Nama Asal


Syahrul Ridzwan Tukar Nama Komersial kepada Nama Asal

Syahrul Ridzwan di katakan telah menukar nama komersialnya kepada nama asalnya iaitu SAHARUL RIDZWAN.. Nama Saharul Ridzwan mulai naik selepas dia memegang watak utama di dalam drama Hati Perempuan dan drama Kau, Aku, Kita.. 

Reen pun mulai kenal Saharul Ridzwan ni melalui dua drama ni.. Reen paling suka drama Kau, Aku, Kita.. kelakar betul.. 


"Sebelum ini, saya sekadar mencipta nama Syarul kerana memikirkan aspek komersial. Bagaimanapun, selepas ditegur ustaz yang saya kenali, beliau menyarankan supaya saya menukar kepada nama asal saja. 

"Ustaz itu memberitahu, nama Syarul sebelum ini lebih kurang bermakna sejahat-jahat manusia. Jadi, saya fikir tidak salah untuk menukarnya kepada nama asal saya," katanya kepada BH Online.
Nak tahu lebih lanjut baca kat BH Online

Syahrul Ridzwan Tukar Nama Komersial kepada Nama Asal

OST Tundukkan Playboy Itu, Tak Ada Sepertimu

$
0
0

OST Tundukkan Playboy Itu, Tak Ada Sepertimu


OST Tundukkan Playboy Itu, Tak Ada Sepertimu

Drama Tundukkan Playboy Itu, kini bersiaran di slot Akasia. Di bintangi oleh Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose. Lagu tema drama ini kini di nyanyikan oleh Siti Nordiana dan Aliff Azizz.

Berikut adalah lirik lagu nyanyian Juara Gegar Vaganza 2015, Siti Nordiana dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz.


Dalam detak nadiku
Kau selalu ada cintamu
Dalam jantungku ini
Hanya ada rindumu
Sungguh ini cinta


Dirimulah sejati
Dirimulah yang abadi
Selalu dalam mimpiku
Setia dihatiku
Percayalah sayang


Ku akui engkau adalah cinta sejati
Yang tak akan pernah meninggalkan aku
Dan hanya dirimu
Kan menjaga hati ku
Disetiap hela nafas ku


Kasihmu tak pernah ada habis
Kau selalu ada untukku
Dirimulah cahaya hidupku
Tak ada cinta yang sepertimu
Dan syurga pun tahu itu
Selamanya ku setia pada mu


Ku akui engkau adalah cinta sejati
Yang tak akan pernah meninggalkan aku


Kasihmu tak pernah ada habis
Kau selalu ada untukku
Dirimulah cahaya hidupku
Tak ada cinta yang sepertimu
Dan syurga pun tahu itu
Selamanya ku setia pada mu


Kasihmu tak pernah ada habis
Kau selalu ada untukku
Dirimulah cahaya hidupku
Tak ada cinta yang sepertimu
Dan syurga pun tahu itu
Selamanya ku setia pada mu


Dalam detak nadiku
Kau selalu ada cintamu
Selalu dalam mimpiku
Setia dihatiku
Sungguh ini cinta



* Lagu dan Lirik oleh Mawar Putih

https://youtu.be/xG7vTl_Gw-g

Takkan Ku Lepaskan Dia

$
0
0

Takkan Ku Lepaskan Dia


Takkan Ku Lepaskan Dia

Takkan Ku Lepaskan Dia, karya novelis Elee Mardiana... Bila dah mula baca memang takkan lepaskan novel ni.. Dalam masa sehari, Reen dapat habiskan baca novel ni.. Rasa macam nak cepat-cepat tahu ending Abam Sam dan Erin...

Huhuhu.. emosi betul bila baca kisah Abam Sam dan Erin ni.. Dah habis baca pun, hati ni masih terasa geram dengan Badrul yang suka dera Erin dan si Ita yang mendera anaknya Uja... Sedih sangat sampai menangis Reen masa Uja mati... Dengan adik Erin tu , si Ashura pun buat hati Reen geram masa baca.. AAHHH.. Jiwa di main.. masa taip entry ni, hati masih panas bila ingat 3 manusia tu... Sabar, sabar Reen.. fuhhhh...

Syukur ada Abam Sam Elit Hitam, Terubat juga jiwa Reen masa baca novel TKLD ni. Bukan penderitaan Erin je berkurangan, penderaan jiwa Reen yang baca ni pun berkurangan dengan sikap abam Sam yang sengal dan jenaka.. hehehe..

Kesimpulannya, Abam Sam memang hot.. hahaha. Sentiasa menghangatkan Erin.. Siapa yang dah habis baca mesti faham...

Untuk Novel TAKKAN KU LEPASKAN DIA , Reen bagi 10 BINTANG. Rasa nak ulang baca lagi lepas ni...

Rasa nak tulis banyak lagi, tapi macam tak syok pula. Kalau nak tahu ending, boleh beli kat Kak Elee, boleh PM kat facebook.. cepat-cepat beli sebelum kehabisan stok.. Rugi kalau korang tak beli sebab novel ni EXCLUSIVE. Tak di jual mana-mana kedai.

Jum Reen tunjuk sikit Teaser Takkan Ku Lepaskan Dia (Sumber dari FB Elee Mardiana)


Takkan Ku Lepaskan Dia


"LEPAS nikah, abang terus balik ke kem tau."
"Okey."
"Sayang jangan pulak telefon panggil abang suruh balik rumah temankan sayang. Tak manis orang tengok pengantin lelaki bermalam di rumah pengantin perempuan."
"Okey." Erin tersenyum lebar, menampakkan dua barisan giginya yang diketap. Dia akan bertahan sehingga perbualan itu habis.
"Sibukkan diri, tau. Tak adalah sayang rindukan abang malam esok. Malam esok je, sayang. Lepas tu tiap-tiap malam abang balik rumah kecuali kalau abang pergi operasi."
"Okey." Hendak tergelak, terus Erin ambil bantal lalu menekup mulutnya.
"Tapi... kalau sayang rasa sayang tak boleh tidur sorang-sorang malam esok, abang terpaksa cari jalan macam mana nak tidur kat rumah jugaklah. Sian pulak kat sayang tidur sorang-sorang."
"Okey." Terhenjut-henjut bahu Erin menahan ketawa.
"Okeylah. Malam esok abang tidur kat rumahlah. Tak senang hati abang fikir sayang tidur sorang-sorang. Biarlah orang nak kata apa. Abang tebalkan muka. Demi sayang."
"Okey."
"Okey, okey... tak nak ke? Kalau tak nak tak apa. Abang tidur kat kem je malam esok." Sam hilang sabar bila mendengar jawapan standard Erin. Makin kuat dia mengumpan, makin kuat pula Erin menyakat. Geram betul dia. Malam esok siaplah kau, sayang.
"Okey."
"Aku budak ni... arghhh..." Sam menjerit melepaskan perasaan. "Ya Allah, tolonglah hamba-Mu yang sedang diseksa ini, ya Rabb... tolonglah. Erin... sayang... tolonglah abang..."
"Okey."

Resepi Sotong Masak Kari

$
0
0

Resepi Sotong Masak Kari


Resepi Sotong Masak Kari

Sotong Masak Kari | Lauk kegemaran Reen.. Reen paling suka makan bahagian kepala sotong.. hehehe.. Hari ni, Reen nak kongsi resepi Sotong Masak Kari.. 


Resepi Sotong Masak Kari

Bahan-bahan : 
  • 1 kg Sotong
  • 2 sudu kari (gaul dengan sedikit air sehingga rata)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai (dititik hujung)
  • 1 inci halia
  • Kayu manis, cengkih, bunga lawang,  buah pelaga
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu makan kicap masin

Cara-cara :

Selepas membersihkan dan memotong sotong mengikut saiz yang digemari iaitu membulat atau segiempat. 
Sotong di gaul dengan halia yang telah di tumbuk halus. 

REBUSKAN SOTONG TERSEBUT : Biasanya Reen akan rebus tanpa air, kerana sotong akan mengeluarkan air sendiri ketika proses merebut. Gunakan Api sederhana sahaja semasa merebut. Rebus dalam 5-10 minit. Jangan rebus terlalu lama. Tutup api dan buangkan air rebusan. 

Resepi Sotong Masak Kari

Cara-cara :
  • Panaskan minyak.
  • Masukkan bawang yang telah di tumbuk, serai dan rempah ratus. Tumis sehingga sedikit kekuningan.
  • Masukkan kari. Kacau sehingga kari pecah minyak.
  • Lepas itu, masukkan  sotong yang telah di tuskan airnya.
  • Gaul sehingga sebati.
  • Masukkan kicap, garam dan gaul lagi.
  • Akhir sekali masukkan gula. 
  • Gaul sehingga sotong masak.
  • Selamat Mencuba.


Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor

$
0
0

Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor

CSR PROGRESS SMART Selangor

 
 
Assalamualaikum and hello lads!

Pernah dengar pasal orang Asli di Pulau Carey? Agak-agak menarik tak ye tempat dia? ha, kalau anda pernah membuat program di sana, kali ini kami pula yang akan merasainya sendiri. Untuk pengetahuan semua, seramai 100 orang peserta dari Programme on Graduate Employability Enhancement (PROGRESS) for SMART Selangor akan pergi ke sana untuk membuat khidmat komuniti servis. community service yang dijalankan oleh kami ini lebih dikenali sebagai Smart Bakti.
Program ini ditaja khas oleh kerajaan Selangor dengan kolaborasi bersama Irshad HR Consulting untuk memberi kursus selama sebulan kepada anak-anak Selangor yang baru sahaja beberapa bulan tamat pengajian tetapi masih belum mendapat sebarang pekerjaan. 

Di samping belajar mengenai Project & Event Management, Effective Business Writing dan lain-lain, kami juga perlu mengadakan satu program untuk semua peserta PROGRESS demi menjayakan kursus PROGRESS SMART Selangor.  

kita semua dapat banyak kelebihan kan. dapat baca buku. ada library sendiri. dapat menimba macam-macam ilmu pengetahun. tapi apa salahnya pula kalau kita dapat menderma buku/majalah kepada kaum orang Asli ini supaya mereka juga dapat mencari ilmu sepertimana kita semua. Tujuan kami ke sana adalah untuk membina satu mini perpustakaan supaya mereka dapat bersantai di situ sambil membaca buku-buku ilmiah yang akan didermakan oleh kalian. 

jadi, tunggu apa lagi. :) andai kata rasa banyak buku tapi dah tak tahu nak buat apa, jom datang ke tempat yang dinyatakan dalam gambar berikut dan menderma sebanyak mungkin.

SUMBANGAN BUKU TERPAKAI DIPERLUKAN!! . . Anda mempunyai banyak buku yang sudah dibaca? Tiada ruang lagi untuk disimpan? JANGAN BUANG!!!!!! . . Kami dalam usaha mengumpul buku-buku terpakai untuk disalurkan kepada Perpustakaan Mini di Perkampungan Orang Asli Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey bagi Program CSR yang akan diadakan pada 6 Mac 2016. . . Buku-buku diperlukan : - Buku teks / rujukan akademik - Buku bacaan umum - Majalah - Buku ilmiah . . Sumbangan buku - buku boleh dibuat dengan cara : 1. Serahkan buku-buku tersebut pada kami di alamat yang tertera (Hotel Carlton). . . Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi : - Atiqah Jafri (013-2254675) - Elmi Farhana (011-18623632) E-mail : smartbakti2016@gmail.com . . Kami memohon jasa baik anda semua untuk membantu kami menghebahkan kepada orang ramai tentang usaha ini. Mari menderma, selain dapat berkongsi anda juga mendapat pahala. . . #ThePaybackTime #bookdonation #dermabuku #SMARTBAKTI2016
A photo posted by Smart Bakti (@smartbakti) on

Carlton Hotel Holiday and Suites ni betul-betul berada bersebelahan dengan Pusat Akuatik dan juga Tesco Shah Alam. kalau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor yang tertera. jumpa di sana nanti ye :) 

sampai di sini sahaja. in shaa ALLAH kita berjumpa lagi.
 

LIRIK LAGU MUNGKIN SAJA - JANNA NICK

$
0
0

LIRIK LAGU MUNGKIN SAJA - JANNA NICK


LIRIK LAGU MUNGKIN SAJA - JANNA NICK


Berlegar-legar
Bermain di mataku
Berdebar-debar
Degup jantungku
Makin lama
Makin ku rasa rindu
Makin lama
Makin tertarik padamu

Mungkin saja
Dia mencintaku
Dan mungkin saja
Sekadar temanku
Oh keliru
Bila dilamun cinta
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Sekadar hello
Bisa membuat ku gamam
Dengan senyuman
Aku bagai di kayangan
Bagaimana harus ku luahkan kata
Bagaimana aku sudah jatuh cinta

Mungkin saja
Dia mencintaku
Dan mungkin saja
Sekadar temanku
Oh keliru
Bila dilamun cinta
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Satu, dua, tiga kali
Jatuh cinta jatuh hati
Aduhai apa dah jadi
Mungkin tidak mungkin ia
Mungkin juga sama-sama
Mungkin masih malu kata cinta

Sekadar hello
Bisa membuat ku gamam
Dengan senyuman
Aku bagai di kayangan
Bagaimana harus ku luahkan kata
Bagaimana aku sudah jatuh cinta

Mungkin saja
Dia mencintaku
Dan mungkin saja
Sekadar temanku
Oh keliru
Bila dilamun cinta

Mungkin saja
Dia mencintaku
Dan mungkin saja
Sekadar temanku
Oh keliru
Bila dilamun cinta
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Video klip https://youtu.be/Vgs2JmB0s20

Mini Giveaway Hari Jadi Dhia Batrisya Tiga Tahun

Tips Menghilangkan Bulu Halus Di Muka

$
0
0
Tips Menghilangkan bulu di muka semulajadi


Tips Menghilangkan bulu di muka semulajadi


Tips untuk menghilangkan bulu muka 


Lelaki secara semula jadi mempunyai bulu muka di Sekitar dan bulu, walaupun lelaki akan kelihatan lebih kacak dengan bulu di wajahnya. Tetapi ini adalah berbeza, dan berbeza dengan wanita yang mestilah licin dan halus, sudah tentu tidak ada bulu muka atau mulut serantau seperti lelaki secara umum.


Walaupun demkian, terdapat sebahagian yang wanita dengan wajah yang dilindungi dengan bulu halus. Ia benar-benar menjengkelkan, tetapi sekurang-kurangnya ada tips sebahagian yang dan cara-cara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan rambut wajah secara semula jadi.


Tips Menghilangkan bulu di muka


1. Meggunakan pes kunyit
  • Untuk menghapuskan bulu-bulu halus terdapat di Sekitar muka anda boleh menggunakan obat yang dibuat daripada kunyit. Saffron puri dan bercampur dengan susu, kacau rata. Penggunaan tambahan pula disekitaran sebagai topeng muka. Benarkan topeng kering dan basuh dengan air bersih. Kunyit boleh membuang bulu halus yang tumbuh muka disekitaran, memohon secara rutin dan teratur.


2. Herba lemon
  • Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah lemon dan gula. Menggabungkan kedua-dua bahan sehingga permohonan licin dan Kawasan di mulut atau di muka kawasan yang berbulu. Biarkan sehingga 20 minit, melakukannya secara teratur untuk mendapatkan hasil yang anda mahu.


3. Menggunakan topeng(masker) telur
  • Telur topeng kali ini berbeza dari topeng telur yang biasa digunakan untuk mengeluarkan minyak di muka. Kali ini tidak mengeluarkan minyak, tetapi membuang bulu halus yang sedia ada di muka. Campurkan telur dengan tepung gandum dan gula. Menggunakan kawasan mulut dan dan dibiarkan sehingga kering.


4. tepung kacang bercampur
  • Tips untuk menghilangkan bulu muka secara semulajadi juga boleh dilakukan dengan mencampurkan susu, tepung kacang dan kunyit, yang dibuat ke dalam pes dan sapukan pada muka sama rata atau di mulut sahaja. Jika anda rajin menggunakan kaedah ini dalam rawatan muka anda, maka anda akan mempunyai wajah yang licin adalah bebas daripada bulu-bulu yang tidak dikehendaki.

10 DIKALANGAN MANUSIA YANG SOLAT NYA TIDAK DITERIMA ALLAH

$
0
0

10 DIKALANGAN MANUSIA YANG SOLAT NYA TIDAK DITERIMA ALLAH


10 DIKALANGAN MANUSIA YANG SOLAT NYA TIDAK DITERIMA ALLAH


Didalam beberapa kitab , ada disebutkan bahawa solat adalah amalan yang paling disukai Nabi Muhammad S.A.W. Namun, beringatlah ada 10 golongan yang tiada diterima solatnya:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yg menjadi makmum membencinya.

4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin ibu bapanya.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).

6. Orang perempuan yg suaminya marah/menegurnya lalu dia memberontak.

7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak menahannya dari terus melakukan perbuatan yang keji dan mungkar .”

Adakah anda telah selesai membacanya ? Mari kita sama-sama muhasabah diri dan boleh sebarkan kepada semua untuk pelaburan pahala diakhirat kelak.

Apakah Penyakit Resdung?

$
0
0

Apakah Penyakit Resdung?




Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.

Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau.
Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.


Antara tanda-tanda resdung ialah:
  • Hidung tersumbat dan berbau busuk
  • Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
  • Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
  • Kerap bersin terutama di waktu pagi
  • Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
  • Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
  • Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
  • Kerap sakit kepala atau migrain

Tanda-tanda resdung diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.


Aiskrim Sumi

$
0
0

Aiskrim Sumi


Aiskrim Sumi



Aiskrim Sumi, semua sibuk nak buat aiskrim sumi, sampaikan Reen pun sama-sama terjebak.. hehe.. kat fb dan ig semua orang dok share gambar aiskrim sumi ni.. Senang je nak buat aiskrim sumi ni, jum Reen kongsikan resepinya..

Bahan-bahan :

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu manis
  • 4 tin air
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • Secubit garam
  • 3 paket sumi jelly

Cara-cara :
  • Campurkan susu cair, susu manis, garam dan air dalam periuk. 
  • Masakkankan dan kacau sehingga sedikit panas
  • Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih.
  • Tutup api dan biarkan susu tadi sehingga sejuk.
  • Pecahkan sumi-sumi, masukkan sumi ke dalam plastik.
  • Tuangkan susu separuh plastik dan ikat. 
  • Buat sampai habis. Dah siap simpan dan peti ais.
  • Anggaran aiskim 25-27 bungkus. 
  • Selamat mencuba..


Petua hidup tenang

$
0
0

Petua hidup tenang


Petua hidup tenang



1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.


2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.


3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.


4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja..


5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.


6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.


7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.


8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..


9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..


10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..


11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..


12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.

Aiskrim Choki Choki dan Aiskrim Oreo

$
0
0
Aiskrim Choki Choki dan Aiskrim Oreo

Aiskrim Choki Choki, Aiskrim Oreo


Aiskrim Sumi, sana sini sebut aiskrim sumi, sampai kan Reen pun terikut nak buat juga. Lepas tu aiskrim choki choki dan aiskrim Oreo  pula... bila orang sebut sedap, Reen pun cuba buat juga.. Reen guna bahan-bahan dan cara yang sama seperti aiskrim sumi, yang beza cuma isi ni choki dan oreo...

Bahan-bahan :

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu manis
  • 4 tin air
  • 2 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan sedikit air di dalam bekas lain supaya tepung tak berketul)
  • Secubit garam
  • 3 paket choki choki 

Cara-cara :
  • Campurkan susu cair, susu manis, garam dan air dalam periuk. 
  • Masakkankan dan kacau sehingga sedikit panas
  • Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih.
  • Tutup api dan biarkan susu tadi sehingga sejuk.
  • Masukkan separuh choki choki ke dalam plastik aiskrim, dan picit kan choki choki. 
  • Tuangkan susu separuh plastik dan ikat. 
  • Buat sampai habis. Dah siap simpan dan peti ais.
  • Anggaran aiskim 25-27 bungkus. 
  • Selamat mencuba..

Untuk Oreo, patah kan oreo dan masukkan air susu separuh dan ikat. Buat sampai habis..

Aiskrim Choki Choki, Aiskrim Oreo




Tragedi Highland Tower | Pegawai Bomba Ingin Bertemu Kembali Bayi Yang Diselamatkan Dulu

$
0
0

Tragedi Highland Tower |  Pegawai Bomba Ingin Bertemu Kembali Bayi Yang Diselamatkan Dulu



Tragedi Highland Tower |  Pegawai Bomba Ingin Bertemu Kembali Bayi Yang Diselamatkannya Dulu


Suatu ketika dulu, rakyat Malaysia di kejutkan dengan tragedi Menara Highland Tower runtuh... Reen masih jngatm masa tu Reen masih sekolah rendah.. walaupun Reen masih kecil masa tu tapi kesedihan tu terasa juga...

Tragedi tu meragut banyak nyawa sampaikan kita berfikir tiada yang terselamat. Tapi kuasa Allah, pantang maut sebelum ajal. Sekali lagi rakyat Malaysia di kejutkan dengan terselamatnya seorang bayi.. Subhanallah, harapan tetap ada...

Baru, baru ni viral.. Pegawai bomba yang menyelamatkan bayi tersebut teringin bertemu semula dengan bayi yang di selamatkan dulu.. Reen berdoa semoga hajat pegawai bomba tersebut tercapai.. Amin..


Tragedi Highland Tower |  Pegawai Bomba Ingin Bertemu Kembali Bayi Yang Diselamatkannya Dulu


Tragedi Highland Tower 1993 : Saya Harap Sangat Dapat Bertemu Kembali Dengan Nur Hamidah - Pegawai Bomba

Putrajaya: Pada 1993, pegawai bomba ini menjadi perhatian apabila dia menyelamatkan seorang bayi berusia 18 bulan yang terperangkap dalam runtuhan kondominium Highland Tower dan kini dia sangat berharap dapat bertemu dengan insan yang diselamatkannya itu.

“Jika diberi kesempatan dan diizinkan Allah, saya ingin bertemu dengannya,” kata Norizan Saad.

Harian Metro melaporkan Norizan, 46, antara watak penting dalam usaha menyelamatkan bayi berkenaan, Nur Hamidah Najib selepas dia ditemui terperangkap dalam runtuhan di Blok A Kondominium tersebut, 23 tahun lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada 11 Disember 1993 itu, seramai 48 mangsa dilaporkan maut apabila kondominium mewah itu tumbang menyembah bumi.

Mengimbau kembali tragedi itu, Norizan yang kini merupakan Penguasa Kanan Bomba II Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, berkata ketika kejadian itu dia baru sahaja tiga tahun bertugas sebagai anggota bomba dan dipertugaskan untuk membawa turun adik Nur Hamidah.

“Dia (Nur Hamidah) terperangkap dalam runtuhan. Rakan setugas mengesannya selepas mendengar tangisan. Kita (anggota bomba) mengambil masa agak lama untuk mengeluarkannya kerana bimbang sebarang kesilapan akan menyebabkan runtuhan lain berlaku.

“Sebaik berjaya dikeluarkan, Nur Hamidah diberikan kepada saya untuk dibawa keluar dari kawasan runtuhan,” katanya.

Tambah beliau, ketika itu adik Nur Hamidah hanya memakai lampin.

“Tangisannya memenuhi ruang...kuat dia menangis, bayi biasalah. Saya terus peluk dia sebelum bergegas membawanya keluar dari kawasan berkenaan.

“Saya serahkan Nur Hamidah kepada pasukan perubatan yang sudah menunggu di kawasan berkenaan sebelum kembali meneruskan tugas menyelamat,” katanya.

Nur Hamidah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.

“Dia individu yang terselamat dalam insiden itu. Ia boleh dikatakan satu keajaiban,” katanya beliau




Cara Isi Choki Choki Dalam Plastik Aiskrim

$
0
0

Cara Isi Choki Choki Dalam Plastik Aiskrim


Cara Isi Choki Choki Dalam Plastik Aiskrim

Sejak dua menjak ni, banyak keyword aiskrim choki choki dan cara isi choki choki dalam plastik aiskrim kat blog Reen.. 

Cara Isi Choki Choki Dalam Plastik Aiskrim

Kalau tahu cara nak isi, kita pun tak kan google kan.. Reen mula-mula buat aiskrim ni pun terfikir macam mana nak isi... Reen akan kongsi cara isi choki choki ni untuk korang.. 

Sebelum tu, kalau nak tahu resepi aiskrim choki choki yang Reen buat 

Cara Isi Choki Choki Dalam Plastik Aiskrim

  • Mula-mula bahagikan choki choki kepada 2 atau 3 atau 4 bahagian.. Reen suka bahagi 2 bahagian.. choki choki ada rasa dalam aiskrim
  • Sediakan plastik aiskrim, buat ruang supaya choki choki senang masuk
  • Picikkan choki choki dulu, picit sampai hujung, lepas tu masukkan dalam plastik
  • Boleh rujuk gambar 1, 2 dan 3..


Cara Isi Choki Choki Dalam Plastik Aiskrim

  • Apabila isi choki choki dah di masukkan sampai hujung plastik. Picitkan choki choki naik ke atas. Rujuk gambar no 4.
  • Masukkan susu mengikut kuantiti yang korang nak.
  • Akhir sekali, ikat plastik aiskrim. 
  • Buat sampai habis. 


Cara Isi Choki Choki Dalam Plastik Aiskrim

Semoga cara isi choki choki dalam plastik aiskrim ni membantu korang.. 

CUACA PANAS MELAMPAU PUNCA STROKE HABA

$
0
0

CUACA PANAS MELAMPAU PUNCA STROKE HABA



STROKE HABA? Apa itu Stroke Haba?
Definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

Sejak dua menjak ni, ramai yang di serang demam panas. Ahli keluarga Reen pun ada yang demam panas. Adik, sepupu suami isteri, mak saudara di serang demam. Semalam teman adik ke Klinik, huhuhu.. mejoriti yang datang ke klinik semuanya demam. Reen pun, rasa macam ada tanda-tanda nak demam. Sebelum demam menyerang elok ambil langkah pencegahan.. Cegah stroke haba dari menyerang.. 

CUACA PANAS MELAMPAU PUNCA STROKE HABA

Tanda awal terkena strok haba ialah : 
  • sakit kepala berdenyut
  • mual 
  • kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas 
  • denyutan nadi yang pantas
  • otot lemah dan kejang
  • muntah
  • kulit kering dan kemerahan
  • sawan serta pitam
  • tangan dan kaki menjadi sejuk


Cara pencegahan strok haba:
  • Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  • Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  • Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  • Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen


Cara rawat mangsa strok haba:
  • Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  • Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  • Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  • Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  • Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  • Rendam mangsa di dalam kolam air
  • Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  • Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

PROP KAHWIN UNTUK MAJLIS KAKAK

$
0
0

PROP KAHWIN UNTUK MAJLIS KAKAK


Prop Kahwin

Pada tanggal 8 Mac 2016, kakak Reen telah menamatkan zaman bujangnya. Syukur Alhamdulillah. Dan pada tarikh 13 Mac 2016, merupakan majlis bersanding kakak dan suami.. 

Untuk majlis sanding ni, Reen buat sendiri prop kahwin untuk majlis kakak. Alhamdulillah, Reen puas dapat buat prop ni sendiri. Mudah dan senang je dan Reen kahwin nanti, tak payah nak pening lagi. Print je prop ni.. hihi

Prop Kahwin

Reen ambil gambar doodle-doodle yang cantik kat google, lepas tu Reen reka guna POWER POINT. Satu slide tu, Reen dapat buat 2, 3 atau 4 gambar prop. Banyak juga yang Reen buat, sampai 9 slide.. hehe.. puas sebab banyak prop. Prop yang dah siap di print dan di potong. Reen laminate kan..

Prop Kahwin

Prop Kahwin

Prop Kahwin

Prop Kahwin

Prop Kahwin

Prop Kahwin

Prop Kahwin

Prop Kahwin

Prop Kahwin

Ni antara prop yang reen buat untuk majlis kakak.. Kalau korang rajin, boleh lah guna. Save dan print je. Kalau tak nak laminte, gam gambar-gambar prop ni di kertas tebal. Dan kalau korang buzy tak sempat nak buat, boleh email Reen di reenasidek@gmail.com atau Inbox di facebook www.facebook.com/masz.sidek atau DM di IG www.instagram.com/mreenadotcom .. Tempah kat Reen. Reen bagi harga kasih sayang.. hehehe


Auto Publish Entry Di Page Facebook

$
0
0

Auto Publish Entry Di Page Facebook


Auto Publish Entry Di Page Facebook


Entry PROP KAHWIN UNTUK KAKAK merupakan salah satu entry yang publish secara automatik di page Reena-www.mreena.com

Fuhh... lama dah Reen tak buat tutorial.. Reen nak kongsi sesuatu yang mungkin berguna untuk blogger-blogger.. Auto Publish Entry Di Page Facebook ni amat membantu Reen selepas Reen buat entry. Reen tak perlu nak Ping entry tersebut kat Page Facebook Reen sebab Reen dah atur entry tu auto publish. Entry Schedule pun Reen tak terkejar-kejar nak Ping ke Page. Jimat sikit masa kat situ.. hehe

Reen akan cuba tunjuk satu persatu, harap korang faham. Dan maaf, jika ada yang tak faham. 

Auto Publish Entry Di Page Facebook



Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Masukkan Email dan Password. (Nak senang ingat, guna email dan password yang biasa korang guna. Contoh : Email Blog atau Facebook)
  • Klik CREATE ACCOUNT


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Jangan lupa check Email ye. Corform kan email.
  • Lepas tu teruskan, atau Sign In.


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Klik My Recipes


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Klik Create a Recipe


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Lepas itu klik perkataan THIS yang berwarna biru


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Taip Blogger dan klik logo blogger


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Pilih dan klik Any New Post


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Klik Create Trigger


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Lepas tu klik perkataan That yang warna biru


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Taip Facebook sebab kita nak buat auto publish kat facebook.. 
  • Pilih dan klik Facebook Pages. Kalau tak de page, personal facebook pun boleh.
  • Nanti akan keluar satu kotak facebook supaya akaun ifttt ni connect dari blog ke facebook korang.


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Pilih dan klik Upload a photo from URL (hasil nanti seperti entry Prop Kahwin Untuk Kakak, rujuk gambar paling atas)


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Complete Action Fields ni tak perlu ubah apa-apa. Terus klik Create Action.


Auto Publish Entry Di Page Facebook

  • Kalau tak nak pening kepala, klik je Create Recipe
  • Siap..
  • Selamat mencuba dan semoga berjaya.


Auto Publish Entry Di Page Facebook

Selain Auto Publish ke Facebook Page. Akaun ifttt juga boleh auto twitt, auto instagram dan macam-macam lagi... Buat masa ni, Reen ada tiga je yang auto post.. Setiap langkah hampir sama, asalkan korang rajin mencuba.. Selamat mencuba..

ENTRY INI AUTO PUBLISH DI Reena-www.mreena.com, kalau sudi like sekali page Reen


Viewing all 802 articles
Browse latest View live